• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita DuniaBerita MalaysiaCerita Borneo

Anak Sarawak Alena Berjaya Memperoleh Kejayaan Di Buenos Aires Music Video Festival 2020

Oleh
Husna Hazmi
3 Disember 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Alena Murang berjaya memperoleh kejayaan di Festival Antarabangsa.

Anak Sarawak Alena Berjaya Memperoleh Kejayaan Di Buenos Aires Music Video Festival 2020. Penyanyi dan pemain sape kelahiran Sarawak, Alena Murang telah mengharumkan nama negara sekali lagi apabila dia diumumkan sebagai pemenang bagi Anugerah Penggayaan Terbaik dalam Festival Video Muzik Bueno Aires 2020.

Isi Isi Penting
  • Alena Murang berjaya memperoleh kejayaan di Festival Antarabangsa.
  • Alena berjaya mengetepikan tujuh saingan
  • Mendapat sokongan Lembaga Pelancongan Sarawak
  • Membuktikan anak Sarawak mampu

Kemenangan tersebut diperolehi menerusi karya lagu suku kaum Kelabit yang berjudul, Midang Midang.

Keputusan itu telah disahkan oleh Alena melalui perkongsian di akaun Instagramnya yang memaparkan keputusan rasmi yang dinyatakan di laman web festival berkenaan.

Anak Sarawak Alena Berjaya Memperoleh Kejayaan Di Buenos Aires Music Video Festival 2020
Anak Sarawak Alena Berjaya Memperoleh Kejayaan Di Buenos Aires Music Video Festival 2020

Alena berjaya mengetepikan tujuh saingan

Hal ini telah menyaksikan Alena berjaya mengetepikan tujuh saingan lain dari pelbagai negara.

Dalam festival yang sama, bintang berdarah Kelabit-Itali ini turut berjaya menempatkan karya Midang Midang dalam pencalonan Video Antarabangsa Terbaik.

Menariknya dalam kategori itu, pesaing Alena terdiri dari artis terkemuka seperti bintang pop sensasi, Madonna.

Untuk makluman, penggambaran video muzik Midang Midang dilakukan di Bario dan Miri dengan kolaborasi Project Room dan Kanid Studio.

Anak Sarawak Alena Berjaya Memperoleh Kejayaan Di Buenos Aires Music Video Festival 2020

Mendapat sokongan Lembaga Pelancongan Sarawak

Projek ini turut mendapat sokongan daripada Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) serta Majlis Bandar Raya Miri (MBM).

Setakat ini, lagu berdurasi 3 minit 27 saat itu telah menerima lebih 32,000 tontonan di platform YouTube.

Hasil seni gabungan 3 anak Orang Ulu dari Sarawak ini juga amat bermakna kerana mereka menggabungkan rekaan busana dan juga aksesori rekaan daripada pereka Sarawak sendiri.

Antara mereka yang terlibat adalah, Von Jolly Couture, Neng Kho Razali, Raben Beads, Tanoti, Wan Bainun, Teecode, Karl.Jimmy dan Maatin Shakir.

Anak Sarawak Alena Berjaya Memperoleh Kejayaan Di Buenos Aires Music Video Festival 2020

Membuktikan anak Sarawak mampu

Selain daripada itu, bagi Pengasas Gebriel Padan Artistry, Gebriel Padan yang terlibat sama dalam penghasilan video muzik Midang Midang, kemenangan ini merupakan satu momen yang amat bermakna buat pasukan produksi kerana ianya telah membuktikan anak Sarawak mampu untuk memberikan saingan hebat di peringkat antarabangsa.

“Kemenangan ini amat bermakna buat saya, Alena Murang dan juga pengarah, Sarah Lois. Melalui projek ini kami dapat mempromosikan adat budaya dan juga lagu tradisi di peringkat global,” katanya.

Kredit: BuletinAwani, Dayakdaily

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lapangan Terbang Baru Mukah Dijangka Siap Januari Tahun Depan
Next Article Wanita Ini Didakwa Mencampurkan Darah Haid Dan Air Kencing Ke Dalam Makanan Penghuni Flat Wanita Ini Didakwa Mencampurkan Darah Haid Dan Air Kencing Ke Dalam Makanan Penghuni Flat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?