• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anak Sarawak Turut Terkorban Dalam Tragedi Nahas Helikopter TLDM

Oleh
Nazihah AN
23 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Anak Sarawak Turut Terkorban Dalam Tragedi Nahas Helikopter TLDM

Anak Kelahiran Sarawak Antara Mangsa Nahas Helikopter TLDM

Anak Sarawak Turut Terkorban Dalam Tragedi Nahas Helikopter TLDM. Sebuah tragedi mengerikan menimpa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) apabila dua buah helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada pagi ini.

Kejadian nahas ini mengorbankan 10 pegawai termasuk tiga wanita anggota tentera.

Anak Sarawak Turut Terkorban Dalam Tragedi Nahas Helikopter TLDM

Anak Sarawak Turut Terkorban Dalam Tragedi Nahas Helikopter TLDM

Salah seorang mangsa kejadian nahas tersebut adalah LK I JJM Joanna Felicia anak Rohna, 24 tahun, adalah anak kelahiran Kampung Sumpas Tampek, Jalan Batu 11 Serian, Sarawak. Beliau adalah seorang anggota Jabatan Agensi Keselamatan Awam yang berkhidmat di bawah TLDM.

Mangsa-mangsa yang terkorban daripada helikopter HOM-AW139 dikenal pasti sebagai Kdr Muhammad Firdaus Ramli, Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Lt Kdr Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun, PW II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, dan BM TNL Noor Rahiza binti Anuar (penumpang).

Manakala mangsa dari helikopter Fennec pula adalah Kdr Muhamad Amir Mohamad, Lt T Sivasutan dan PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Kejadian ini meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh warga tentera di samping menggemparkan rakyat Malaysia. TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan segera bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian memilukan ini.

Seluruh rakyat Malaysia mendoakan roh-roh mangsa ini dicucuri rahmat dan kesabaran kepada keluarga mereka yang ditinggalkan. Al-Fatihah.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 10 Mangsa Disahkan Terkorban, Dua Helikopter Bertembung Di Lumut 10 Mangsa Disahkan Terkorban, Dua Helikopter TLDM Bertembung Di Lumut
Next Article Tikam Mercun Dalam Kereta Milik Kekasih Si Isteri, Lelaki Dipenjara 10 Bulan Di Kota Kinabalu Tikam Mercun Dalam Kereta Milik Kekasih Si Isteri, Lelaki Dipenjara 10 Bulan Di Kota Kinabalu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?