• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rakan Meninggal Dunia, Lelaki Luah Kekecewaan Pemandu Buat U-Turn Haram Di Pan Borneo

Oleh
Husna Hazmi
31 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Kecewa dengan kecuaian pemandu sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa.

Rakan Meninggal Dunia, Lelaki Luah Kekecewaan Pemandu Buat U-Turn Haram Di Pan Borneo. Semalam, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi telah disahkan maut ketika menerima rawatan setelah terlibat dalam kemalangan dua buah kenderaan di kilometer 63, Jalan Sri Aman-Kuching.

Kemalangan tersebut melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan motosikal dan berlaku sekitar jam 8 pagi.

Rakan Meninggal Dunia, Lelaki Luah Kekecewaan Pemandu Buat U-Turn Haram Di Pan Borneo
Rakan Meninggal Dunia, Lelaki Luah Kekecewaan Pemandu Buat U-Turn Haram Di Pan Borneo. Sumber foto: FB Clement Ganis

Disahkan meninggal dunia di Hospital

Akibat pelanggaran, penunggang motosikal berkenaan mengalami kecederaan dan telah dirawat dan dihantar ke Hospital Sri Aman untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia di Hospital.

Kes tersebut kemudiannya diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Rakan Meninggal Dunia, Lelaki Luah Kekecewaan Pemandu Buat U-Turn Haram Di Pan Borneo

Meluahkan kekecewaan di Facebook

Di Facebook pula, seorang rakan kepada mangsa telah meluahkan kekecewaannya setelah kehilangan rakannya sendiri atas kecuaian pemandu yang tidak bertanggungjawab di atas jalan raya.

Menurut perkongsian di Facebook itu, kawasan tersebut memang terkenal dikalangan pemandu tidak bertanggungjawab mengambil cara mudah dengan membuat U-Turn secara haram.

Dalam perkongsian itu lagi, dia berkata hanya kerana degil tidak mahu U-turn di tempat yang sepatutnya, nyawa rakannya telah tergadai.

Dia juga berpesan agar pengguna jalan Pan Borneo yang lain agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan; U-Turn di tempat yang sepatutnya dan jangan sesekali membawa kenderaan melebihi had laju.

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Makin Berleluasa, Lelaki Bermotosikal Tercedera Kena Benang Layang-Layang Bersalut Kaca Di Kuching
Angin Kuat Tiba-Tiba, Peluncur Udara Maut Terhempas Selepas Mendarat Di Sabah
SUMBER :FB Clement Ganis
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Angin Kuat Tiba-Tiba, Peluncur Udara Maut Terhempas Selepas Mendarat Di Sabah
Next Article Netizen Luah Rasa Kecewa 'Beam' Jadi Mangsa Vandalisme Di Kuching Netizen Luah Rasa Kecewa ‘Beam’ Jadi Mangsa Vandalisme Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?