Nak dapatkan baki 99 sen pun banyak kerja weh!
Bayar RM1 Kepada Bank Untuk Selesaikan Hutang 1 Sen, Lelaki Ini Kemudian Disuruh Buat Permintaan Bagi Mendapatkan Baki 99 Sen. Pernahkah anda berhutang dengan jumlah yang sangat kecil kepada bank sebelum ini? Jumlah yang sangat kecil, ia boleh dikatakan tidak sampai RM10?
Bagi lelaki ini pula, beliau berhutang dengan bank hanya RM0.01 yang sebenarnya merupakan baki pinjaman keretanya. Disebabkan tidak dapat membuat pemindahan secara dalam talian kerana jumlah berkenaan adalah di bawah jumlah pemindahan minimum, beliau memutuskan untuk membayar RM1 sahaja. Walau bagaimanapun, perkara yang berlaku selepas itu menghiburkan orang ramai!
Kena langsaikan hutang 1 sen kepada bank untuk batalkan tuntutan bank ke atas keretanya
Menurut seorang pengguna Twitter, @ZalanZalfrecko atau juga dikenali sebagai TZ, beliau berkongsi menerusi sebuah muatan dalam Twitternya mengatakan bahawa beliau berhutang kepada bank.
Menurut ciapannya yang telah dikongsi sebanyak 8,779 kali itu, jumlah hutangnya hanya 1 sen – namun hutang ini juga penting untuk diselesaikan kerana ia adalah satu-satunya cara untuk membatalkan tuntutan bank ke atas keretanya.
So today I found out I still have an outstanding of RM0.01 left for my car loan.
The bank needs me to pay that 1 sen before I can proceed with cancelling bank's claim on the car.
And I can't make online transfer of 1 sen because it is below the minimum transfer amount.
— TZ (@ZalanZalfrecko) February 22, 2022
Oleh kerana beliau tidak dapat membuat online transfer kerana jumlah tersebut terlalu rendah, beliau memutuskan untuk membayar RM1 kepada bank, serta sebagai jenaka agar bank berhutang 99 sen kepadanya.
I felt the bank is really screwing me up, so I thought about screwing them back.
I transferred RM1.
Hahah! Now the bank can remove its claim on my car and owes me 99 cents instead. Good luck with processing that! I laughed inside.
But…
— TZ (@ZalanZalfrecko) February 22, 2022
Walau bagaimana pun, sebuah plot twist berlaku! Bank itu kini meminta TZ mengemukakan permintaan dan beberapa dokumen supaya beliau boleh menuntut kembali 99 sennya! Sungguh ironis!
The bank then said if I want my 99 cents back, I need to submit request and send some documents.
You win, bankers. You f'in always win.
— TZ (@ZalanZalfrecko) February 22, 2022
Netizen terhibur dengan situasi tersebut
Rata-rata netizen terhibur dengan situasi yang dialami oleh TZ, seperti:
Namun, terdapat juga orang lain yang mengalami situasi yang sama.
“Saya masih ada kredit kad lama saya yang sudah tidak dipakai lagi dan nak tutup akaun tak dapat sebab ada baki 15 sen. Mereka (pihak bank) membuat perkara ini rumit tapi setiap tahun bank terpaksa menghantar statement tulis baki 15 sen. Rasa kos dia hantar statement setiap tahun tu lagi mahal. Tahun ini dah tahun ke-12. Padan muka bank.”
“Pada masa dahulu, saya membayar 10 sen lebih sebelum membatalkan kredit kad. Ia semacam balas dendam. Jadi, bank kerap menghantar statement tertulis selama beberapa bulan (caj penghantaran adalah 30 sen). Statement terakhir adalah “Adjustment -0.10.” Sebuah kejayaan kecil dari sebelah saya sebelum wujudnya perbankan atas talian.”
“Sama juga dengan PTPTN. Sebelum ini, saya sambung belajar dan guna PTPTN. Lepas tu, saya tidak menamatkan pengajian saya dan akhirnya sambung di tempat lain. Nak guna PTPTN so kena bayar yang pinjaman PTPTN sudah bayar di uni sebelum ini. Sudah settle bayar, nak memohon tak boleh sebab ada baki lagi RM0.20. Mak saya pergi ke (pejabat) PTPTN semata bayar 20 sen.”
Pernahkah perkara ini berlaku kepada anda? Bagaimana anda menyelesaikan situasi anda? Komen di bawah dan jangan lupa kongsikan artikel ini!