• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Anak Kucing Dibakar Hidup-hidup, Remaja 13 Tahun Mengaku Bersalah

Oleh
Farisha
4 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Insiden kejam membakar kucing, remaja akui kesalahan di Mahkamah

Anak Kucing Dibakar Hidup-hidup, Remaja 13 Tahun Mengaku Bersalah. Satu rakaman CCTV tular menunjukkan tiga lelaki tempatan membakar seekor anak kucing di kawasan tempat letak motosikal Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru, Kajang, minggu lalu.

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas perbuatan kejam itu, menurut sumber.

Anak Kucing Dibakar Hidup-hidup, Remaja 13 Tahun Mengaku Bersalah
Anak Kucing Dibakar Hidup-hidup, Remaja 13 Tahun Mengaku Bersalah

Pesalah juvana itu mengaku selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz.

Anak tunggal bersama 2 lagi rakannya membuat perbuatan kejam itu di sebuah pangasapuri

Berdasarkan pertuduhan, anak tunggal itu didakwa bersama dua lagi rakannya yang masih bebas telah menyebabkan kesakitan kepada seekor kucing dengan membakarnya di sebuah pangsapuri pada jam 1.08 petang, 22 April lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan, dia boleh didenda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

Dibenarkan ikat jamin RM1,000 selepas ibu pesalah juvana memohon pengurangan

Nik Siti Norazlini membenarkan ikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jun ini untuk mendapatkan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum menjatuhkan hukuman.

Jumlah ikat jamin itu dibenarkan selepas ibu pesalah juvana berusia 30 tahun memohon pengurangan berikutan berpendapatan RM1,500 sebulan sebagai pekerja kilang syarikat elektronik dan berstatus ibu tunggal.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan Mei 2024 Di Sabah
Next Article Cuaca Panas Melampau, Fenomena El Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?