• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

10 Mangsa Disahkan Terkorban, Dua Helikopter TLDM Bertembung Di Lumut

Oleh
Aina Musa
23 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
10 Mangsa Disahkan Terkorban, Dua Helikopter Bertembung Di Lumut

Salam takziah buat keluarga mangsa

10 Mangsa Disahkan Terkorban, Dua Helikopter TLDM Bertembung Di Lumut. Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, mengalami kejadian mengejutkan apabila sebuah helikopter terhempas pada hari Selasa.

Kejadian kemalangan udara yang melibatkan 10 mangsa tersebut dikatakan melibatkan aset milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

10 Mangsa Disahkan Terkorban, Dua Helikopter TLDM Bertembung Di Lumut. Sumber: Berita Harian

Dalam rakaman video yang tular pada Selasa, kejadian tersebut menunjukkan kira-kira tujuh helikopter sedang terbang dalam satu formasi di langit.

Namun, dua daripada helikopter tersebut dipercayai berlanggar antara satu sama lain di bahagian ekor sebelum kemudian terhempas.

Rakaman juga menunjukkan serpihan helikopter yang terhempas tersebar luas, dan beberapa di antaranya jatuh ke lokasi rakaman.

Menurut kenyataan daripada Tentera Diraja Malaysia, pertembungan helikopter tersebut berlaku semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90.

“Kedua-dua helikopter jenis HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) berlepas dari Padang Sitiawan pada pukul 9.03 pagi.

“Pesawat HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut,” demikian kenyataan tersebut.

Setakat ini mangsa yang terlibat adalah:

a. Pesawat HOM (M503-3) — 7 orang kru:

(1) Komander Muhammad Firdaus Ramli TLDM – PM Skuadron 503.

(2) Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin TLDM.

(3) Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi TLDM.

(4) Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun.

(5) TBC

(6) TBC

(7) TBC

b. Pesawat Fennec (M502-6) — 3 orang kru:

(1) Komander Muhamad Amir Mohamad TLDM – PM Skuadron 502.

(2) Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan TLDM.

(3) Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Dalam perkembangan sama, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng, Saiful Rizan Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.50 pagi.

Katanya, pihak bomba sedang giat melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit di lokasi nahas.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dua Pelabuhan Laut Dalam Baharu Bakal Dibangunkan Di Kuching Dan Miri Dua Pelabuhan Laut Dalam Baharu Bakal Dibangunkan Di Kuching Dan Miri
Next Article Anak Sarawak Turut Terkorban Dalam Tragedi Nahas Helikopter TLDM Anak Sarawak Turut Terkorban Dalam Tragedi Nahas Helikopter TLDM

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?