• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anggota Rejimen Hilang Ketika Bertugas Dalam Op Ukur Sempadan Di Limbang

Oleh
Husna Hazmi
22 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Usaha mencari sedang dilakukan

Anggota Rejimen Hilang Ketika Bertugas Dalam Op Ukur Sempadan Di Limbang. Dipetik dari laporan portal berita tempatan, seorang anggota tentera Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang berpangkalan di Kem Kidurong, Bintulu, Sarawak disahkan hilang ketika bertugas dalam Op Ukur di sempadan Limbang-Brunei pada Selasa.

Dalam kenyataan Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia (TDM) semalam, anggota yang dikenali sebagai Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim disedari hilang sekitar jam 12 tengah hari.

Anggota Rejimen Hilang Ketika Bertugas Dalam Op Ukur Sempadan Di Limbang
Anggota Rejimen Hilang Ketika Bertugas Dalam Op Ukur Sempadan Di Limbang

Bertugas sebagai pengiring keselamatan kepada pasukan JUPEM

Ketika kejadian, anggota berkenaan bertugas sebagai pengiring keselamatan kepada pasukan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang melaksanakan penandaan dan pengukuran sempadan Malaysia-Brunei Darussalam di Ulu Tutong (E500) ke Bebuloh (E600), Limbang mulai 11 Jun hingga 2 September 2024. 

Dikatakan bahawa, kehilangan mangsa  dikesan pada Selasa lebih kurang jam 12 tengah hari, ketika ketua kumpulan mendapati anggota tiada di posisi belakang kumpulan. 

Dalam kenyataan itu lagi, kejadian berlaku pada kedudukan dijarak dua kilometer di atas permatang sempadan Malaysia dan Brunei dari tanda sempadan E500 menghala ke arah E600.

Anggota Rejimen Hilang Ketika Bertugas Dalam Op Ukur Sempadan Di Limbang

Usaha mencari dan mengesan anggota dijalankan segera

Tambahnya lagi, usaha mencari dan mengesan anggota dijalankan segera oleh kumpulan yang terdiri daripada dua anggota TDM dan lima anggota JUPEM, namun gagal menemuinya.

Usaha pencarian juga telah dipergiatkan oleh TDM mulai Rabu di kawasan tersebut dengan melibatkan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta agensi awam lain yang dikoordinasikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bomba.

“Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) juga mengatur gerak aset mereka dalam membantu usaha pencarian bersama TDM,” katanya.

TDM berharap anggota berkenaan dapat ditemui dalam keadaan selamat dan memohon kerjasama masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu misi pencarian serta menjaga perasaan waris anggota yang terlibat.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Koperal Polis Maut, Van Dipandu Dihempap Pokok Tumbang Di Lahad Datu
Bom Peninggalan Perang Dunia Kedua Ditemui Di Beaufort

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bom Peninggalan Perang Dunia Kedua Ditemui Di Beaufort Bom Peninggalan Perang Dunia Kedua Ditemui Di Beaufort
Next Article Non-Halal: Haidilao Pertama Sarawak Kini Sudah Dibuka Di Vivacity Megamall

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?