• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan

Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC)
Kongsi
5 Min Bacaan
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC)

Rumah Ronald McDonald Keempat di Malaysia

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan. Sebagai sebahagian daripada komitmen untuk berbakti kepada komuniti yang memerlukan, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia akan melancarkan Rumah Ronald McDonald keempatnya di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS).

Isi Isi Penting
  • Menyediakan Rumah Sementara Jauh Dari Rumah
  • Menyokong Keluarga Mengharungi Waktu Sukar
  • Fasiliti Direkabentuk Khas Untuk Keselesaan
  • Menyumbang Semula Kepada Komuniti
  • Sebahagian daripada Jaringan Global

Pembukaan Rumah Ronald McDonald ini menandakan sebuah pencapaian yang signifikan, bukan sahaja untuk RMHC tetapi juga untuk Timur Malaysia, di mana ia merupakan Rumah Ronald McDonald yang pertama di rantau ini. RMHC Malaysia, sebuah persatuan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia, telah berusaha secara berterusan untuk meningkatkan taraf kebajikan kanak-kanak yang kurang berkemampuan di negara ini. Justeru, ini merupakan inisiatif terbaharu RMHC sekali gus menjadi lambang komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi. 

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan

Menyediakan Rumah Sementara Jauh Dari Rumah

Inisiatif Rumah Ronald McDonald adalah misi utama RMHC. Direka bentuk berdasarkan konsep “home away from home”, rumah-rumah ini menawarkan ruangan berteduh sementara untuk ahli keluarga dikala waktu mencabar contohnya apabila anak mereka menerima rawatan kesihatan. Rumah Ronald McDonald di HWKKS bakal memainkan peranan penting bagi menyediakan persekitaran yang selesa dan kondusif untuk keluarga, terutamanya bagi keluarga yang terbeban dengan kos ulang alik dari rumah ke hospital. 

Menyokong Keluarga Mengharungi Waktu Sukar

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan

Rumah Ronald McDonald yang terbaharu di HWKKS ini adalah simbol dedikasi RMHC Malaysia dalam membantu komuniti. Dengan rasa tanggungjawab di atas kepayahan kewangan dan emosi yang perlu dihadapi oleh keluarga sepanjang tempoh rawatan anak mereka, inisiatif ini menyerlahkan prinsip utama RMHC yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan. Selari dengan matlamat organisasi ini untuk meringankan beban yang dialami oleh ahli keluarga, Rumah Ronald McDonald menyediakan ruang sokongan untuk keluarga pada waktu yang memerlukan.

Fasiliti Direkabentuk Khas Untuk Keselesaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan

Rumah Ronald McDonald terbaharu di HWKKS ini juga telah direka bentuk secara khas untuk memenuhi keperluan keluarga sepanjang mereka tinggal di sini. Rumah ini memiliki 14 buah bilik keluarga, setiap satunya dilengkapi dengan bilik air, dapur, ruang makan, fasiliti dobi yang merangkumi mesin basuh dan mesin pengering, ruang istirahat yang selesa dilengkapi televisyen dan ruang permainan kanak-kanak, serta ruang solat yang didedikasikan khas untuk lelaki dan perempuan. Kemudahan serba lengkap dan selesa ini sekali gus mencerminkan matlamat Rumah Ronald McDonald yang ingin mencipta persekitaran yang menyeluruh dan mendukung.

Menyumbang Semula Kepada Komuniti

Penubuhan Rumah Ronald McDonald di HWKKS adalah usaha kolaboratif antara RMHC Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Inisiatif ini berjaya direalisasikan menerusi sumbangan ikhlas daripada orang awam. Derma yang dikutip menerusi peti derma RMHC dan kiosk layan diri di restoran McDonald’s seluruh negara membolehkan komitmen ini berlanjutan untuk menyokong keluarga yang sedang dalam kesusahan. 

Sebahagian daripada Jaringan Global

Rumah Ronald McDonald di HWKKS menandakan penambahan terbaharu dalam rangkaian sedia ada yang terdiri daripada tiga lagi Rumah Ronald McDonald di Malaysia, iaitu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM), Hospital Tunku Azizah di Kuala Lumpur, dan Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di Kubang Kerian, Kelantan. Tambahan pula, inisiatif ini adalah sebahagian daripada lebih 370 buah rangkaian global Rumah Ronald McDonald sekali gus membuktikan impak meluas RMHC dalam menyokong keluarga di seluruh dunia. 

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan

Komitmen RMHC Malaysia terhadap penjagaan kesihatan kanak-kanak Malaysia melangkau program Rumah Ronald McDonald. Selain Rumah Ronald McDonald, organisasi ini turut melaksanakan pelbagai lagi program merentasi bidang kesihatan, pendidikan, dan kebajikan. Inisiatif seperti Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald, Program Anugerah Senyuman (Gift of Smile), dan Program Pek Kembali Ke Sekolah diwujudkan untuk memenuhi keperluan yang pelbagai, serta menggambarkan dedikasi RMHC untuk mencipta impak positif yang berpanjangan dalam kehidupan kanak-kanak dan keluarga mereka. 

Baca juga artikel menarik tentang Anugerah Guru Inspirasi McDonald yang dimenangi oleh guru dari Sarawak tahun ini:

Kongsi Kisah Cikgu Luar Biasa, Tiga Pendidik Dari Sarawak ‘Bolot’ Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s
Tular Senarai Menu Lokal McDonald Di Negara Asia, Ramai Suka Nasi Lemak McD Malaysia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hisap Vape Dalam Asrama Punca Kes Buli Di Ranau, 10 Pelajar Ditahan
Next Article Padah Buli, Pelajar Ini Kena Pukulan KO Dari Anak Iban Di Gelanggang Padah Buli, Pelajar Ini Kena Pukulan KO Dari Anak Iban Di Gelanggang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?