• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anak Seni Dipelawa Untuk Sertai Persatuan Seni Masyarakat Tonggak Sabah (Pillars of Sabah)

Oleh
Ismail NA
7 Mei 2023
Kongsi
5 Min Bacaan

Dari anak seni, untuk anak seni.

Anak Seni Dipelawa Untuk Sertai Persatuan Seni Masyarakat Tonggak Sabah (Pillars of Sabah). Individu yang memiliki kebolehan seni dan ingin meluaskan jaringan dengan minat yang sama dipelawa untuk menyertai Persatuan Seni Masyarakat Tonggak Sabah (Pillars of Sabah) atau singkatannya POSCAA.

POSCAA telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 12 April 2023 sebagai sebuah persatuan rasmi. Penubuhan persatuan ini bertepatan dengan sambutan Hari Seni Sedunia, selain bertitik tolak daripada peristiwa pengusiran projek seni komuniti dari tempat asalnya di 20 Jalan Haji Saman, Kota Kinabalu, serta ulang tahun kedua projek tersebut.

Anak Seni Dipelawa Untuk Sertai Persatuan Seni Masyarakat Tonggak Sabah (Pillars of Sabah)
Anak Seni Dipelawa Untuk Sertai Persatuan Seni Masyarakat Tonggak Sabah (Pillars of Sabah). Kredit foto: IG Pillars of Sabah

Bercita-cita untuk melindungi para pengkarya daripada eksploitasi dan memperkasakan komuniti seni

Dengan kelulusan rasmi ini, POSCAA bercadang untuk menubuhkan sub-komuniti tempatan di seluruh Sabah, serta memfasilitasi agenda dan aktiviti yang relevan dan diingini oleh sub-komuniti itu sendiri. Bergerak sebagai sebuah persatuan berdaftar, inisiatif ini diharap dapat diberi layanan secara adil dalam usaha daya tahan dan pemerkasaan komuniti melalui luahan kreatif termasuklah seni kesusasteraan, sajak puisi, tarian, muzik, filem, kraf dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, sebagai sebuah persatuan yang mengumpulkan individu seni daripada pelbagai cabang, objektif utama POSCAA adalah untuk memupuk, menyokong, dan mempromosikan artis tempatan Sabah, membina rangka kerja yang boleh dipercayai untuk melindungi hak artis Sabah, dan membina komuniti berkembang maju yang mempunyai pemikiran sama dengan artis dan bukan artis.

Objektif sekunder persatuan ini adalah untuk memberi sumbangan bermakna kepada komuniti yang terlibat dengan aktiviti persatuan, merayakan identiti Sabah, menginspirasi penghargaan seni yang lebih memuaskan, dan mempertahankan komuniti seni tempatan Sabah di arena pembuat dasar utama.

Anak Seni Dipelawa Untuk Sertai Persatuan Seni Masyarakat Tonggak Sabah (Pillars of Sabah)
Kredit foto: IG Pillars of Sabah

Mengapa anda perlu menyertai persatuan ini? Apa manfaatnya?

Sebagai ahli berdaftar, anda akan mendapatkan akses kepada manfaat ahli seperti berikut;

  • Berpeluang ditawarkan servis agensi premium berasaskan komisen untuk artis yang memilih untuk menerima manfaat ini. Servis ini termasuklah mempromosikan artis kepada klien yang berpotensi, mendapatkan peluang pekerjaan yang adil dan saksama, serta persatuan bertindak sebagai pengurus projek dan penjamin.
  • Persatuan ini secara asasnya akan membantu para artis untuk mendapatkan pekerjaan, selain membantu menguruskan projek – sekaligus memastikan klien mendapat servis yang memuaskan dan para artis dibayar setara.
  • Selain daripada aktiviti berkaitan seni, persatuan ini juga akan menyediakan peluang pembangunan kapasiti (capacity-building) dalam bidang yang lain seperti kepimpinan diri dan skill menyeluruh yang lain.

Syarat-syarat permohonan keahlian

POSCAA menyambut baik kedatangan artis dan bukan artis, serta orang Sabah dan bukan Sabah, untuk menyertai persatuan ini. Terdapat 2 jenis keahlian yang boleh anda pertimbangkan semasa menyertai persatuan ini.

  1. Keahlian biasa/seumur hidup – Keahlian untuk individu yang memiliki asal usul dari Sabah. Sekiranya mereka bukan orang Sabah mengikut kod H yang ada pada kad pengenalan, individu yang ingin menyertai jenis keahlian ini masih layak dengan syarat mereka dilahirkan di Sabah, atau tinggal di Sabah atau menjadikan Sabah sebagai rumah mereka.
  2. Keahlian bersama (associate membership) – Keahlian untuk individu yang tidak memiliki pertalian dengan Sabah. Walau bagaimanapun, permohonan keahlian ini hendaklah disusuli dengan sokongan salah seorang ahli biasa/seumur hidup.

Borang permohonan keahlian boleh didapati di platform media sosial persatuan – Instagram @pillarsofsabah

Anak Seni Dipelawa Untuk Sertai Persatuan Seni Masyarakat Tonggak Sabah (Pillars of Sabah)
Kredit foto: Samson Liew via Pillars of Sabah

Ahli Majlis Eksekutif persatuan pengasas ialah Jared Amadis Abdul Rahman, Yvonne Yong Yit Phung, Sarah Wasli, Tamar Dian Abdul Rahman, Iffah Hazirah Ab Hadi Latifi, Janice Pinso, Belinda Chong Yie Thing, Charmaine Latonia Liau Xuan, Edna Thecla Albert, Geraldine Yong Yee Wan, Muhd Muazzam Rosemidian @ Rosdi, dan Phang Shel Ly. 

Menyedari cabaran dan eksploitasi yang sering dihadapi oleh para pengkarya dalam industri seni, POSCAA komited untuk melindungi hak artis tempatan Sabah dengan menyediakan rangka kerja yang boleh dipercayai untuk melindungi hak mereka, sekaligus mencipta persekitaran yang selamat dan kondusif bagi artis untuk berkembang.

Ketahui lebih lanjut tentang kisah Pillars of Sabah di sini:

Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Hanya Belajar Dari Youtube, Hasil Seni Anak Muda Sabah Ini Buat Ramai Terpukau
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Panduan Itinerari Ringkas Ke Kota Kinabalu Selama 3 Hari 2 Malam
Next Article Ada Gelato Dan Soft Serve, Anda Harus Ke Sugar Rush Carpenter Street Kuching Ada Gelato Dan Soft Serve, Anda Harus Ke Sugar Rush Carpenter Street Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?