• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anak Sarawak Tawan Pentas Antarabangsa Dengan Sape, Raih Tempat Kedua Di Taiwan

Oleh
Farisha
1 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Eason Eyeo, anak muda Sarawak mengangkat Sape ke mata dunia

Anak Sarawak Tawan Pentas Antarabangsa Dengan Sape, Raih Tempat Kedua Di Taiwan. Anak Sarawak berusia 11 tahun, Eason Eyeo Yik Xing, telah mengukir nama di pentas dunia apabila berjaya meraih tempat kedua dalam Pertandingan Muzik Antarabangsa – Instrumen Tradisional di Taiwan baru-baru ini.

Eason memukau juri dengan alunan mempesonakan daripada alat muzik tradisional Sarawak, Sape. Pelajar SJK Chung Hua No. 3 ini bukan sahaja membawa pulang pingat, tetapi juga berjaya mengangkat keunikan budaya Borneo ke pentas global.

Anak Sarawak Tawan Pentas Antarabangsa Dengan Sape, Raih Tempat Kedua Di Taiwan
Anak Sarawak Tawan Pentas Antarabangsa Dengan Sape, Raih Tempat Kedua Di Taiwan. Sumber foto: Suara Sarawak

Menurut laporan media tempatan, Eason, yang dibimbing oleh jurulatih berpengalaman Elizabeth Bungan, mula mempelajari Sape hanya pada tahun 2023. Siapa sangka dalam masa yang singkat, dia sudah mampu mencipta impak besar seperti ini.

Inspirasi dari Idola Sape Terkenal

Eason menjadikan pemain alat muzik Sape ternama seperti Matthew Ngau dan Frederick Maldini sebagai inspirasinya. Berbekalkan semangat dan dedikasi, dia menjadikan pertandingan ini satu pengalaman yang sangat berharga.

“Sangat berbangga kerana dapat mempersembahkan Sape di pentas antarabangsa,” kata Eason. Ini adalah peluang untuk menunjukkan keunikan alat muzik tradisional Sape kepada dunia.

Sape, yang sinonim dengan masyarakat Kenyah dan Kayan, adalah alat muzik kordofon yang menggambarkan nilai harmoni dengan alam semula jadi. Melalui pertandingan ini, Eason bukan sahaja memperkenalkan Sape kepada khalayak antarabangsa tetapi juga menyemarakkan rasa cinta terhadap muzik tradisional tempatan.

Mewakili Malaysia di Mata Dunia

Menurut Eason, pertandingan ini turut membuka peluang untuk bertukar pengalaman dengan peserta dari negara-negara seperti Jepun, Hong Kong, Taiwan, Thailand, dan Indonesia. Interaksi ini telah memberi perspektif baru tentang bagaimana muzik tradisional boleh menyatukan budaya yang berbeza.

Kejayaan ini adalah bukti bahawa muzik tradisional tidak pernah lapuk ditelan zaman. Sebaliknya, ia mampu menjadi jambatan yang menghubungkan generasi muda dengan warisan budaya.

Harapan untuk Masa Depan

Kehebatan Eason memainkan Sape bukan sahaja membanggakan Sarawak, tetapi juga seluruh Malaysia. Kejayaan ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk mendalami seni tradisional yang kaya dengan nilai budaya.

Teruskan perjuanganmu, Eason! Malaysia dan Sarawak bangga dengan pencapaianmu. Semoga langkah ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kejayaan di masa akan datang.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kejayaan anak-anak Sarawak di pentas dunia:

Chef Berasal Dari Kuching Jadi Anak Sarawak Pertama Terima Bintang Michelin
Anak Sarawak Raih Kejuaraan Pertama Di Malaysian International Open 2024
SUMBER :Suara Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cubitan Membawa Padah, Pembantu Rumah Cederakan Majikan Dipenjara 7 Bulan Di Kuching
Next Article 9 Klinik Baru Bakal Dibuka Di Sarawak Pada Tahun Ini 9 Klinik Baharu Bakal Dibuka Di Sarawak Pada Tahun Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?