• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anak Sarawak Harumkan Nama Negara Apabila Memperoleh Anugerah Mikrobiologi UK

Oleh
Nazihah AN
25 Oktober 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Anak Sarawak Harumkan Nama Negara Apabila Memperoleh Anugerah Mikrobiologi UK

Syabas dan tahniah diucapkan kepada beliau!

Anak Sarawak Harumkan Nama Negara Apabila Memperoleh Anugerah Mikrobiologi UK. Dipetik daripada Utusan Borneo, pelajar dari Universiti Newcastle, United Kingdom (UK) ini berjaya memenangi anugerah ‘Undergraduated Microbiology prize’ dari British Microbiology Society.

Isi Isi Penting
  • Syabas dan tahniah diucapkan kepada beliau!
  • Apakah isi kandungan karangan tersebut?
  • Bidang yang diambil Syaziah turut mendedahkan kepada aspek yang penting dalam penyelidikan ilmiah
  • Lagi di sini:

Umairatul Syaziah Roeslan, 21 tahun ini berasal dari Kuching Sarawak merupakan pelajar tahun 3 di Universiti Newcastle UK dengan mengambil bidang ‘Undergraduate with intergrated Masters in Cellular and Molecular Biology’.

Kejayaan Syaziah sememangnya telah memberi semangat dan inspirasi serta menjadi contoh kepada umum terutamanya pelajar-pelajar Sarawak.

Anak Sarawak Harumkan Nama Negara Apabila Memperoleh Anugerah Mikrobiologi UK
Anak Sarawak Harumkan Nama Negara Apabila Memperoleh Anugerah Mikrobiologi UK. Sumber gambar: Facebook Syaziah

Apakah isi kandungan karangan tersebut?

Menurut Utusan Borneo juga, Syaziah telah dicalonkan untuk anugerah ini berdasarkan karangan intergaratif yang ditulis untuk peperiksaan akhir tahun kedua. Karangan yang ditulis Syaziah adalah mengenai kepelbagaian biokimia yang ditunjukkan oleh bakteria anaerobik.

Syaziah turut menerangkan proses biokimia tertentu dalam organisma tertentu. Selepas membaca dan meneliti kajian-kajian lepas, Syaziah kemudian membuat keterangan bagaimana ianya dapat mengaplikasikan dalam sektor pertanian dan bioteknologi, kata Syaziah kepada Utusan Borneo semasa ditemu ramah.

Tambah Syaziah, pensyarahnya berkata mahu mencalonkannya dan menyerahkan karangan intergratif sebagai contoh kerja cemerlang dalam subjek tersebut.

“Saya tidak menyangka dicalonkan, apalagi menang, tetapi saya akan sentiasa cuba yang terbaik dalam segala yang saya lakukan” kata Umairatul Syaziah Roeslan.

Anak Sarawak Harumkan Nama Negara Apabila Memperoleh Anugerah Mikrobiologi UK

Bidang yang diambil Syaziah turut mendedahkan kepada aspek yang penting dalam penyelidikan ilmiah

Bercakap mengenai bidang usahanya, Syaziah mengatakan bahawa pada mulanya dia ingin mengambil jurusan perubatan, tetapi oleh kerana dia semakin tertarik untuk menjadi saintis dan membuat penyelidikan serta kajian mendalam, dia memutuskan untuk menerima kemasukan dari University of Newcastle di UK untuk mengikuti program selama 4 tahun (Undergarduate with Intergarated Masters in Cellular and Molecular Biology).

Bidang ini tidak hanya mendedahkan Syaziah ke bidang profesional seperti biokimia, bioteknologi, kejuruteraan bioperubatan, dan bioprospek, tetapi juga mendedahkannya kepada aspek penting dalam penyelidikan ilmiah, iaitu bioinformatik.

Tahniah diucapkan kepada Umairatul Syaziah Roeslan kerana dapat membanggakan Sarawak dan juga telah memberi inspirasi kepada anak-anak muda untuk meneruskan usaha dalam pembelajaran.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ditipu Dalam Urusan Pembelian Kereta, Seorang Wanita Dari Sibu Buat Laporan Polis Terhadap Sepupu Sendiri Ditipu Dalam Urusan Pembelian Kereta, Seorang Wanita Dari Sibu Buat Laporan Polis Terhadap Sepupu Sendiri
Next Article Mengalami Masalah Dengan Khidmat Penghantaran Makanan? Anda Boleh Buat Aduan Di Sini Mengalami Masalah Dengan Khidmat Penghantaran Makanan? Anda Boleh Buat Aduan Di Sini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?