I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Simbol Ikonik Di Borneo, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Orang Utan Untuk Anda

Oleh Husna Hazmi
18 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Orang Utan hanya boleh ditemui di Sumatera dan Borneo sahaja.

Simbol Ikonik Di Borneo, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Orang Utan Untuk Anda. Orang utan adalah mamalia primat yang paling dikenali di dunia. Dengan tangan yang panjang dan berbulu merah, mereka adalah simbol ikonik hutan tropika Borneo.

Isi Isi Penting
1. Tergolong dalam spesis haiwan terancam di seluruh dunia2. Kehilangan habitat atau tempat tinggal orang utan3. Orang utan memainkan peranan penting dalam ekosistem4. Orang Utan merupakan haiwan yang sangat bijak5. Orang Utan mempunyai cara berkomunikasi yang unik

Berikut adalah 5 fakta, menarik yang anda perlu tahu tentang Orang Utan di Borneo ini.

Simbol Ikonik Di Borneo, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Orang Utan Untuk Anda
Simbol Ikonik Di Borneo, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Orang Utan Untuk Anda. Kredit gambar: I Love Borneo

1. Tergolong dalam spesis haiwan terancam di seluruh dunia

Populasi orang utan di Borneo telah merosot lebih daripada 50% sejak 60 tahun yang lalu, disebabkan kehilangan habitat, pemburuan, dan perdagangan haiwan peliharaan secara haram. Menurut Persatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam atau International Union for Conservation of Nature, orang utan Borneo kini diklasifikasikan sebagai haiwan yang sangat terancam, membawa maksud golongan ini amat berisiko tinggi untuk pupus.

Simbol Ikonik Di Borneo, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Orang Utan Untuk Anda
Kredit gambar: Berita Harian

2. Kehilangan habitat atau tempat tinggal orang utan

Penebangan hutan adalah ancaman terbesar kepada orang utan di Borneo. Saban tahun, kawasan hutan hujan tropika yang luas telah ditebang untuk memberi laluan kepada ladang kelapa sawit dan lain-lain bentuk pertanian serta pembangunan. Hal ini telah memusnahkan habitat semula jadi Orang Utan dan menyebabkan mereka kekurangan makanan serta hilang habitat tempat tinggal.

Simbol Ikonik Di Borneo, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Orang Utan Untuk Anda
Kredit gambar: I Love Borneo

3. Orang utan memainkan peranan penting dalam ekosistem

Orang Utan dikenali sebagai “Tukang Kebun Hutan” kerana mereka memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan biodiversiti habitat mereka. Mereka adalah haiwan pemakan buah terbesar di Borneo yang telah menyebarkan biji buah dimakan mereka ke seluruh hutan. Ini membantu pemuliharaan semula hutan dan memastikan kemandirian banyak spesis tumbuhan. Tanpa orang utan, ekosistem hutan boleh terjejas

Simbol Ikonik Di Borneo, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Orang Utan Untuk Anda
Gambar sekadar hiasan

4. Orang Utan merupakan haiwan yang sangat bijak

Orang utan adalah antara mamalia paling pintar di dunia, dengan keupayaan kognitif yang menyaingi Cimpanzi dan Gorila. Mereka tahu cara untuk menggunakan alat seperti kayu, untuk mengeluarkan serangga daripada kulit pokok, dan untuk membina sarang daripada daun dan dahan untuk tidur pada waktu malam.

Simbol Ikonik Di Borneo, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Orang Utan Untuk Anda
Kredit gambar: National Geographic for Kids

5. Orang Utan mempunyai cara berkomunikasi yang unik

Orang Utan mempunyai sistem komunikasi yang kompleks di mana ia merangkumi pelbagai vokalisasi, ekspresi muka dan bahasa badan. Mereka juga menggunakan panggilan jarak jauh, yang boleh didengari sehingga 1.6 km jauhnya untuk berkomunikasi dengan Orang Utan lain dan bagi menanda kawasan atau wilayah mereka.

Orang Utan adalah haiwan yang amat luar biasa dan unik. Oleh itu, ia adalah penting untuk kita semua meningkatkan lagi kesedaran tentang Orang Utan bagi memastikan spesis ini terus hidup dan kekal dalam keseimbangan alam untuk generasi akan datang.

Lagi artikel mengenai Orang Utan yang anda boleh baca di sini:

Antara Haiwan Paling Bijak Di Dunia, Ini 4 Orang Utan Yang Menunjukkan Kecerdasan Mereka
Yuran Masuk RM 5 Sahaja, Jom Jumpa Orang Utan Yang Comel Di Rizab Semulajadi Semenggoh
SUMBER :WWF
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rupa-Rupanya Bukan Untuk Halau Lipas, Ini Penggunaan Sebenar Ubat Gegat Rupa-Rupanya Bukan Untuk Halau Lipas, Ini Penggunaan Sebenar Ubat Gegat
Next Article Karim Menentang Pemikiran Ekstrem Ahli Parlimen PAS Berhubung Pembinaan Tempat Ibadat Karim Menentang Pemikiran Ekstrem Ahli Parlimen PAS Berhubung Pembinaan Tempat Ibadat

Advertorial

Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Cerita Borneo
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?