• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anak Muda Sarawak Ini Jadi Atlet Malaysia Pertama Layak Ke Olimpik Paris 2024

Oleh
Husna Hazmi
23 Julai 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Tahniah diucapkan.

Anak Muda Sarawak Ini Jadi Atlet Malaysia Pertama Layak Ke Olimpik Paris 2024. Hanya berusia 18 tahun, Bertrand Rhodict telah menempah namanya ke Sukan Olimpik Paris 2024 menjadikan dirinya atlet Malaysia pertama mewakili negara.

Bertrand yang merupakan atlet penerjun itu telah berjaya ke Olimpik Paris 2024 setelah berjaya melangkah ke pentas final 10 meter (m) platform lelaki pada Kejohanan Akuatik Dunia, 2023.

Anak Muda Sarawak Ini Jadi Atlet Malaysia Pertama Layak Ke Olimpik Paris 2024
Anak Muda Sarawak Ini Jadi Atlet Malaysia Pertama Layak Ke Olimpik Paris 2024. Kredit foto: FB Malaysian Swimming Federation

Layak ke Sukan Olimpik Paris

Pada saingan di Fukuoka Prefectural Pool, Jepun itu, Bertrand berjaya menamatkan saingan separuh akhir dengan merekodkan 420.70 mata untuk berada pada kedudukan ke-10 daripada 18 peserta.

Kejayaan berkenaan lalu menempatkan dirinya dalam syarat kelayakan iaitu kelompok 12 terbaik di peringkat separuh akhir sekaligus layak ke Paris.

Anak Muda Sarawak Ini Jadi Atlet Malaysia Pertama Layak Ke Olimpik Paris 2024
Kredit foto: Berita Harian

Sebelum ini pernah mendapat pingat emas pada Sukan Malaysia 2022

Bertrand Rhodict Anak Lises sebelum ini pernah mendapat pingat emas dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil pada tahun lepas.

Pencapaian atlet penerjun dari Sarawak ini telah membuat orang ramai berasa bangga dengan pencapaian atlet Malaysia yang telah berjaya menempah nama di Sukan Olimpik pada tahun hadapan.

Semoga maju jaya diucapkan kepada Bertrand Rhodict!

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Paling Happening Di Malaysia, Ungu Teruja ‘Belanja’ 12 Lagu Buat Lebih 30K Peminat Di Kuching
The Good Vibes Bertukar Suram, The 1975 Buat Onar Pertikai Undang-Undang LGBT Siap Bercium Atas Pentas
SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Paling Happening Di Malaysia, Ungu Teruja 'Belanja' 12 Lagu Buat Lebih 30K Peminat Di Kuching Paling Happening Di Malaysia, Ungu Teruja ‘Belanja’ 12 Lagu Buat Lebih 30K Peminat Di Kuching
Next Article Acara Dinanti-Nantikan Semua, Saksikan Perarakan Kapal Berhias Di Sungai Sarawak 29 Julai Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?