• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anak Sarawak Pengadun Lagu Disney Encanto Jadi Rakyat Malaysia Pertama Rangkul Anugerah Hollywood

Oleh
Ismail NA
22 Mac 2022
Kongsi
6 Min Bacaan

Beliau juga merupakan rakyat Malaysia pertama memenangi anugerah Hollywood itu. Tahniah!

Anak Sarawak Pengadun Lagu Disney Encanto Jadi Rakyat Malaysia Pertama Rangkul Anugerah Hollywood. Siapa sangka, jejaka kelahiran Kuching, Sarawak ini berjaya menempah nama di persada Hollywood, pusat segala kegiatan seni terutamanya muzik dan layar perak. Bukan itu sahaja, Alvin juga telah berjaya meletakkan penanda aras untuk anak seni Malaysia memandangkan beliau juga menjadi rakyat Malaysia pertama yang memenangi anugerah berprestij itu.

Isi Isi Penting
  • Beliau juga merupakan rakyat Malaysia pertama memenangi anugerah Hollywood itu. Tahniah!
  • Pencapaian terbesar dalam sejarah kariernya sebagai pengadun skor muzik
  • Kalahkan Sing 2, berdiri setaraf dengan DUNE
  • ‘Rumah’ adalah inspirasi Alvin
  • Macam mana nak kembangkan karier seni ke luar Malaysia? Ini pesanan Alvin.
  • Projek terkini Alvin
  • Tahniah sekali lagi diucapkan buat Alvin Wee! Keep it up!
  • Selain menghasilkan runut bunyi filem animasi Encanto, beliau juga turut menghasilkan runut bunyi filem animasi Kungfu Panda dan menghasilkan lagu bagi siri permainan video Jepun iaitu Final Fantasy, baca di sini:

Alvin Wee, pengadun skor muzik untuk filem animasi ‘Encanto’ diberikan pengiktirafan kategori Pencapaian Cemerlang dalam Anugerah Audio Sinema Hollywood (CAS) yang ke 58. Beliau merangkul anugerah ini menerusi hasil adunan bunyinya dalam filem animasi tersebut.

Anak Sarawak Pengadun Lagu Disney Encanto Jadi Rakyat Malaysia Pertama Rangkul Anugerah Hollywood
Alvin ketika menerima anugerah CAS. Sumber : IG @weethewalrus

Pencapaian terbesar dalam sejarah kariernya sebagai pengadun skor muzik

Mengulas tentang kemenangannya di Anugerah Audio Sinema Holywood (CAS), anak kelahiran Kuching ini memberitahu I Love Borneo bahawa beliau sama sekali tidak menyangka bahawa beliau akan membawa pulang anugerah tersebut. Menerima pencalonan ke anugerah tersebut pun sudah dianggap sebagai suatu penghormatan. Apatah lagi mengalahkan nama-nama besar dalam anugerah tersebut membuatkan beliau seakan-akan tidak percaya dan baginya ia adalah satu pencapaian yang besar.

Beliau menganggap kemenangannya sebagai sebuah kemenangan selaku rakyat Malaysia yang memilih untuk meneruskan perjuangan dalam karier seni.

Apatah lagi, anugerah tersebut dianggap setaraf dengan standard Anugerah Akademi, namun bezanya Cinema Audio Society (CAS) Award adalah sebuah anugerah prolifik untuk pengadun skor muzik dan suntingan bunyi dalam filem.

Kalahkan Sing 2, berdiri setaraf dengan DUNE

Alvin telah mengalahkan nama-nama besar di Hollywood seperti Raya and The Last Dragon, Luca, Sing 2, dan The Mitchell’s vs the Machines. Kemenangan ini telah menjadikan beliau setaraf dengan penyunting bunyi filem lakonan Timothee Chalamet iaitu DUNE yang turut menang besar dalam anugerah tersebut.

Anak Sarawak Pengadun Lagu Disney Encanto Jadi Rakyat Malaysia Pertama Rangkul Anugerah Hollywood
Anak Sarawak Pengadun Lagu ‘We Don’t Talk About Bruno’ Rangkul Anugerah Audio Sinema Hollywood. Foto ihsan Alvin Wee.

‘Rumah’ adalah inspirasi Alvin

Ditanya apakah inspirasi di sebalik proses adunan muziknya, beliau sentiasa membayangkan suasana rumah atau ‘kampung halaman’. Sama seperti apabila berada di Malaysia, kita sentiasa mempunyai matlamat untuk memartabatkan muzik tradisi, begitu juga dengan penciptaan skor muzik dari negara-negara lain. Untuk Encanto, beliau cuba untuk menghayati dan mendalami muzik tradisi Colombia sebaik mungkin sambil menyerlahkan sisi-sisi uniknya menerusi susunan dan instrumentasi dengan teliti.

Salah satu runut bunyi filem Encanto iaitu ‘We Don’t Talk About Bruno’ telah mendominasi carta lagi Hollywood Billboard Hot 100 selama 5 minggu dan berada di posisi ketiga dalam carta Billboard’s Greatest of All Time Disney Songs Chart. Untuk makluman anda, Alvin adalah salah seorang daripada ahli yang menyumbang sentuhan magis dalam pembuatan lagu ini.

Anak Sarawak Pengadun Lagu Disney Encanto Jadi Rakyat Malaysia Pertama Rangkul Anugerah Hollywood
Foto ihsan Alvin Wee.

Selain iramanya yang ‘catchy’, penghasilan lagu ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa adanya kerjasama Alvin bersama pasukan penggubah lagu yang mantap seperti Lin-Manuel Miranda dan Germaine Franco. Lagu yang sebati dengan penceritaan animasi dan visual yang indah menjadi kunci kejayaannya sehingga ia menambat hati semua lapisan masyarakat di seluruh dunia.

Macam mana nak kembangkan karier seni ke luar Malaysia? Ini pesanan Alvin.

Sebagai anak Sarawak (yang juga merupakan rakyat Malaysia pertama) yang mendapat pengiktirafan setinggi ini dalam bidang adunan skor dan muzik, Alvin sempat menitipkan pesanan buat mereka yang ingin mengembangkan karier seni di luar negara.

Anda perlu bermula dari sekarang, cuba untuk memuat naik karya anda di dalam talian serta rajinkan diri untuk menyertai forum, laman sesawang atau media sosial. Kini, terdapat banyak platform atau saluran yang boleh anda manfaatkan. Tiada alasan untuk anda tidak melakukannnya sedangkan anda boleh melakukannya.

Akses kepada semua platform ini semakin meluas dan tiada batasan. Anda hanya perlu terus mencipta karya. Rancang pelan media sosial anda, padankannya dengan karya anda dan dengan sedikit kesabaran, anda akan dikenali di dalam talian. Pencipta ada di mana-mana.
Alvin Wee, pengadun skor muzik ‘Encanto’

Beliau juga berharap agar kejayaannya mampu memberi motivasi kepada generasi muda untuk menceburi bakat dalam industri kreatif.

Projek terkini Alvin

Alvin kini dalam pembikinan adunan muzik untuk filem ‘Top Gun: Maverick‘ yang dibintangi oleh Tom Cruise dan akan dilancarkan pada bulan Mei depan di Cannes. Beliau juga terbabit dalam siri ‘After Ever Happy’, sekuel filem ‘After We Fell’ yang kini sedang ditayangkan di Netflix. Filem tersebut akan ditayangkan di platform penstriman yang sama pada September depan.

Anak Sarawak Pengadun Lagu Disney Encanto Jadi Rakyat Malaysia Pertama Rangkul Anugerah Hollywood

Selain itu, beliau juga tidak sabar untuk mengumumkan beberapa projek menarik yang bakal menjadi kejutan buat semua. Perkembangan ini katanya akan diumumkan menerusi media sosialnya @weethewalrus.

View this post on Instagram

A post shared by Alvin Wee (@weethewalrus)

Tahniah sekali lagi diucapkan buat Alvin Wee! Keep it up!

Selain menghasilkan runut bunyi filem animasi Encanto, beliau juga turut menghasilkan runut bunyi filem animasi Kungfu Panda dan menghasilkan lagu bagi siri permainan video Jepun iaitu Final Fantasy, baca di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Termasuk Kawasan Tandas Rumah, Seekor Ular Sawa Batik Berjaya Ditangkap Di Betong Termasuk Kawasan Tandas Rumah, Seekor Ular Sawa Batik Berjaya Ditangkap Di Betong
Next Article SOP Terbaharu Di Sarawak, Solat Di Masjid Dan Surau Tanpa Penjarakan Fizikal Mula Berkuatkuasa Pada 1 April Ini SOP Terbaharu Di Sarawak, Solat Di Masjid Dan Surau Tanpa Penjarakan Fizikal Mula Berkuatkuasa Pada 1 April Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?