• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Langkawi Sudah Dibuka Untuk Pelancongan, Ini Adalah Perkara Penting Anda Perlu Tahu

Oleh
ILB - AI
17 September 2021
Kongsi
5 Min Bacaan
Langkawi Sudah Dibuka Untuk Pelancongan, Ini Adalah Perkara Penting Anda Perlu Tahu

Berkuatkuasa mulai 16 September 2021

Langkawi Sudah Dibuka Untuk Pelancongan, Ini Adalah Perkara Penting Anda Perlu Tahu. Semalam menandakan hari pertama para pelancong dibenarkan melancong ke Langkawi menerusi projek rintis gelembung pelancongan domestik yang diusahakan oleh kerajaan.

Projek ini akan menjadi kayu ukur bagi pembukaan pulau peranginan lain – dilaporkan sebanyak 3,000 pelancong telah tiba ke Langkawi pada hari pertama pembukaan pulau berkenaan, memberikan harapan untuk industri pelancongan.

Sekiranya anda berminat untuk melancong ke Langkawi untuk percutian anda, berikut adalah perkara-perkara penting anda perlu ketahui dan sediakan sebelum perjalanan anda.

Langkawi Sudah Dibuka Untuk Pelancongan, Ini Adalah Perkara Penting Anda Perlu Sediakan
Langkawi Sudah Dibuka Untuk Pelancongan, Ini Adalah Perkara Penting Anda Perlu Tahu

Pastikan anda sudah lengkap 2 dos vaksinasi Covid-19

Berikut adalah SOP yang telah dinyatakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) untuk projek rintis gelembung pelancongan untuk Langkawi:

  • Berkuatkuasa mulai 16 September 2021 –
    • Perjalanan hanya terbuka untuk individu yang sudah divaksin sepenuhnya (dua dos vaksin Covid-19)
    • Langkawi dapat dikunjungi oleh pelancong domestik yang memenuhi kriteria SOP dari seluruh negara, termasuk dari negeri-negeri di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negaral
    • Hanya mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan untuk mengunjungi Langkawi
    • Tiada had umur yang ditetapkan untuk masuk ke Langkawi (NAMUN, individu di bawah 18 tahun harus diiringi penjaga yang sudah lengkap 2 dos vaksin Covid-10)
    • Perlindungan insurans dan saringan Covid-19 TIDAK DIWAJIBKAN

Syarat-syarat yang berkaitan dengan perjalanan ke Langkawi:

  • Pelancong mempunyai pilihan untuk pergi ke Langkawi melalui UDARA atau DARAT
  • Bagi perjalanan melalui jalan darat –
    • Harus menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, sekurang-kurangnya untuk pengangkutan dari destinasi permulaan masing-masing ke jeti feri di Langkawi
  • Bagi perjalanan melalui udara –
    • TIDAK DIWAJIBKAN menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan

Bagi individu yang layak pergi ke Langkawi, berikut adalah SOP yang telah ditetapkan:

  • TERHAD UNTUK INDIVIDU YANG TELAH MENYELESAIKAN DUA DOS VAKSINASI
  • Jenis percutian yang dibenarkan adalah –
    • Harian (perjalanan pergi balik pada hari yang sama)
    • Bermalam
    • Percutian dengan tempahan penginapan / kemasukan yang telah dibuat sebelum ini
    • Percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC
  • Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa perjalanan bergantung kepada kapasiti sebenar kenderaan
  • Pengunjung yang perlu menyesuaikan diri dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah atau Perlis
  • Dokumen bukti pembelian untuk produk pelancongan untuk memohon kebenaran PDRM / ketika diminta penguatkuasa agensi pematuhan SOP adalah seperti berikut –
    • TIKET PENERBANGAN
    • TIKER FERI
    • RESIT PENGINAPAN (E.G. HOTEL)
    • RESIT PAKEJ PERJALANAN

Aktiviti yang dibenarkan untuk gelembung pelancongan Langkawi:

  1. Penginapan di hotel dan homestay termasuk kemudahan di hotel dan premis homestay seperti:
    • Surau
    • Kolam renang
    • Gimnasium
    • Ruang rehat
    • Dewan
    • Acara perniagaan (MICE)
    • Pelancongan
    • Acara budaya yang tertakluk kepada SOP Umum Fasa Empat yang dikeluarkan oleh MKN dan SOP Kementerian / Jabatan / Agensi berkaitan
  2. Aktiviti seperti:
    • Aktiviti pantai
    • Sukan air
    • Snorkeling
    • Selam skuba
    • Memancing
    • Pusat edutainment
    • Taman rekreasi
    • Taman exreme / adventure / nature
    • Ladang
    • Akuarium
    • Zoo
    • Aktiviti riadah, rekreasi dan sosial lain
  3. Aktiviti pelancongan minat khas seperti:
    1. Golf
    2. Skuba diving
    3. Berbasikal
    4. Memancing
    5. Kapal layar dan lain-lain
  4. Aktiviti eco-geo seperti:
    • Memerhatikan burung
    • Gua
    • Mendaki gunung
    • white wafter rafting
    • Mendaki
    • Trekking di hutan
    • Berkhemah dan sebagainya
  5. Premis seni, budaya dan warisan seperti:
    • Muzium
    • Perpustakaan
    • Galeri seni
    • Pusat / warisan seni dan budaya
    • Persembahan pertunjukan buday dan lain-lain
  6. Taman tema dan pusat hiburan keluarga
  7. Lawatan akademik seperti:
    • Geopark Discovery Center
    • Galeri seni
    • Sawah

Pastikan anda mematuhi SOP ketika berada di pulau tersebut

MOTAC akan memantau pelaksanaan gelembung pelancongan di Langkawi bagi memastikan kelancaran program ini serta mendapatkan maklum balas masyarakat yang berkaitan dengan program ini dalam masa dua minggu bagi dinilai dan diserahkan kepada Majlis Keselamatan Negara bagi mempertimbangkan tindakan selanjutnya.

Sementara itu, para pelancong yang berkunjung ke pulau berkenaan diminta agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan agar program ini berjaya dan boleh dijadikan kayu ukur untuk membuka destinasi-destinasi lain menerusi projek rintis gelembung pelancongan.

Para pelancong tiba di Langkawi semalam. Kredit: REUTERS

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penyu Terbesar Di Dunia Mendarat Di Pantai Paloh, Kalimantan Barat Setelah 13 Tahun Tidak Kelihatan
Next Article Anak Sarawak Bakal Melanjutkan Pelajaran Di Universiti, Jangan Lupa Mohon Hadiah Galakan Yayasan Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?