Sebelum ini, pendaftaran hanya boleh dilakukan oleh individu sahaja
Anda Kini Boleh Daftar Ibu Bapa Dan Tanggungan Untuk Vaksinasi Di Aplikasi MySejahtera. Sekiranya anda ingin mendaftar ibu bapa dan/atau tanggungan anda (yang belum didaftarkan) untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, anda boleh melakukannya kini menerusi aplikasi MySejahtera.
Buat masa ini, kemas kini ini hanya tersedia untuk iOS. Walau bagaimanapun, versi Android dijangka akan dikemas kini dalam beberapa hari ini.
Hanya 3 langkah mudah sahaja
Di tab Vaksinasi Covid-19, anda akan melihat pilihan baharu iaitu Tambah Tanggungan Vaksinasi (Add Vaccine Dependent) di baris kedua dan tekan Tambah Tanggungan Vaksinasi (Manage Vaccination Dependent) yang dipapar ke laman seterusnya.
Isikan maklumat seperti nama penuh, hubungan, nombor kad pengenalan/pasport, umur, jantina serta alamat lengkap individu yang didaftar anda.
Kemudian, tekan save!
Mudah kan?
