• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Arab Saudi Umum Jemaah Antarabangsa Dibenarkan Tunaikan Umrah Mulai 10 Ogos Ini

Oleh
Husna Hazmi
26 Julai 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Umrah akan dibuka semula kepada jemaah di luar negara bermula 10 Ogos 2021.

Arab Saudi Umum Jemaah Antarabangsa Dibenarkan Tunaikan Umrah Mulai 10 Ogos Ini. Dilaporkan bahawa, kerajaan Arab Saudi semalam (Ahad) telah mengumumkan bahawa ibadah Umrah akan dibuka semula kepada jemaah di luar negara bermula,1 Muharram 1443 bersamaan dengan 10 Ogos 2021.

Arab Saudi Umum Jemaah Antarabangsa Dibenarkan Tunaikan Umrah Mulai 10 Ogos Ini
Arab Saudi Umum Jemaah Antarabangsa Dibenarkan Tunaikan Umrah Mulai 10 Ogos Ini

Persediaan untuk menerima jemaah untuk menunaikan umrah di Masjidil Haram

Menurut Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdul Rahman Al-Sudais, kesemua ahli gabungan kompeten telah diarahkan supaya memuktamadkan persediaan untuk menerima jemaah untuk menunaikan umrah di Masjidil Haram, Tanah Suci Makkah.

Beliau sekali gus meminta petugas terbabit berusaha sedaya upaya dan memastikan pelaksanaan semua langkah pencegahan di Masjidil Haram serta Masjid Nabawi, Madinah, selaras dengan ‘kerja dan kelancaran cemerlang’ pada musim Haji, minggu lalu.

Awal bulan ini pula, Kementerian Haji dan Umrah menggantung sementara permohonan untuk menunaikan solat dan ibadah umrah di Masjidil Haram kerana ianya adalah bagi membolehkan jemaah untuk menunaikan ibadah dengan lancar dan petugas menyelesaikan kerja sanitasi di Masjidil Haram menjelang musim Haji tahun ini.

Arab Saudi Umum Jemaah Antarabangsa Dibenarkan Tunaikan Umrah Mulai 10 Ogos Ini

Syarat dan Kelayakan:

  • Penerbangan langsung dibenarkan dari semua negara kecuali India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lubnan yang dikehendaki menjalani kuarantin selama 14 hari di negara ketiga sebelum tiba di Arab Saudi.
  • Diwajibkan telah menerima vaksinasi COVID-19 yang lengkap sama ada vaksin Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau Johnson & Johnson (J&J).
  • Imunisasi lengkap membabitkan vaksin keluaran China pula dikehendaki berserta dos ‘penggalak’ sama ada suntikan Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau J&J.
  • Dibenarkan untuk jemaah berusia 18 tahun dan ke atas
  • Ketibaan melalui agensi umrah yang ditauliahkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi

Seramai 58,518 jemaah menunaikan haji pada tahun ini dan 32,816 adalah lelaki manakala 25,702 adalah perempuan. Ini merupakan kali kedua berturut-turut di mana kerajaan Arab Saudi terpaksa mengurangkan jumlah jemaah haji kerana COVID-19. Pada tahun 2020, hanya 10,000 jemaah yang dibenarkan menunaikan haji kerana pandemik yang sedang melanda satu dunia.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sudahkah Anda Selesai Dengan Vaksin COVID-19 Anda? Dapatkan Diskaun 15% Untuk Item llaollao Sudahkah Anda Selesai Dengan Vaksin COVID-19 Anda? Dapatkan Diskaun 15% Untuk Item llaollao
Next Article Sensasi Atlet Tampan Yang Mencuri Perhatian Dunia, Ini Biodata Perenang Olimpik Sarawak Welson Sim Sensasi Atlet Tampan Yang Mencuri Perhatian Dunia, Ini Biodata Perenang Olimpik Sarawak Welson Sim

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?