• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anak Sarawak Bakal Melanjutkan Pelajaran Di Universiti, Jangan Lupa Mohon Hadiah Galakan Yayasan Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
17 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Jom ketahui syarat kelayakan dan cara-cara memohon hadiah galakan ini!

Anak Sarawak Bakal Melanjutkan Pelajaran Di Universiti, Jangan Lupa Mohon Hadiah Galakan Yayasan Sarawak. Bagi anak Sarawak yang sudah memohon UPU dan dah keluar keputusan sambung belajar di mana, tahukah anda bahawa anda layak untuk memohon hadiah galakan daripada Yayasan Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Jom ketahui syarat kelayakan dan cara-cara memohon hadiah galakan ini!
  • Anak Sarawak yang bakal melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi
  • Syarat kelayakan untuk menerima hadiah galakan ini adalah:
  • Cara-cara untuk memohon hadiah galakan ini:
Anak Sarawak Bakal Melanjutkan Pelajaran Di Universiti, Jangan Lupa Mohon Hadiah Galakan Yayasan Sarawak
Anak Sarawak Bakal Melanjutkan Pelajaran Di Universiti, Jangan Lupa Mohon Hadiah Galakan Yayasan Sarawak

Anak Sarawak yang bakal melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi

Bagi anak Sarawak yang bakal melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi, hadiah galakan yang anda layak menerima adalah RM1500 bagi yang menyambung belajar di luar Sarawak manakala jika belajar di dalam Sarawak, anda layak menerima RM1,000.

Ini merupakan hadiah galakan bagi pelajar untuk menyambung pelajaran di samping boleh membantu mereka untuk membiayai yuran atau pembelanjaan di awal semester.

Anak Sarawak Bakal Melanjutkan Pelajaran Di Universiti, Jangan Lupa Mohon Hadiah Galakan Yayasan Sarawak

Syarat kelayakan untuk menerima hadiah galakan ini adalah:

  • Pemohon adalah merupakan warganegara Malaysia dan anak jati Sarawak.
  • Permohonan terbuka kepada pelajar semester 1 sahaja.
  • Pemohon mestilah mengikuti pengajian sama ada di Institut Pengajian Tinggi Awam, Curtin Miri, Swinburne Kuching dan UCTS Sibu.
  • Ibu bapa atau penjaga pelajar mestilah mempunyai pendapatan per kapita RM1,500 dan ke bawah.
  • Pemohon hanya meliputi kemasukan peringkat Matrikulasi / Asasi / Pra Diploma / Diploma / Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institusi Latihan Kemahiran / Teknikal anjuran kerajaan.
Anak Sarawak Bakal Melanjutkan Pelajaran Di Universiti, Jangan Lupa Mohon Hadiah Galakan Yayasan Sarawak

Cara-cara untuk memohon hadiah galakan ini:

  1.  Layari laman web https://yayasansarawak.org.my/.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan Atas Talian.’
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan klik butang ‘Next.’
  4. Masukkan maklumat-maklumat berikut untuk pendaftaran:
    i) Nombor telefon bimbit
    ii) Emel
    iii) Password
    iv) Petunjuk Password
    v) Soalan Keselamatan
    vi) Jawapan Keselamatan
  5. Tandakan ‘/’ pada kotak ‘I have read, understood and agree to Yayasan Sarawak’s Privacy Policy.’
  6. Masukkan captcha yang dipaparkan dan klik butang ‘Register.’
  7. Login untuk membuat permohonan.
  8. Klik hantar apabila selesai mengisi maklumat permohonan.
  9. Salinan dokumen yang dikehendaki perlulah dihantar ke Yayasan Sarawak.

Bagi pemohon yang ingin mengajukan pertanyaan yang lebih lanjut, pemohon boleh terus ke Yayasan Sarawak di Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak. Pemohon juga boleh menghubungi Yayasan Sarawak di talian 082-441686 atau menghantar emel ke alamat [email protected].

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Langkawi Sudah Dibuka Untuk Pelancongan, Ini Adalah Perkara Penting Anda Perlu Tahu Langkawi Sudah Dibuka Untuk Pelancongan, Ini Adalah Perkara Penting Anda Perlu Tahu
Next Article Gangguan Bekalan Air Dijangka Berlaku Di Beberapa Kawasan Di Kuching Bermula Malam Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?