• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Angin Kuat Tiba-Tiba, Peluncur Udara Maut Terhempas Selepas Mendarat Di Sabah

Oleh
ILB - AI
31 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Peluncur udara maut lepas mendarat di Sabah

Angin Kuat Tiba-Tiba, Peluncur Udara Maut Terhempas Selepas Mendarat Di Sabah. Nak hujung tahun ini memang banyak individu yang bercuti, menghabiskan waktu melakukan pelbagai aktiviti. Ada yang habiskan waktu dengan melakukan aktiviti lasak seperti sukan luncur udara (paragliding).

Namun, tidak semua aktiviti yang dilakukan akan berakhir indah. Ada juga yang berakhir dengan duka. Salah satunya yang baru terjadi di Sabah apabila seorang peluncur udara maut selepas mendarat.

Angin Kuat Tiba-Tiba, Peluncur Udara Maut Terhempas Selepas Mendarat Di Sabah
Angin Kuat Tiba-Tiba, Peluncur Udara Maut Terhempas Selepas Mendarat Di Sabah. Sumber gambar: Kosmo Digital

Mangsa adalah seorang lelaki, berusia 26 tahun telah maut selepas terhempas di cerun konkrit kerana dibawa oleh arus angin kuat

Kejadian yang berlaku di Kampung Keliangau yang terletak di sepanjang Jalan Pan Borneo di Menggatal, Sabah ini telah menyaksikan pendaratan sukan luncur udara yang berhujung maut. Mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 26 tahun telah terhempas pada cerun konkrit semasa hendak mendarat.

Menurut Ketua Polis Kota Kinabalu, Supritendan Hajah Kalsom Idris, kejadian ini terjadi akibat oleh angin kuat yang datang secara tiba-tiba mengakibatkan mangsa diterbangkan semula ke udara dibawa arus angin kuat tersebut.

Angin Kuat Tiba-Tiba, Peluncur Udara Maut Terhempas Selepas Mendarat Di Sabah
Angin Kuat Tiba-Tiba, Peluncur Udara Maut Terhempas Selepas Mendarat Di Sabah. Sumber gambar: my Metro

Oleh kerana mangsa yang pada mula telah mendarat dengan jayanya untuk menurunkan rakan peluncurnya namun secara tiba-tiba diterbangkan semula oleh arus angin mengakibatkan mangsa gagal mengawal sayap luncur udara sebelum terhempas ke cerun konkrit.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang serius dialami oleh nya. Pihak polis turut menegaskan siasatan masih dijalankan dan kes ini diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

Betul kata orang-orang, malang memang tidak berbau. Apa-apa pun salam takziah untuk keluarga mangsa atas musibah ini.

Untuk orang ramai yang mahu lakukan aktiviti lain jika bercuti ke Sabah, ini antara pilihan aktiviti yang boleh anda lakukan:

https://www.iloveborneo.my/minat-aktiviti-mencabar-jom-beranikan-diri-naik-jambatan-canopy-walk-di-danum-sabah/
https://www.iloveborneo.my/terokai-keindahan-alam-di-sabah-ini-adalah-6-aktiviti-menarik-untuk-dilakukan-di-kota-kinabalu/
SUMBER :Kosmo DigitalMy Metro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Disambut Secara Unik, Ini Cara 5 Budaya Di Seluruh Dunia Meraikan Tahun Baru Disambut Secara Unik, Ini Cara 5 Budaya Di Seluruh Dunia Meraikan Tahun Baru
Next Article Rakan Meninggal Dunia, Lelaki Luah Kekecewaan Pemandu Buat U-Turn Haram Di Pan Borneo

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?