• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anjing Liar Berkeliaran Setiap Hari, Penduduk Taman Desa Kemuyang Sibu Desak Tindakan Segera

Oleh
Farisha
25 Mac 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Penduduk Taman Desa Kemuyang Resah: Anjing Liar Berkeliaran, Ganggu Ketenteraman Harian

Anjing Liar Berkeliaran Setiap Hari, Penduduk Taman Desa Kemuyang Sibu Desak Tindakan Segera. Penduduk di Taman Desa Kemuyang kini hidup dalam kebimbangan berikutan kehadiran sekumpulan anjing liar yang berkeliaran di kawasan perumahan tersebut hampir setiap hari.

Menurut seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Tom, anjing-anjing tersebut bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam, malah semakin agresif dengan menyerang penunggang motosikal dan pejalan kaki secara rawak.

Anjing Liar Berkeliaran Setiap Hari, Penduduk Taman Desa Kemuyang Sibu Desak Tindakan Segera
Anjing Liar Berkeliaran Setiap Hari, Penduduk Taman Desa Kemuyang Sibu Desak Tindakan Segera. Sumber foto: Borneo Post

“Anjing-anjing ini juga sering menyelongkar tong sampah dan menyebabkan sampah bersepah di merata-rata tempat. Ia bukan sahaja mencacatkan pemandangan, tetapi juga mendatangkan bau busuk dan risiko penyakit,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Tom menegaskan bahawa pihak berkuasa perlu bertindak segera sebelum berlaku sebarang kes rabies yang boleh membahayakan nyawa penduduk.

“Kita tidak mahu menunggu sehingga ada insiden serius berlaku baru tindakan diambil. Ketika itu, segalanya sudah terlambat,” tambahnya.

Ada ‘Waktu Operasi’ Sendiri

Menurut Tom lagi, anjing-anjing liar tersebut akan mula berkeliaran sekitar jam 8 hingga 9 pagi dan sekali lagi antara jam 3 hingga 4 petang hampir setiap hari.

Kehadiran anjing-anjing ini turut menyebabkan kanak-kanak yang sebelum ini sering bermain di luar rumah tidak lagi berani untuk keluar kerana takut diserang.

“Kehidupan seharian kami terganggu. Rumah sepatutnya menjadi tempat selamat, bukan kawasan yang dipenuhi ketakutan,” ujarnya.

Tanggungjawab Pemilik Anjing Dipersoal

Tom turut menyeru agar pemilik anjing di kawasan sekitar lebih bertanggungjawab dalam menjaga haiwan peliharaan mereka.

“Malangnya, masih ramai yang membiarkan anjing mereka berkeliaran tanpa pengawasan. Akhirnya, orang lain yang menanggung kesannya,” katanya.

Difahamkan, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (SRDC) telah menghantar pasukan penangkap anjing ke kawasan tersebut minggu lalu. Namun, masalah berkenaan masih belum selesai kerana anjing-anjing tersebut masih dapat dilihat berkeliaran seperti biasa.

Rayuan Kepada Wakil Rakyat & Pihak Berkuasa

Tom turut menggesa Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Dr Annuar Rapaee, serta Pengerusi SRDC, Sempurai Petrus Ngelai, untuk tampil membantu menyelesaikan isu yang semakin meresahkan penduduk ini.

“Kami berharap SRDC dapat meneruskan operasi menangkap anjing liar sehingga kawasan ini benar-benar selamat dan bebas daripada gangguan,” katanya lagi.

Buat masa ini, penduduk hanya mampu berharap agar tindakan segera dan berkesan dapat dilaksanakan demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Satu Lagi Kematian Baharu Disebabkan Wabak Rabies Di Sarawak
Wanita 26 Tahun Dari Belaga Maut Akibat Rabies Daripada Kucing Peliharaan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lebih 60 Lubang Dikesan di Jalan Kg Kadazan Sabah, Penduduk Rayu Tindakan Segera
Next Article Cubaan Seludup Dadah Bernilai RM400K Gagal, Polis Tahan Suami Isteri Di Tawau Cubaan Seludup Dadah Bernilai RM400K Gagal, Polis Tahan Suami Isteri Di Tawau

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?