• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Akan Ditawarkan Kepada Negeri Dengan Kawasan Pedalaman, 200K Dos CanSino Tiba Di Malaysia

Oleh
ILB - AI
20 Ogos 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Akan Ditawarkan Kepada Negeri Dengan Kawasan Pedalaman, 200K Dos CanSino Tiba Di Malaysia

Negeri seperti Sarawak, Sabah dan Pahang diutamakan

Akan Ditawarkan Kepada Negeri Dengan Kawasan Pedalaman, 200K Dos CanSino Tiba Di Malaysia. Sejumlah 200,000 dos CanSino telah tiba ke Malaysia hari ini untuk meningkatkan momentum Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menurut laporan, vaksin buatan China tersebut akan diagihkan kepada mereka yang berada di kawasan pedalaman bagi membantu negara mencapai kekebalan kawanan seperti yang disasarkan dalam Pelan Pemulihan Negara dalam waktu yang ditentukan.

Akan Ditawarkan Kepada Negeri Dengan Kawasan Pedalaman, 200K Dos CanSino Tiba Di Malaysia

Sebahagian daripada 3.5 juta dos

Menurut Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), 200k dos vaksin tersebut adalah ‘produk siap’ dan sebahagian daripada 3.5 juta dos vaksin Cansino. Ia dilaporkan bahawa Malaysia memesan dos CanSino untuk dihantar ke sini secara berperingkat.

Vaksin berkenaan telah tiba ke negara ini di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8:45AM hari ini menerusi penerbangan Malaysia Airlines MH361

Vaksin CanSino telah tiba ke Malaysia hari ini. Dos selebihnya akan dihantar ke negara ini secara berperingkat. Kredit: The Straights Times

Hanya memerlukan satu dos sahaja

Solution Biologics Sdn Bhd (SolBio), anak syarikat Solution Group Bhd (SGB) telah menandatangi produk siap dan perjanjian produk pukal dengan CanSino Biologics Inc pada 30 Julai tahun ini untuk pembekalan vaksin Recombinant Ad5-nCoV.

Kedua-dua perjanjian berkenaan membolehkan SolBio memberikan 3.5 juta vaksin Covid-19 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan menerima pesanan tambahan dari KKM, kerajaan-kerajaan negeri, sektor swasta dan negara-negara ASEAN lain.

SolBio telah membuat perjanjian dengan CanSino Biologics pada 30 Julai lalu untuk mendapatkan pembekalan vaksin CanSino. Kredit: The Star

Vaksin CanSino telah diberi kelulusan bersyarat untuk penggunaan kecemasan di Malaysia oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 15 Jun tahun ini.

Hanya memerlukan satu dos sahaja, ia dilaporkan bahawa vaksin ini akan ditawarkan kepada negeri-negeri dengan kawasan pedalaman yang sukar diakses seperti Sarawak, Sabah dan Pahang.

Ini agar pekerja kesihatan tidak perlu memasuki kawasan pedalaman untuk kali kedua bagi menyelesaikan vaksinasi kepada penerima.

Dengan hanya satu dos sahaja, pekerja kesihatan tidak perlu turun ke kawasan pedalaman untuk kali kedua bagi menyelesaikan vaksinasi kepada penerima. Kredit: The Star

Vaksin-vaksin yang kini digunakan di Malaysia adalah dua dos Pfizer-BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca. Vaksin CanSino yang hanya memerlukan satu dos sahaja akan menjadi vaksin terbaru untuk digunakan di bawah PICK.

Adakah anda masih tidak yakin dengan vaksin? Baca artikel berikut:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rakyat Malaysia Di Tangga Ke-13 Dalam Indeks Pengambilan Mi Segera Sedunia
Next Article Anak Sarawak Ini Antara 14% Pelajar Di Dunia Yang Berjaya Ditawarkan Ke Universiti Oxford Tahun 2021

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?