• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Apple Store Beri Amaran Tidak Boleh Guna Kabel USB-C Android Pada iPhone 15

Oleh
Farisha
29 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Jangan gunakan kabel usb-c android pada iPhone 15 kerana boleh overheat

Apple Store Beri Amaran, Tidak Boleh Guna Kabel USB-C Android Pada iPhone 15. Sejak keluaran siri iPhone 15 minggu lepas, terdapat banyak laporan mengenai masalah terlalu panas (overheat), terutamanya dengan model versi Pro, yang mempunyai cip berkuasa tinggi tetapi sistem penyejukan yang lemah.

Baru-baru ini, amaran telah diisukan mengenai penggunaan penyambung USB-C Android atas sebab pengecasan yang mungkin menyebabkan model iPhone 15 menjadi terlalu panas atau panas yang berlebihan.

Apple Store Beri Amaran, Tidak Boleh Guna Kabel USB-C Android Pada iPhone 15
Sumber: vocket

Satu amaran telah diisukan kepada orang ramai

Menurut sumber, Apple Store di Foshan, Guangdong, telah menggesa pelanggan iPhone 15 supaya tidak menggunakan penyambung USB-C daripada telefon pintar Android atau yang direka khusus untuk platform tersebut.

Difahamkan, hal ini disebabkan oleh susunan pin di antara kabel USB-C Android dengan port dalam iPhone 15, di mana terdapat ruang kecil di antara barisan tunggal 9-pin dengan 11-pin.

Boleh menjadi terlalu panas

Bahkan, menurut kedai tersebut, perbezaan pin ini boleh menyebabkan iPhone 15 menjadi terlalu panas dan mungkin akan merosakkannya.

Bukan itu sahaja, dilaporkan beberapa Apple Store eksklusif lain di negara itu turut mengeluarkan amaran yang sama kepada pengguna.

Apple Store Beri Amaran, Tidak Boleh Guna Kabel USB-C Android Pada iPhone 15
Sumber: amazon

Dalam pada itu, timbul kritikan oleh sesetengah pihak yang berpendapat Apple mahu menggalakkan pengguna iPhone 15 untuk membeli kabel USB-C yang disediakan oleh syarikat tersebut.

Susulan perkara itu, ada benarnya juga idari sudut perniagaan, kerana ia membolehkan Apple mendapat keuntungan dengan menyediakan kabelnya tersendiri dan bukannya membenarkan penggunaan kabel USB-C yang sudah ada di setiap rumah.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Wanita Kantoi Sanggup Gigit Kabel Demi Curi Iphone ‘Display’ Kedai
‘Swap Paling Berbaloi’, Individu Tukar Proton Wira Dengan iPhone 14 Pro Max
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nahas Kebakaran Rumah Panjang Di Julau, Lelaki OKU Ditemui Rentung Dalam Bilik Nahas Kebakaran Rumah Panjang Di Julau, Lelaki OKU Ditemui Rentung Dalam Bilik
Next Article 'Dia Sorang Saja Nak Cepat', Individu Luah Rasa Kesal Dengan Sesetengah Sikap Pemandu Di Samarahan ‘Dia Sorang Saja Nak Cepat’, Individu Luah Rasa Kesal Dengan Sesetengah Sikap Pemandu Di Samarahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?