Dengan Aplikasi Ini, Anda Dah Tidak Perlu Gelabah Nak Cari ATM Lagi
Aplikasi E-Wallet Yang Boleh Anda Gunakan Di Sarawak. Pernah tak anda mengalami situasi di mana anda nak berbelanja tapi dalam pada masa yang sama malas nak keluarkan duit dari ATM? Atau risau nak pergi jauh-jauh semata hendak membayar bil-bil utiliti? Jangan risau, kami pun merasakan perkara yang sama. Namun semua itu menjadi mudah apabila aplikasi e-wallet muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Aplikasi e-wallet merupakan sebuah aplikasi dompet secara maya di mana anda perlu top-up sejumlah wang ke dalam nya untuk digunakan semasa melakukan apa-apa transaksi pembayaran di kaunter. Malah, sebenarnya anda boleh mengganggapnya seperti dompet sebenar kerana fungsinya yang pelbagai dan fleksibel untuk kegunaan aktiviti seharian. Contohnya seperti pembelian online, pembayaran bil-bil utiliti, pembayaran pengangkutan awam dan macam-macam lagi lah!

Teknologi cashless ini juga kini sedang trending di Sarawak. Dalam artikel kali ini, kami kongsikan 5 aplikasi e-wallet yang boleh anda gunakan secara meluas di Sarawak. Senang cerita, pergi mana-mana, mesti boleh pakai punya!
1. S Pay Global

S Pay Global merupakan aplikasi e-wallet yang menyediakan perkhidmatan untuk pembayaran di kaunter kedai yang terpilih, pembayaran untuk perkhidmatan kerajaan Sarawak, top-up telco, dan pembayaran bil-bil utiliti. Contohnya seperti bil air Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), bil elektrik SESCO Berhad termasuklah cukai di Majlis Daerah dan Dewan Bandaraya.
Untuk pengetahuan anda, Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai e-wallet tersendiri dalam usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan ekonomi digital termasuklah gaya hidup tanpa tunai.
Berdasarkan hasil pemerhatian kami, hampir kebanyakan kedai termasuklah stall perniagaan kecil seperti gerai makan di Kuching menyediakan perkhidmatan Sarawak Pay. Sudah tentu ia memudahkan pelanggan terutamanya apabila kehabisan wang tunai.
2. Boost

Aplikasi Boost mula popular sekitar penghujung tahun 2016 apabila ia menawarkan kredit telco percuma kepada individu yang memuat turun aplikasi berkenaan pada waktu itu. Jika anda pernah memuat turun aplikasi ini pada suatu masa dahulu semata-mata untuk mendapatkan kredit telco percuma tanpa mengetahui fungsi sebenar, jangan risau. Anda tidak keseorangan.
Apa yang menarik tentang Boost ini ialah anda boleh memisahkan bil dengan rakan atau sesiapa sahaja sekiranya anda ingin ‘bayar asing-asing’. Selain itu, anda juga boleh membeli baucer dan mengirimkan kepada rakan sebagai e-hadiah. Antara feature lain yang menarik ialah cashback dan ganjaran lumayan selepas transaksi dibuat. Best kan?
Aplikasi yang disokong oleh Axiata ini boleh ditambah nilai menggunakan 17 pilihan bank seperti Maybank, CIMB, RHB Bank, Public Bank, Hong Leong Bank dan banyak lagi.
3. FavePay

Fave pada asalnya merupakan sebuah aplikasi yang menawarkan kod promo dan diskaun sekiranya anda membeli makanan, minuman mahu pun servis perkhidmatan seperti salun kecantikan dan sebagainya. Kewujudan FavePay pula melengkapkan aplikasi berkenaan di mana anda boleh terus membayar pesanan anda secara online setelah anda mendapatkan potongan harga daripada aplikasi berkenaan.
Aplikasi ini juga boleh digunakan secara langsung di kedai-kedai yang terlibat dengan mengimbas QR kod yang ada pada kaunter bayaran. Secara asasnya, konsep nya sama seperti e-wallet yang lain.
Untuk mengenal pasti sama ada kedai tersebut menyediakan perkhidmatan FavePay atau tidak, cari sahaja logo Fave berwarna merah jambu.
4. GrabPay

Jenama Grab ini sudah tidak asing lagi di Sarawak. Dengan kemasukan Grab Car dan Grab Food, aplikasi GrabPay ini semestinya bakal menjadi suatu kepentingan buat pengguna tegar Grab.
Mana tidaknya, setiap pesanan Grab sama ada kereta mahupun penghantaran makanan dan minuman boleh dibayar terus menggunakan GrabPay. Anda tidak perlu lagi sibuk mencari wang tunai untuk membayar Grab anda.
Ekosistem Grab ini juga sangat menarik kerana setiap transaksi yang dibuat akan diberikan mata ganjaran. Mata ganjaran yang terkumpul pula boleh digunakan untuk menebus baucer-baucer lumayan. Malah, mata ganjaran tersebut boleh ditukar menjadi diskaun untuk transaksi Grab Car atau Grab Food anda. Wow!
Sudahkah anda bersedia menjadi pengguna tegar Grab?
5. Touch N’ Go E-Wallet

Touch N’ Go E-Wallet merupakan e-wallet yang pertama diperkenalkan di Malaysia. Jika anda berasal dari Semenanjung, Touch N’ Go ini sangat berguna sekiranya anda melalui jalan tol setiap hari. Walau pun aplikasi Touch N’ Go ini tidak begitu popular di Sarawak, namun ia nya sudah diterima di beberapa outlet seperti 7-Eleven, KK Mart dan Watsons.
Jika anda berkunjung ke Sarawak dan ingin menjimatkan data daripada memuat turun aplikasi e-wallet yang lain, boleh lah try guna Touch N’ Go E-Wallet ini.
6. DuitNow QR

DuitNow adalah perkhidmatan dompet elektronik yang dilancarkan pada tahun 2018 oleh Payments Network Malaysia (PayNet). Ia membolehkan pengguna membuat pemindahan dana segera menggunakan nombor telefon bimbit, nombor KP, nombor pasport atau nombor pendaftaran perniagaan penerima.
Untuk menggunakan DuitNow, anda perlu menghubungkan akaun bank anda dengan perkhidmatan ini. Kebanyakan bank utama di Malaysia menyokong DuitNow termasuk Maybank, CIMB, Public Bank, RHB Bank, Hong Leong Bank, AmBank, Bank Islam, Affin Bank dan banyak lagi.
Muat Turun Aplikasi E-Wallet Yang Paling Berbaloi. Pilihan Di Tangan Anda.

Walau pun banyak pilihan aplikasi e-wallet yang terdapat di kedua-dua peranti (IOS dan Android), anda sebenarnya tidak perlu memuat turun kesemua aplikasi e-wallet tersebut. Pilih aplikasi yang memberi manfaat yang besar kepada anda dan gunakan e-wallet tersebut sebaik mungkin. Dengan itu, barulah anda akan rasa dunia ini sungguh mudah dan menyenangkan.
Tak ada cash? Tak ada hal lah! E-wallet kan ada.