• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pengguna Dan Peniaga Bantah Caj Tambahan DuitNow QR, Ini Sebabnya

Oleh
Aina Musa
29 September 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Pengguna Dan Peniaga Bantah Caj Tambahan DuitNow QR, Ini Sebabnya

Tiga kesan mungkin timbul jika caj tambahan QR DuitNow mula dilaksanakan

Pengguna Dan Peniaga Bantah Caj Tambahan DuitNow QR, Ini Sebabnya. Payment Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) pada hari Khamis telah mengesahkan bahawa peniaga yang menerima bayaran melalui platform kod QR DuitNow akan menghadapi caj tambahan bermula 1 November yang akan datang.

Keadaan ini tentunya menimbulkan kegelisahan dalam kalangan pengguna di negara ini, yang sebahagian besarnya kini sudah merasa selesa dengan transaksi e-dompet.

Pengguna Dan Peniaga Bantah Caj Tambahan DuitNow QR, Ini Sebabnya
Pengguna Dan Peniaga Bantah Caj Tambahan DuitNow QR, Ini Sebabnya. Kredit: Majoriti

Kebimbangan utama ialah tentang bagaimana caj baru ini mungkin menambah beban kepada pengguna ketika melakukan transaksi atau pembelian.

Berdasarkan analisis dari Majoriti, tiga kesan yang mungkin timbul dari pengenalan caj tersebut adalah:

1. Harga barang naik

Peniaga khususnya mereka yang menjalankan perniagaan berskala kecil hingga sederhana, merupakan antara pihak yang paling cepat memberi respons terhadap pelaksanaan caj baru ini.

Salah satu kebimbangan utamanya ialah potensi peningkatan kos operasi disebabkan oleh caj MDR, lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi semasa yang tidak menentu.

Pengguna Dan Peniaga Bantah Caj Tambahan DuitNow QR, Ini Sebabnya

Peniaga mungkin akan memindahkan kos tambahan ini kepada pengguna dengan meningkatkan harga produk mereka. PayNet berpendapat bahawa caj MDR tidak akan menjejaskan harga barangan dan perkhidmatan kerana ia telah dikenakan dalam pembayaran melalui kad kredit dan debit, tanpa kesan kepada harga untuk pengguna.

Namun, potensi pengenaan caj kepada peniaga masih wujud, dengan PayNet menyatakan ia bergantung kepada bank atau pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Keputusan untuk menangguhkan atau menyerap MDR untuk peniaga kecil juga bergantung kepada pihak-pihak ini.

2. Bantutkan usaha galak rakyat guna e-pembayaran

Kerajaan telah memberi peruntukan besar untuk meningkatkan penggunaan e-pembayaran, contohnya RM400 juta pada Belanjawan 2023 untuk e-wallet bagi dua juta belia.

Namun, caj baru yang dikenakan boleh mengurangkan minat peniaga menyediakan e-pembayaran, mempengaruhi kesediaan pengguna menggunakan servis tersebut.

Pengguna Dan Peniaga Bantah Caj Tambahan DuitNow QR, Ini Sebabnya

Bank Negara melaporkan pertumbuhan transaksi e-pembayaran negara sebanyak 31.5% pada tahun terakhir, dengan 9.5 bilion transaksi.

Kebolehterimaan DuitNowQR juga meningkat, dengan lebih 1.6 juta peniaga terlibat pada 2022.

3. Kerugian jika DuitNow QR jadi kurang relevan

Sekiranya berlaku penurunan dalam penggunaan e-pembayaran, ini tentunya akan mengurangkan keperluan terhadap sistem DuitNow QR yang telah wujud selama hampir empat tahun.

Ini tentunya merupakan satu pembaziran dengan mengambil kira peruntukan dan masa digunakan oleh Paynet yang dimiliki oleh BNM bagi membangunkan sistem pembayaran tersebut.

Dalam pada itu, bagi lebih 1.6 juta peniaga yang dilaporkan sudah mengguna pakai sistem tersebut, mereka tentunya mengalami kerugian disebabkan perbelanjaan yang dikeluarkan bagi antaranya mendaftar dan mencetak kod QR untuk digunakan dalam perkhidmatan masing-masing.

Baca lagi artikel menarik:

DuitNow QR Sahkan Caj Transaksi Kuat Kuasa 1 November, Ini Penjelasan Rasmi Dari PayNet
Pantas Dan Mudah, Individu Ini Kongsi 4 Kad Untuk Pembayaran ‘Cashless’ Ketika Melancong
SUMBER :Majoriti
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Dia Sorang Saja Nak Cepat', Individu Luah Rasa Kesal Dengan Sesetengah Sikap Pemandu Di Samarahan ‘Dia Sorang Saja Nak Cepat’, Individu Luah Rasa Kesal Dengan Sesetengah Sikap Pemandu Di Samarahan
Next Article Bukan Pertama Kali Berlaku, Fenomena Matahari Bertukar Biru Buat Ramai Gelisah Bukan Pertama Kali Berlaku, Fenomena Matahari Bertukar Biru Buat Ramai Gelisah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?