• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sensasi Atlet Tampan Yang Mencuri Perhatian Dunia, Ini Biodata Perenang Olimpik Sarawak Welson Sim

Oleh
ILB - AI
26 Julai 2021
Kongsi
5 Min Bacaan
Sensasi Atlet Tampan Yang Mencuri Perhatian Dunia, Ini Biodata Perenang Olimpik Sarawak Welson Sim

Baru-baru ini, perenang dari Sarawak Welson Sim telah mencuri perhatian orang ramai terutamanya di China dan Thailand

Sensasi Atlet Tampan Yang Mencuri Perhatian Dunia, Ini Biodata Perenang Olimpik Sarawak Welson Sim. Acara sukan Olimpik Tokyo 2020 telah bermula sejak Khamis lalu, dengan sebuah upacara pembukaan yang berlangsung pada malam hari Jumaat lalu.

Isi Isi Penting
  • Baru-baru ini, perenang dari Sarawak Welson Sim telah mencuri perhatian orang ramai terutamanya di China dan Thailand
  • Lahir di Kuching, Sarawak
  • Perenang lelaki Malaysia pertama yang layak ke Sukan Olimpik
  • Dianugerahkan beberapa anugerah berprestij
  • Lagi di sini:

Seperti negara-negara lain dimana wakil-wakil mereka berarak dengan memperagakan budaya masing-masing, kontinjen Malaysia pula memperagakan budaya busana ala-ala kesultanan Melayu dengan elemen corak geometri moden yang melambangkan warna bendera Jalur Gemilang.

Antara semua atlit yang ditunjukkan, salah seorang atlit telah berjaya mencuri tumpuan dunia iaitu Welson Sim, seorang perenang Olimpik dari Sarawak. Untuk mengenali lagi siapa Welson Sim, berikut adalah biodata ringkas tentang beliau.

Sensasi Atlet Tampan Yang Mencuri Perhatian Dunia, Ini Biodata Perenang Olimpik Sarawak Welson Sim

Lahir di Kuching, Sarawak

Welson Sim dilahirkan di Kuching pada 29 Mac 1997 dan kini berusia 24 tahun. Beliau merupakan seorang perenang profesional dan telah mewakili Malaysia untuk acara renang bagi Sukan SEA sejak 2013!

Kredit: DSA Swim Team

Beliau mula berenang sejak usia 10 tahun apabila beliau menyertai kelas renang untuk mengatasi masalah asma kanak-kanak. Meskipun sebab asal beliau adalah untuk mengatasi masalah kesihatan, beliau kemudian bertanding di Piala Presiden Sarawak pada tahun seterusnya!

Menurut beliau dalam sebuah temu bual dengan The Star, beliau mula mahir berenang pada usia 10 tahun dan hanya ingin mengambil sukan tersebut sebagai hobi sahaja. Namun, bakat beliau dilihat oleh seorang jurulatih dan mendorong Welson untuk mula bertanding.

Welson juga seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Lintang, Kuching namun beliau pindah ke Sekolah Sukan Bukit Jalil pada pertengahan semester Tingkatan 3.

Welson menghabiskan zaman persekolahannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Kredit: StarProperty

Perenang lelaki Malaysia pertama yang layak ke Sukan Olimpik

Apabila kita kata ‘perenang Malaysia’, individu pertama kita akan fikir ialah Pandelela Rinong – juga seorang atlit Sarawak. Tetapi tahukah anda bahawa Welson merupakan perenang lelaki Malaysia pertama yang layak ke Sukan Olimpik?

Sebagai ahli perenang untuk kontijen Malaysia, Welson telah bertanding untuk Sukan SEA seawal tahun 2013. Malah, beliau mempunyai tiga pingat emas, enam pingat perak dan tiga pingat gangsa dalam portfolio beliau!

Kredit: Berita Harian

Sukan SEA pertama yang beliau memenangi pingat emas adalah Sukan SEA 2015 yang diadakan di Singapura di mana beliau memenangi pingat emas untuk acara renang 400m freestyle. Pada tahun 2017, beliau berjaya memenangi satu lagi pingat emas untuk dua kategori iaitu renang 400m freestyle dan 200m freestyle dari Sukan SEA yang diadakan di Kuala Lumpur.

Berikut adalah acara renang yang Welson wakili untuk Malaysia di Sukan SEA:

  • 2013 di Naypidaw – pingat perak untuk acara renang 4x100m gaya bebas, acara renang 4x200m gaya bebas, pingat gangsa untuk acara renang 1500m gaya bebas
  • 2015 di Singapura – pingat perak untuk acara renang 4x100m gaya bebas, acara renang 4x200m gaya bebas, pingat gansa untuk acara renang 200m gaya bebas
  • 2017 di Kuala Lumpur – pingat perak untuk acara renang 4x100m gaya bebas
  • 2019 di Filipin – pingat perak untuk acara renang 400m gaya bebas, pingat gangsa untuk acara 4x200m gaya bebas

Selain Sukan SEA, beliau juga telah bertanding untuk beberapa acara sukan lain seperti Youth Olympic Games di China pada tahun 2014 serta World Championships pada tahun 2019 di Korea Selatan dan 2015 di Rusia.

Welson layak ke Sukan Olimpik apabila beliau bertanding untuk acara renang 400m gaya bebas kategori lelaki semasa Sukan Olimpik 2016 yang diadakan di Rio de Janeiro.

Welson Sim di Sukan Olimpik 2016.

Dianugerahkan beberapa anugerah berprestij

Dengan beberapa pengalaman serta pingat dalam portfolio beliau, it’s not a surprise jika beliau dianugerahkan beberapa anugerah berprestij!

Pada tahun 2017, beliau dinobatkan sebagai Olympian Lelaki Terbaik oleh Majlis Olimpik Malaysia. Pada tahun yang sama pula, beliau juga dinobatkan Olahragawan Terbaik untuk Sukan SEA yang diadakan di Kuala Lumpur.

Beliau juga dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 2014 di Majlis Anugerah Sukan Kementerian Pendidikan.

Meskipun acara beliau telah berakhir dan beliau tidak berjaya untuk memenangi apa-apa pingat untuk Sukan Olympic 2020, usaha beliau serta dedikasinya untuk acara renang tidak dinafikan dibuat dengan terbaik dan beliau pun telah buat yang terbaik untuk kita semua. He is still one of our best Olympians out there!

Welson telah buat yang terbaik untuk kita. Syabas atas usaha anda, Welson! Kredit: The Star

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Arab Saudi Umum Jemaah Antarabangsa Dibenarkan Tunaikan Umrah Mulai 10 Ogos Ini
Next Article Sarawak Tunggu Lampu Hijau Untuk Laksanakan Dos Ketiga ‘Booster’ Vaksin COVID-19

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?