• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Aramai Bersama Mekdi – Pesta Kaamatan Gaya McDonald Untuk Masyarakat Sabah

Oleh
Ismail NA
28 Mei 2025
Kongsi
4 Min Bacaan

Sebanyak 1,500 set Spicy Chicken McDeluxe diberi secara percuma

Aramai Bersama Mekdi – Pesta Kaamatan Gaya McDonald Untuk Masyarakat Sabah. Pernah terfikir nak sambut Pesta Kaamatan sambil makan Spicy Chicken McDeluxe? Orang Keningau dah rasa rupanya. Pada 24 Mei lalu, McDonald’s Keningau Pandu-Lalu telah bertukar wajah menjadi medan perayaan yang happening apabila McDonald’s Malaysia buat pertama kalinya menganjurkan acara “Aramai Bersama Mekdi” khas untuk meraikan Pesta Kaamatan.

Acara ini telah berjaya menggabungkan semangat kesyukuran pesta menuai dengan kemeriahan makanan segera McDonald, menyatukan masyarakat pelbagai kaum dan etnik di Sabah dalam satu pesta yang unik dan tak dapat dilupakan. Suasananya memang ‘aramai’ (meriah) betul!

Aramai Bersama Mekdi - Pesta Kaamatan Gaya McDonald Untuk Masyarakat Sabah
Aramai Bersama Mekdi – Pesta Kaamatan Gaya McDonald Untuk Masyarakat Sabah. Menambah lagi kemeriahan, penganjung juga dihiburkan dengan persembahan tradisi.

Kenapa ‘Mekdi’ Tiba-Tiba Anjurkan Acara Pesta Kaamatan?

Ini bukan sekadar acara suka-suka. Menurut Dato’ Haji Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, ia adalah cara mereka untuk menzahirkan penghargaan kepada komuniti Sabah.

“Pesta Kaamatan merupakan perayaan budaya yang unik dan perlu kita serlahkan,” kata beliau. “Sebagai syarikat milik tempatan, kami ingin menjadi sebahagian daripada masyarakat dalam meraikan Pesta Kaamatan. Ini adalah salah satu cara kami untuk menghargai rakyat Sabah, dan mengucapkan terima kasih kami yang tidak terhingga atas sokongan yang telah diberikan selama ini.”

Pendek kata, ini adalah cara ‘Mekdi’ membalas sokongan padu urang Sabah dengan membawa kegembiraan terus ke halaman mereka. Tahun ini tempatnya di ‘Mekdi’ Keningau!

Aramai Bersama Mekdi - Pesta Kaamatan Gaya McDonald Untuk Masyarakat Sabah
Pelbagai permainan tradisi disertai oleh pengunjung yang hadir bagi memeriahkan suasana.

Apa yang Best di Aramai Bersama Mekdi Keningau?

Para tetamu yang hadir dihidangkan dengan pelbagai aktiviti yang cukup padat dan menyeronokkan. Antaranya:

  • 🍔 Sebanyak 1,500 set Spicy Chicken McDeluxe diberi secara percuma kepada tetamu terawal, di samping pelbagai baucar makanan dan minuman untuk pemenang aktiviti.
  • 🎤 Konsert Mini Mekdi: Pentas digegarkan dengan persembahan mantap daripada artis-artis popular Sabah seperti Ryenald Guntabid, Kumpulan Mansolo, dan Kumpulan Atmosfera.
  • 💃 Semarak Budaya: Ada juga persembahan Tarian Magunatip yang mendebarkan, pertandingan pakaian tradisi terbaik yang penuh warna-warni, sesi karaoke, dekorasi restoran berkonsepkan perayaan dan pelbagai permainan tradisional.
  • 🎆 Penutup yang Gemilang: Malam diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang menakjubkan, menerangi langit Keningau sebagai simbolik kemeriahan.
Aramai Bersama Mekdi - Pesta Kaamatan Gaya McDonald Untuk Masyarakat Sabah
Persembahan hiburan nyanyian oleh selebriti tempatan.
Aramai Bersama Mekdi - Pesta Kaamatan Gaya McDonald Untuk Masyarakat Sabah
Acara berakhir dengan persembahan bunga api.

Komitmen McDonald Malaysia Tak Pernah Padam

Acara di Keningau ini bukanlah yang pertama seumpamanya. Ia adalah sebahagian daripada siri program McDonald’s Malaysia untuk meraikan kepelbagaian perayaan di negara kita. Sebelum ini, mereka telah pun menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina pada Februari dan Rumah Terbuka Raya Mekdi pada April lalu, yang telah mendapat sambutan hangat.

Malah, di sebalik kemeriahan ini, McDonald’s secara konsisten menjalankan hampir 10,000 aktiviti kemasyarakatan setiap tahun di seluruh negara, termasuk berkongsi rezeki dan kegembiraan bersama warga emas serta anak-anak yatim.

Tahniah diucapkan kepada McDonald’s Malaysia kerana berjaya membawa kelainan dan meraikan warisan budaya Sabah dengan cara yang begitu meriah dan dekat di hati masyarakat! Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan!

Baca juga liputan acara McDonald sempena Hari Guru 2025 di Metrocity Kuching:

McDonald Metro City Kuching Meriahkan Sambutan Hari Guru Bersama Warga Pendidik Chung Hua 4

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Perkhidmatan Feri Labuan-KK Kembali Beroperasi Selepas 3 Tahun, Promosi Tiket Hingga Ogos
Next Article Doktor Angkat Warisan Melanau ke Karpet Merah Cannes Menerusi Busana Jerunai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?