• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

SOP Terbaharu Di Sarawak, Solat Di Masjid Dan Surau Tanpa Penjarakan Fizikal Mula Berkuatkuasa Pada 1 April Ini

Oleh
Nazihah AN
22 Mac 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
SOP Terbaharu Di Sarawak, Solat Di Masjid Dan Surau Tanpa Penjarakan Fizikal Mula Berkuatkuasa Pada 1 April Ini

Garis panduan ini mula berkuatkuasa pada 1 April 2022

SOP Terbaharu Di Sarawak, Solat Di Masjid Dan Surau Tanpa Penjarakan Fizikal Mula Berkuatkuasa Pada 1 April Ini. Selaras dengan Fasa Peralihan Ke Endemik COVID-19 di seluruh Negeri Sarawak Tahun 2022 ini, Majlis Islam Sarawak telah mengeluarkan garis panduan masjid dan surau terbaharu.

SOP Terbaharu Di Sarawak, Solat Di Masjid Dan Surau Tanpa Penjarakan Fizikal Mula Berkuatkuasa Pada 1 April Ini
SOP Terbaharu Di Sarawak, Solat Di Masjid Dan Surau Tanpa Penjarakan Fizikal Mula Berkuatkuasa Pada 1 April Ini. Sumber gambar: FB Islamic Information Centre (IIC), Sarawak

SOP Terbaharu Di Sarawak, Solat Di Masjid Dan Surau Tanpa Penjarakan Fizikal Mula Berkuatkuasa Pada 1 April Ini
Sumber gambar: FB Islamic Information Centre (IIC), Sarawak

Solat Jumaat, solat fardhu,solat sunat, khutbah dan wirid adalah dibenarkan tanpa penjarakan fizikal

Majlis Islam Sarawak telah mengeluarkan garis panduan terbaharu dengan kelulusan dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak pada hari ini melalui laman Facebook rasmi nya.

Penguatkuasaan akan bermula pada 1 April 2022 sehingga mana-mana arahan lanjut yang ditetapkan oleh Majlis Islam Sarawak selaras dengan situasi semasa wabak COVID-19 di bawah Fasa Peralihan ke Endemik COVID-19.

Majlis Islam Sarawak bersetuju memutuskan perkara-perkara berikut:

Solat Jumaat, solat fardhu, solat sunat, khutbah dan wirid selepas solat di masjid dan surau adalah dibenarkan tanpa penjarakan fizikal.
Semua aktiviti pengimarahan masjid dan surau (pengajian/ kuliah/ ceramah/ kursus/ bengkel/ tadarus/ tahlil/ berbuka puasa/ moreh/ qiamullail/ sahur/ iktikaf/ khatamal Al-Quran dan lain-lain) adalah dibenarkan dengan penjarakan fizikal.
Penganjuran aktiviti sosial yang sesuai diadakan di masjid dan surau adalah dibenarkan dengan penjarakan fizikal.
Pengurusan dan pengkebumian jenazah yang tiada kaitan dengan COVID-19 adalah dibenarkan dengan penjarakan fizilal.
Prosedur Operasi Standard utama COVID-19 yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:-
(i) Menggunakan pelitup hidung dan mulut (facemask) sepanjang masa
(ii) Mendaftar kehadiran melalui Mysejahtera sebelum mask ke dalam masiid dan surau
(iii) Digalakkan membawa sejadah atau alas sujud sendiri;
(iv) Jamuan adalah dibenarkan mengikut Prosedur Operas Standard COVID-19 semasa; dan
(v) Mana-mana individu yang masih dalam tempoh notis kuarantin COVID-19 oleh KKM atau yang mempunyai gejala demam, selsema, batuk atau sesak nafas adalah dilarang menghadir solat dan semua aktiviti lain di masjid dan surau.

SOP Terbaharu Di Sarawak, Solat Di Masjid Dan Surau Tanpa Penjarakan Fizikal Mula Berkuatkuasa Pada 1 April Ini
Gambar hiasan: Sarawakvoice.com

Turut dinyatakan dalam Prosedur Operasi Standard tersebut, bahawa Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau bertanggungjawab menguatkuasakan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan ini.

Majlis Islam Sarawak boleh mengubah atau meminda SOP ini dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan namun hanya dengan kelulusan dari JPBNS. Penggunaan SOP ini berkuatkuasa mulai 1 April 2022 sehingga mana-mana arahan lanjut yang ditetapkan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anak Sarawak Pengadun Lagu Disney Encanto Jadi Rakyat Malaysia Pertama Rangkul Anugerah Hollywood
Next Article Ingatkan Kedai Boba, Inilah Wajah Baharu Perpustakaan Komuniti Lutong Yang ‘Dreamy’ Dan Mesti Dikunjungi!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?