• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anak Sarawak Ini Antara 14% Pelajar Di Dunia Yang Berjaya Ditawarkan Ke Universiti Oxford Tahun 2021

Oleh
Husna Hazmi
20 Ogos 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Tahniah diucapkan!

Anak Sarawak Ini Antara 14% Pelajar Di Dunia Yang Berjaya Ditawarkan Ke Universiti Oxford Tahun 2021. Dipetik daripada Astro Awani, pelajar cemerlang kelahiran Baram, Sarawak, Chris Deng Vinsien berjaya melakar sejarah apabila ditawarkan ke Universiti Oxford di United Kingdom (UK).

Isi Isi Penting
  • Tahniah diucapkan!
  • Chris berdarah Kayan-Kenyah
  • Dibesarkan di Bintulu dan dihantar ke sekolah berasrama penuh
  • Memasang niat untuk membantu orang-orang Sarawak
  • Berhadapan dengan cabaran menangani situasi pandemik Covid-19
  • Namun, pemikiran itu ditepis dengan usaha keras yang ternyata berbaloi buat dirinya dan keluarga
Anak Sarawak Ini Antara 14% Pelajar Di Dunia Yang Berjaya Ditawarkan Ke Universiti Oxford Tahun 2021
Anak Sarawak Ini Antara 14% Pelajar Di Dunia Yang Berjaya Ditawarkan Ke Universiti Oxford Tahun 2021. Kredit gambar: Astro Awani

Chris berdarah Kayan-Kenyah

Chris, yang berdarah Kayan-Kenyah seolah-olah tidak percaya dirinya mampu mendapat tempat untuk meneruskan pelajaran dalam jurusan undang-udang di universiti berprestij dan merupakan universiti kedua terbaik di dalam dunia itu.

Menurut Chris, ibu bapanya menjadi inspirasi kepada kejayaannya, harapan anak muda ini adalah untuk membuktikan bahawa pelajar dari etnik minoriti sepertinya juga boleh menempa nama di persada antarabangsa.

“Bapa saya Vinsien Gau Jalong dan Maria Deng Wan, masing-masing dibesarkan di Long Banyok dan Long Laput di Baram.

“Kedua ibu-bapa saya sangat gembira dan berharap saya akan terus berusaha keras bagi mendapat kelas pertama (dalam pengajian) di masa hadapan, sekali gus memberi inspirasi terutamanya buat masyarakat Sarawak,” kongsi Chris.

Anak Sarawak Ini Antara 14% Pelajar Di Dunia Yang Berjaya Ditawarkan Ke Universiti Oxford Tahun 2021
Gambar sebagai hiasan

Dibesarkan di Bintulu dan dihantar ke sekolah berasrama penuh

Berkongsi latar belakangnya, Chris dibesarkan di Bintulu dan dihantar ke sekolah berasrama penuh sejak berusia 13 tahun. Selain sentiasa merekodkan keputusan cemerlang dalam bidang akademik, Chris juga aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti debat dan muzik.

“Berkenaan dengan persediaan menuju ke universiti tersebut, saya telah melakukan kajian berkaitan undang-undang menerusi UCAS Lab, yang mana saya membantu memberi panduan buat pelajar dalam proses permohonan mereka ke universiti di serata UK,” jelasnya.

Chris melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mukah dan menamatkan pengajian A-Level di Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin, Selangor.

Anak Sarawak Ini Antara 14% Pelajar Di Dunia Yang Berjaya Ditawarkan Ke Universiti Oxford Tahun 2021
Kredit gambar: Astro Awani

Memasang niat untuk membantu orang-orang Sarawak

Pemuda pintar ini juga memasang niat untuk membantu orang-orang Sarawak dan dia percaya bahawa pencapaiannya itu didorong daripada kedua orang tuanya. Menurut Chris, dia ingin memberi inspirasi kepada pelajar terutamanya di Sarawak bahawa latar belakang bukanlah penghalang bagi seseorang itu mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Semuanya boleh direalisasikan jika anda melakukan sesuatu sepenuh hati,” tambahnya lagi.

Anak Sarawak Ini Antara 14% Pelajar Di Dunia Yang Berjaya Ditawarkan Ke Universiti Oxford Tahun 2021
Gambar sebagai hiasan

Berhadapan dengan cabaran menangani situasi pandemik Covid-19

Tiada kejayaan yang mudah, Chris sendiri juga berhadapan dengan cabaran menangani situasi pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan pembelajarannya dan sebelum ini pula, berdepan dengan kekurangan pendedahan untuk menyambung pengajian di luar negara.

“Saya pernah berdepan dengan cabaran seperti kurangnya pendedahan terhadap biasiswa pengajian di luar negara dan pencapaian cemerlang dalam akademik adalah bukan sesuatu perkara yang lazim dalam komuniti saya.

“Jadi saya berfikir untuk pergi ke luar negara itu adalah sesuatu yang mustahil,” katanya.

Anak Sarawak Ini Antara 14% Pelajar Di Dunia Yang Berjaya Ditawarkan Ke Universiti Oxford Tahun 2021
Kredit gambar: Instagram

Namun, pemikiran itu ditepis dengan usaha keras yang ternyata berbaloi buat dirinya dan keluarga

“Untuk layak ke Oxfod, pemohon perlu mendapatkan gred cemerlang dalam ujian biasanya 3A+ atau 4A+ dan perlu melalui ujian yang dikendalikan oleh Oxford.

“Bagi yang telah disenarai pendek, mereka akan dipanggil untuk sesi temu duga sama ada di Oxford atau secara dalam talian,” kongsinya ketika ditanya berkenaan dengan proses kemasukan.

Selain diterima ke Universiti Oxford, kongsi Chris, dia turut ditawarkan tempat di London School of Economics (LSE) yang merupakan universiti ke-5 terbaik di United Kingdom dan King’s College di London.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Akan Ditawarkan Kepada Negeri Dengan Kawasan Pedalaman, 200K Dos CanSino Tiba Di Malaysia Akan Ditawarkan Kepada Negeri Dengan Kawasan Pedalaman, 200K Dos CanSino Tiba Di Malaysia
Next Article Berkuatkuasa 22 Ogos Ini, 8 Daerah Di Sarawak Tidak Lagi Dibenarkan Untuk Dine In

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?