• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Dia Sorang Saja Nak Cepat’, Individu Luah Rasa Kesal Dengan Sesetengah Sikap Pemandu Di Samarahan

Oleh
Nazihah AN
29 September 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
'Dia Sorang Saja Nak Cepat', Individu Luah Rasa Kesal Dengan Sesetengah Sikap Pemandu Di Samarahan

Jalan di hadapan Petronas Samarahan Expressway jadi titik kesesakan

‘Dia Sorang Saja Nak Cepat’, Individu Luah Rasa Kesal Dengan Sesetengah Sikap Pemandu Di Samarahan. Ketika menyusuri lebuh raya Kuching-Samarahan Expressway, kawasan yang dikenali sebagai ‘Bottleneck road’ menjadi titik kesesakan yang menguji kesabaran banyak pihak.

Warga Samarahan pasti tidak asing dengan situasi ini. Jalan yang asalnya dua (2) lorong boleh bertukar dengan pantas menjadi empat (4) lorong dan kadang-kadang, jika keadaan membenarkan, lima (5) lorong.

'Dia Sorang Saja Nak Cepat', Individu Luah Rasa Kesal Dengan Sesetengah Sikap Pemandu Di Samarahan
‘Dia Sorang Saja Nak Cepat’, Individu Luah Rasa Kesal Dengan Sesetengah Sikap Pemandu Di Samarahan

Dari dua lorong boleh jadi kepada empat lorong.

Seorang individu baru-baru ini telah meluahkan rasa kesalnya di laman sosial Facebook berkenaan dengan sikap sesetengah pemandu di Samarahan yang lebih mementingkan diri sendiri daripada keselamatan jalan raya.

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada masalah trafik ini, salah satunya ialah lebuh raya ini, yang pada asalnya hanya memiliki dua lorong, kini membuka sehingga empat atau lima lorong ketika waktu puncak.

'Dia Sorang Saja Nak Cepat', Individu Luah Rasa Kesal Dengan Sesetengah Sikap Pemandu Di Samarahan

Warga Samarahan pasti tahu tentang kawasan ini, dari dua (2) lorong boleh jadi kepada empat (4) lorong. Yes! EMPAT LORONG! EMPATTT!!! Kadang-kadang boleh jadi lima (5) lorong!”

Tulis individu tersebut dengan rasa kecewa

Menurutnya, masalah ini semakin memburuk dengan sikap pemandu yang hanya mementingkan diri sendiri. Perilaku seperti ini tentunya menambah risiko kemalangan di jalan raya.

Dalam bulan ini sahaja, terdapat beberapa kemalangan dilaporkan di Jalan Kuching-Samarahan Expressway.

Belum lagi ditambah dengan pemandu yang pentingkan diri. Dia seorang saja lah yang nak cepat. Dia seorang saja lah yang nak awal sampai ke tempat kerja. Tak tengok kiri kanan belakang, terus tukar lorong. Berapa kali dah hampir-hampir kemalangan gara-gara pemandu sebegini”

'Dia Sorang Saja Nak Cepat', Individu Luah Rasa Kesal Dengan Sesetengah Sikap Pemandu Di Samarahan

Ini bukan kali pertama masalah keselamatan jalan raya di Samarahan menjadi tumpuan

Individu ini juga merungut bahawa meskipun ada usaha pihak berkuasa untuk menaiktaraf jalan di Samarahan, perangai buruk pemandu-pemandu ini masih belum berubah.

Ini bukan kali pertama masalah keselamatan jalan raya di Samarahan menjadi tumpuan. Namun, harapan kita semua adalah agar setiap pemandu memahami tanggungjawab mereka di jalan raya dan memastikan keselamatan semua pengguna jalan.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Setelah 11 Tahun, Yuna Kembali Adakan Konsert Di Kuching Sempena Asia Tour
TYT Sarawak Buat Penampilan Umum Pertama Di Padang Merdeka Setelah Balik Dari Turkiye
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Apple Store Beri Amaran Tidak Boleh Guna Kabel USB-C Android Pada iPhone 15
Next Article Pengguna Dan Peniaga Bantah Caj Tambahan DuitNow QR, Ini Sebabnya Pengguna Dan Peniaga Bantah Caj Tambahan DuitNow QR, Ini Sebabnya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?