I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Angkara Birokrasi Kewarganegaraan Malaysia, Kanak-Kanak 9 Tahun Di Lawas Dilarang Teruskan Persekolahan
Notification Show More
Latest News
Padah Cabul Remaja 15 Tahun, Pemandu Bas Ini Dikenakan 4 Tahun Penjara
Padah Cabul Remaja 15 Tahun Di Jalan Matang, Pemandu Bas Dikenakan 4 Tahun Penjara
18 Mei 2022
KDN Kini Siasat Dakwaan Lebih Dari 22 Juta Butiran Peribadi Rakyat Malaysia Dijual Di Dark Web KDN Kini Siasat Dakwaan Lebih Dari 22 Juta Butiran Peribadi Rakyat Malaysia Dijual Di Dark Web
KDN Kini Siasat Dakwaan Lebih Dari 22 Juta Butiran Peribadi Rakyat Malaysia Dijual Di Dark Web
18 Mei 2022
Sanggup Berkhidmat Lewat Malam Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5 Sanggup Berkhidmat Lewat Malam, Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5
Sanggup Berkhidmat Lewat Malam, Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5
18 Mei 2022
Masuk Adalah Percuma! Siniawan Art & Folklore Music Festival Bakal Berlangsung Pada 20 Mei Ini
Masuk Adalah Percuma! Siniawan Art & Folklore Music Festival Bakal Berlangsung Pada 20 Mei Ini
18 Mei 2022
Ibu Bapa Saman Anak Tunggal RM2.8 Juta Kerana Gagal Memberikan Cucu
Ibu Bapa Saman Anak Tunggal RM2.8 Juta Kerana Gagal Memberikan Cucu
18 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Angkara Birokrasi Kewarganegaraan Malaysia, Kanak-Kanak 9 Tahun Di Lawas Dilarang Teruskan Persekolahan

Nur Afifah
Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 24/02/22 1:28 PM
Kongsi
6 Min Bacaan
BeFunky collage 2022 02 24T132539.517 Angkara Birokrasi Kewarganegaraan Malaysia, Kanak-Kanak 9 Tahun Di Lawas Dilarang Teruskan Persekolahan
Kongsi
Sponsored

“Dia sangat suka pergi ke sekolah, hati saya runtuh bila saya dapat tahu berita ini,” – Si ibu

Angkara Birokrasi Kewarganegaraan Malaysia, Kanak-Kanak 9 Tahun Di Lawas Dilarang Teruskan Persekolahan. Menurut penyata Universal Declaration of Human Right (UDHR) United Nations, pendidikan diisytiharkan sebagai hak asasi manusia dan merupakan sebuah keperluan yang sangat penting. Setiap manusia berhak mendapatkan pendidikan tanpa mengira latar belakang, warna kulit, status sosial dan terutama sekali status kewarganegaraan.

Dalam hak pendidikan yang disenaraikan oleh United Nations, pendidikan peringkat rendah mestilah diberikan secara wajib, percuma, dan menyeluruh kepada setiap individu.

Sponsored

Bukan warganegara Malaysia, tak boleh sekolah di Malaysia (walaupun sekolah rendah)

Menyedihkan, perkara sebaliknya masih berlaku di Malaysia. Terbaru, kanak-kanak 9 tahun di Lawas yang bernama Jeanny Lianna Ating dihalang untuk meneruskan persekolahan di peringkat pendidikan rendah kerana status kewarganegaraannya yang bukan warganegara Malaysia.

Angkara Birokrasi Kewarganegaraan Malaysia, Kanak-Kanak 9 Tahun Di Lawas Dilarang Teruskan Persekolahan
Angkara Birokrasi Kewarganegaraan Malaysia, Kanak-Kanak 9 Tahun Di Lawas Dilarang Teruskan Persekolahan. Jeanny (tengah) bersama ibunya, Ruran Lukas (kanan) dan bapanya, Ating Agung (kiri). Kredit foto : The Borneo Post

Ibunya, Ruran Lukas memberitahu pemberita bahawa beliau menerima mesej daripada pihak sekolah memaklumkan bahawa anaknya yang sepatutnya memasuki darjah 2 tahun ini, dihalang meneruskan persekolahan kerana status kewarganegaraannya yang bukan warganegara Malaysia.

Sponsored

Beliau berasa kecewa dan sedih dengan makluman tersebut memandangkan anaknya suka pergi ke sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan. Sebagai seorang ibu yang sedih mengenangkan masa depan anaknya, beliau menghadapi masa yang sukar untuk menerangkan kepada anaknya bahawa dia tidak dapat lagi ke sekolah kerana kerakyatannya.

Status kewarganegaraan anak-anak Ruran menjadi perjalanan yang panjang dan sukar hanya kerana statusnya yang berwarganegara Indonesia. Meskipun Ruran dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia seumur hidupnya, namun sijil kelahirannya menyatakan bahawa beliau bukan warganegara Malaysia kerana kedua-dua ibu bapanya merupakan warganegara Indonesia.

Sponsored

Lima daripada enam anak Ruran dinafikan hak pendidikan kerana tiada dokumen pengenalan diri Malaysia

Ruran yang kini berusia 40 tahun berkahwin dengan suaminya, Ating Agong yang berusia 55 tahun. Selain Jeanny, mereka mempunyai 5 lagi anak (lahir pada tahun 1998, 2000, 2001, 2004, dan 2019) yang hampir kesemuanya dihalang ke sekolah kerana isu yang sama – birokrasi kewarganegaraan.

Pasangan ini hanya mendaftarkan perkahwinan mereka pada tahun 2016 kerana birokrasi isu kewarganegaraan Ruran. Birokrasi ini menyebabkan urusan pendaftaran perkahwinan mereka menerusi adat Lun Bawang dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjadi sukar dan lambat.

Sponsored
2 241933a4 Angkara Birokrasi Kewarganegaraan Malaysia, Kanak-Kanak 9 Tahun Di Lawas Dilarang Teruskan Persekolahan
Perkahwinan di JPN. Gambar hiasan. Sumber foto : JPN

Disebabkan status perkahwinan mereka yang lewat didaftarkan, kesemua anak mereka yang dilahirkan sebelum tahun 2016 dihalang untuk ke sekolah kerana tidak mempunyai identiti pengenalan diri, termasuklah si kecil Jeanny.

Anak sulung dan anak kedua mereka, yang kini masing-masing berusia 24 dan 22 tahun bersekolah sehingga ke Tingkatan 3 sahaja, dan dihalang untuk menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Manakala, anak ketiga mereka yang kini berusia 21 tahun dihalang untuk bersekolah di sekolah menengah kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Anak keempat mereka pula tidak sempat menghabiskan pendidikan rendah sebelum Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sponsored

Dan kini, naratif yang sama berulang untuk anak kelima mereka, Jeanny.

Menurut suami Ruran, Ating, hanya anak bongsu mereka yang lahir pada tahun 2019 bergelar warganegara Malaysia.

Sponsored

Proses kewarganegaraan Jeanny mengambil masa 6 tahun, terlalu lewat untuk kembali semula ke sekolah

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, perkara yang paling mengecewakan pasangan ini adalah tentang anak-anak mereka dinafikan hak untuk mendapatkan akses pendidikan di sekolah secara total meskipun tertera dalam sijil kelahiran Jeanny bahawa bapanya warganegara Malaysia. Malah, mereka diberitahu oleh Pejabat Pendidikan Daerah Lawas bahawa mereka perlu menyelesaikan urusan dokumentasi Jeanny sebelum kanak-kanak itu dibenarkan untuk kembali ke sekolah.

Bapa Jeanny menegaskan bahawa tiada ibu bapa yang sanggup melihat kehidupan anak mereka huru hara. Hanya melalui pendidikan saja yang mampu memberikan mereka masa depan yang cerah. Sedia maklum akan pendidikan bahawa hak asas untuk setiap manusia, ibu bapa malang ini berharap agar anak mereka dapat menikmati hak tersebut dengan bebas.

Sponsored
Angkara Birokrasi Kewarganegaraan Malaysia, Kanak-Kanak 9 Tahun Di Lawas Dilarang Teruskan Persekolahan
Gambar hiasan. Kredit foto : Utusan Borneo

Isu kewarganegaraan – bukan masalah individu, sebaliknya masalah negara

Masalah keciciran persekolahan ini tentunya memberi kesan yang besar kepada negara di masa hadapan. Sejarah dunia serta peradaban telah membuktikan bahawa akses pendidikan adalah jalan keluar untuk keluar daripada belenggu kemiskinan dan masalah sosial yang membelenggu institusi masyarakat.

Lebih membimbangkan, anak-anak yang dipinggirkan daripada sistem pendidikan ini cenderung untuk terjebak dalam aktiviti jenayah dan perkahwinan bawah umur yang akhirnya akan menyumbang kepada keganasan rumah tangga, kehidupan anak kecil yang tidak kondusif, serta masalah kehidupan yang berantai dan tidak berkesudahan.

Sponsored

Kisah Jeanny hanya salah satu daripadanya. Barangkali peratusan kisah kanak-kanak seperti ini di Malaysia, terutamanya di Sabah dan Sarawak lebih banyak daripada yang kita sangkakan. Hanya kerana ia tidak tersebar luas di media sosial, tidak bermaksud isu ini harus dipandang sepi dan remeh.

Kewarganegaraan tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk sesiapa sahaja mendapatkan pendidikan, apatah lagi di peringkat pendidikan rendah.

Sponsored

Untuk pengetahuan anda sebagai rakyat Malaysia :

Sponsored
Nur Afifah 24 Februari 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hidden Gem Ini Hidangkan Makanan Gabungan Asia Dan Western, Jom Ke The Charague Di Petra Jaya Hidden Gem Ini Hidangkan Makanan Gabungan Asia Dan Western, Jom Ke The Charague Di Petra Jaya
Next Article Bayar RM1 Kepada Bank Untuk Selesaikan Hutang 1 Sen, Lelaki Ini Kemudian Disuruh Buat Permintaan Bagi Mendapatkan Baki 99 Sen Bayar RM1 Kepada Bank Untuk Selesaikan Hutang 1 Sen, Lelaki Ini Kemudian Disuruh Buat Permintaan Bagi Mendapatkan Baki 99 Sen

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage 2021 10 13T131912.652 Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Padah Cabul Remaja 15 Tahun, Pemandu Bas Ini Dikenakan 4 Tahun Penjara
Cerita Borneo

Padah Cabul Remaja 15 Tahun Di Jalan Matang, Pemandu Bas Dikenakan 4 Tahun Penjara

18 Mei 2022
Sanggup Berkhidmat Lewat Malam Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5 Sanggup Berkhidmat Lewat Malam, Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5
Cerita Borneo

Sanggup Berkhidmat Lewat Malam, Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5

18 Mei 2022
Parti Ketiga Keluarkan Amaran Netizen Pula Berang Lihat Situasi Gudang JT 301 Kuching Tidak Teruru Parti Ketiga Keluarkan Amaran, Netizen Pula Berang Lihat Situasi Gudang J&T 301 Kuching Tidak Terurus
Cerita Borneo

Parti Ketiga Keluarkan Amaran, Netizen Pula Berang Lihat Situasi Gudang J&T 301 Kuching Tidak Terurus

18 Mei 2022
Guru Tunjang Sekolah Sejahtera, Anak Sarawak Dinobatkan Tokoh Guru Kebangsaan 2022
Cerita Borneo

Guru Tunjang Sekolah Sejahtera, Anak Sarawak Dinobatkan Tokoh Guru Kebangsaan 2022

18 Mei 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?