• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

TERKINI: Sarawak Catat Kes COVID-19 Tertinggi Di Malaysia Pada Hari Ini

Oleh
Husna Hazmi
19 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

1 Kematian dilaporkan juga pada hari ini di Sarawak.

TERKINI: Sarawak Catat Kes COVID-19 Tertinggi Di Malaysia Pada Hari Ini. Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Serian (140), Sibu (65), Miri (49), Betong (40), Bintulu (26), Sri Aman (23), Kuching (19), Samarahan (11), Kapit (10), Song (6), Subis (5), Meradong (4), Lundu (3), Julau (2), Kanowit (2), Dalat (1) dan Limbang (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 13,820 kes.

Sarawak mencatat kes harian Covid-19 tertinggi di Malaysia pada hari ini iaitu lebih banyak daripada kes positif di Selangor. Sarawak kini masih lagi menjalani tempoh PKPB dan setakat semalam, sebanyak 34 kluster yang masih lagi aktif di Sarawak.

TERKINI: Sarawak Catat Kes COVID-19 Tertinggi Di Malaysia Pada Hari Ini
TERKINI: Sarawak Catat Kes COVID-19 Tertinggi Di Malaysia Pada Hari Ini

Kluster Depot Imigresen Semuja, Serian

Semalam juga Sarawak mencatat Kluster baharu iaitu Kluster Depot Imigresen Semuja, Serian merupakan sebuah kluster yang melibatkan depot tahanan imigresen di Depot Imigresen Semuja di Daerah Serian, Sarawak.

Kluster ini dikesan apabila pihak Jabatan Kesihatan Bahagian Serian telah membuat saringan ke atas semua anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan tahanan di depot tersebut setelah mendapat maklumat terdapat individu yang telah didapati positif ujian rT-PCR dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diusir keluar melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Tebedu di persempadanan Sarawak-Kalimantan, Indonesia pada 11 Mac 2021.

Hasil saringan awal mendapati anggota JIM yang mengiring PATI yang diusir keluar telah negatif. Walau bagaimana pun, saringan lanjut ke atas semua anggota JIM dan tahanan di Depot Imgresen Semuja, Serian telah dijalankan bagi memastikan punca jangkitan.

TERKINI: Sarawak Catat Kes COVID-19 Tertinggi Di Malaysia Pada Hari Ini

Kluster Kluster Sungai Atap, Meradong

Satu lagi Kluster yang dicatat semalam ialah Kluster Kluster Sungai Atap, Meradong yang merupakan kluster komuniti yang melibatkan sebuah rumah panjang yang terletak di Sungai Atap, Ulu Strass di Daerah Meradong, Sarikei.

Kluster ini juga merupakan kluster komuniti yang melibatkan perjalanan rentas daerah di mana punca jangkitan adalah dari daerah Sibu.

Indeks kes kepada kluster ini adalah kes Ke-10,693 yang merupakan seorang wanita warga tempatan (Sarawak) berumur 36 tahun yang dikesan melalui saringan di Klinik Kesihatan Lanang, Sibu atas arahan majikan beliau. Kes telah menjalani saringan rT-PCR pada 03 Mac 2021 dan didapati positif COVID19 pada 05 Mac 2021.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buat Langkah Ekstra, Ketua Kampung Di Sabah Ini Tambah SOP Baru ‘Moginum’
Next Article Anda Kini Boleh Daftar Ibu Bapa Dan Tanggungan Untuk Vaksinasi Di Aplikasi MySejahtera Anda Kini Boleh Daftar Ibu Bapa Dan Tanggungan Untuk Vaksinasi Di Aplikasi MySejahtera

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?