• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

The Good Vibes Bertukar Suram, The 1975 Buat Onar Pertikai Undang-Undang LGBT Siap Bercium Atas Pentas

Oleh
Husna Hazmi
22 Julai 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

The Good Vibes 2023 bertukar suram gara-gara aksi tidak senonoh dari The 1975.

The Good Vibes Bertukar Suram, The 1975 Buat Onar Pertikai Undang-Undang LGBT Siap Bercium Atas Pentas. Tular semalam, aksi kurang sopan daripada vokalisnya Matty Healy, The 1975 telah buat orang ramai berasa kurang senang.

Persembahan kumpulan berkenaan di Good Vibes Festival 2023 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang terpaksa dihentikan kerana Matty telah melakukan pelbagai aksi kurang sopan termasuk mencium pemain bass The 1975, Ross McDonalds di atas pentas, selain memegang botol arak, menggunakan perkataan kesat serta meludah.

The Good Vibes Bertukar Suram, The 1975 Buat Onar Pertikai Undang-Undang LGBT Siap Bercium Atas Pentas
The Good Vibes Bertukar Suram, The 1975 Buat Onar Pertikai Undang-Undang LGBT Siap Bercium Atas Pentas

Beri ucapan pertikai dan hina undang-undang Malaysia

Festival yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat itu telah bertukar suram apabila Matty membuat ucapan mempertikai serta menghina undang-undang Malaysia berkaitan dengan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) sebelum bertindak mencium Ross.

Saya tak nampak alasan kenapa ajak kami The 1975 ke negara ini dan memberitahu dengan siapa kami patut melakukan hubungan seks”, kata Matty.

Pada pertengahan konsert berkenaan, pentas tiba-tiba bertukar gelap sebelum Matty yang dalam keadaan marah memaklumkan mereka telah disekat daripada meneruskan konsert di Malaysia.

Matty kemudiannya meninggalkan pentas sebelum diikuti anggota The 1975 yang lain dan krew mereka. Perkara ini juga bukan pertama kali berlaku dengan kumpulan The 1975, Matty Healy sebelum ini pernah membuat onar di London dengan memakan daging stik mentah yang membuatkan ramai penonton berasa kurang senang dan loya.

The Good Vibes Bertukar Suram, The 1975 Buat Onar Pertikai Undang-Undang LGBT Siap Bercium Atas Pentas

Matty pernah merendahkan kaum wanita khususnya wanita berkulit hitam

Matty terkenal dengan sikap biadapnya dan tidak cukup dengan itu, dirinya pernah mengaku menonton video lucah yang merendah-rendahkan kaum wanita khususnya berkulit hitam sambil melakukan onani.

Dilaporkan pada hari ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzli dalam perkongsian di Twitter beliau mengatakan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan laporan penuh insiden berkenaan.

Pihak penganjur The Good Vibes 2023 juga berasa kesal dengan kumpulan tersebut yang gagal mematuhi garis panduan yang sepatutnya. Festival berkenaan juga terpaksa diberhentikan dengan serta merta gara-gara perlakuan kumpulan tersebut.

Di media sosial pula, orang ramai berasa kecewa dengan kumpulan berkenaan kerana para peminat menanti-nantikan persembahan mereka, bukannya untuk melihat aksi yang kurang menyenangkan.

Salah seorang influencer yang hadir di festival berkenaan berkata dia berasa trauma dengan aksi tersebut. Dia berkata, dia membayar untuk ke konsert tersebut kerana ingin melihat persembahan nyanyian mereka yang tular, bukannya melihat aksi tersebut.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Netizen Teruja Bintang Popular Korea Selatan, ‘Rain’ Bakal Ke Kuching Sempena AIFFA
Demi Filem ‘Sumpahan Jerunei’, Uqasha Senrose Kongsi Keterujaan Dalami Budaya Etnik Melanau
SUMBER :Berita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lampu Minyak Mula Berkelip, Berapa KM Lagi Kereta Boleh Jalan?
Next Article Guna Darah Haid Untuk Suburkan Tanaman, Petua Aneh Wanita Ini Buat Netizen Mual

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?