• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Persembahan Artis Popular Bakal Hangatkan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 Di Kuching

Oleh
Farisha
18 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Zee Avi, Hetty Koes Endang dan Akim & The Majistret bakal meriahkan Sambutan Ambang 2025 di Kuching

Persembahan Artis Popular Bakal Hangatkan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 Di Kuching. Tebingan Kuching bakal menjadi lokasi tumpuan bagi meraikan sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 dengan persembahan artis popular dan pertunjukan bunga api yang pasti memeriahkan suasana.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, memaklumkan bahawa acara ini adalah antara kemuncak sambutan yang akan menuju detik kiraan 12 tengah malam, menurut laporan media tempatan.

Persembahan Artis Popular Bakal Hangatkan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 Di Kuching
Gambar Hetty Koes Endang. Persembahan Artis Popular Bakal Hangatkan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 Di Kuching

Persembahan Artis Popular dan Hiburan Sepanjang Malam

Acara rasmi bagi sambutan Ambang 2025 akan bermula pada 10 malam hingga 12 tengah malam, dengan persembahan istimewa daripada penyanyi popular Zee Avi dan artis legenda Indonesia, Hetty Koes Endang.

Bagi segmen segmen Pasca Persembahan, pengunjung akan dihiburkan oleh persembahan band tempatan terkenal, Akim & The Majistret, yang dijangka memeriahkan suasana dengan persembahan bertenaga mereka.

Aktiviti Seni dan Kesenian Sepanjang Hari

Selain acara malam, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan di sebelah siang bermula 8:00 pagi hingga 6:00 petang. Aktiviti-aktiviti ini merangkumi:

  • Senamrobik-Senam Kenyalang
  • Persembahan oleh pelajar Kelas Bimbingan Seni (Kanak-Kanak & Dewasa) Majlis Seni Sarawak (MSS)
  • Pameran dan demonstrasi seni visual
  • Persembahan oleh Simfoni Orkestra Negeri Sarawak (SONS) Junior

Aktiviti ini bukan sahaja melibatkan golongan dewasa, malah turut menyediakan pengisian untuk kanak-kanak dan remaja, menjadikannya sesuai untuk seisi keluarga.

Gambar Akim & The Majistret

Pra Persembahan: Pembukaan Penuh Meriah

Segmen pra persembahan akan bermula pada 8 malam di Pentas Utama, di mana kumpulan I-Cats Performing Arts akan menyajikan persembahan tarian pembukaan.

Acara akan diteruskan dengan persembahan nyanyian daripada artis tempatan seperti:

  • Harris Mukhriz
  • Arfan
  • Harry Parren Ngau
  • Darren Jadriel Valentine
  • Norafizah Buseman
  • Ng Chien Chien
  • Roxy Ixzy
  • Aleysha & Ryan Zachary Van Der Horst
  • Siti Hasmah

Hiburan Tambahan: Persembahan Band Tempatan dan Sketsa

Bagi melengkapkan acara, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan daripada band tempatan iaitu Excrozim Band, serta sketsa menarik daripada Lan Perey & Ashween Narayanan.

Sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 di Tebingan Kuching menjanjikan pengisian acara yang menarik, meriah, dan sesuai untuk seluruh lapisan masyarakat. Dengan kehadiran artis-artis terkenal dan pelbagai aktiviti seni sepanjang hari, acara ini bakal menjadi salah satu sambutan terbesar di Sarawak.

Pengunjung disarankan untuk hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi menikmati persembahan dan meraikan ketibaan Tahun Baharu 2025 dalam suasana yang penuh kemeriahan dan keceriaan.

Baca juga artikel yang telah kami terbitkan mengenai acara yang best pernah diadakan di Kuching:

Persembahan Taeyang Dan Suho Buat Penonton Tak Senang Duduk Di Borneo Sonic Music Festival
Rain Dan Jessi Antara Artis Bakal Gegarkan BSMF 2024 Di Kuching

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penemuan Periuk Kera Rare Dinamakan Sempena Orang Utan Di Sabah
Next Article Ini Senarai Buffet Krismas Bawah RM100 Di Kuching 2024 Ini Senarai Buffet Krismas Bawah RM100 Di Kuching 2024

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?