• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Asal Usul Gelang Tembaga Bidayuh Dan 5 Pemakai Terakhir Di Sarawak

Oleh
Ismail NA
31 Januari 2024
Kongsi
5 Min Bacaan

Gelang Tembaga Sebagai Perhiasan Wanita Bidayuh Biatah

Asal Usul Gelang Tembaga Bidayuh Dan 5 Pemakai Terakhir Di Sarawak. Kaum Bidayuh kaya dengan seni warisan yang unik dan mempesonakan. Apatah lagi kaum ini mempunyai pecahan yang mempamerkan kebudayaan, slanga dan kostum yang berbeza mengikut daerah. Begitu juga dengan barangan perhiasan diri. Namun demikian, pemakaian gelang tembaga oleh gadis Bidayuh Biatah sebagai perhiasan semakin pupus dan ditelan zaman.

Walau bagaimanapun, gelang tembaga ini mempunyai asal usul yang perlu diketahui oleh generasi muda pada masa kini. Menariknya juga, masih terdapat lima wanita terakhir yang memakai perhiasan ini di Sarawak.

Rasung dan Ruyang Lambang Kecantikan Gadis Bidayuh

Asal Usul Gelang Tembaga Bidayuh Dan 5 Pemakai Terakhir Di Sarawak
Rasung untuk gelang kaki, Ruyang untuk gelang tangan. Kredit : Harian Metro

Gelang tembaga yang dipakai pada kaki disebut sebagai “Rasung“, manakala pemakaian gelang tembaga di bahagian lengan disebut sebagai “Ruyang“. Pada zaman dahulu, pemakaian gelang tembaga ini melambangkan kemegahan dan kecantikan seseorang wanita Bidayuh. Mereka juga digelar sebagai “The Golden Ring Ladies” atau Wanita Gelang.

Mereka percaya bahawa gelang yang berwarna emas ini melambangkan kecantikan dan ketinggian pekerti seseorang gadis Bidayuh. Selain itu, ia juga menjadi daya tarikan lelaki dan si pemakai akan lebih mudah mendapat restu bakal ibu mertua.

Selain itu, gadis yang memakai gelang tembaga ini juga boleh digelar “Dayung Lanyak” iaitu seseorang yang disanjung tinggi dalam komuniti mereka. Difahamkan, hanya golongan ini sahaja yang layak mengetuai upacara “Beris” iaitu upacara pemujaan roh semangat padi untuk tuaian padi yang baik dan kesejahteraan hidup.

Proses Melilit Gelang Tembaga Ambil Masa Satu Hari

Asal Usul Gelang Tembaga Bidayuh Dan 5 Pemakai Terakhir Di Sarawak
Asal Usul Gelang Tembaga Bidayuh Dan 5 Pemakai Terakhir Di Sarawak. Kredit : Youtube TV Kosmo!

Ketebalan dawai tembaga juga berbeza antara lengan dan kaki. Dawai tembaga yang tebal kebiasaannya digunakan untuk membuat gelang di bahagian kaki manakala dawai tembaga yang lebih nipis digunakan untuk membuat gelang di bahagian lengan.

Sebelum memulakan proses melilit gelang dawai pada kaki dan lengan, dawai yang baru dibeli akan dipanaskan dengan bara api selama beberapa minit bagi memudahkan proses melentur dan kemudiannya diletakkan di dalam air sebelum dicuci dengan menggunakan air campuran perahan limau nipis. Proses melilitnya pula mengambil masa selama satu hari dan perlu dilakukan secara perlahan-lahan supaya ia tampak cantik dan kemas.

Pantang Larang Pemakaian Gelang Tembaga

Pemakaian gelang tembaga pada seseorang gadis Bidayuh juga mempunyai pantang larang yang harus dipatuhi. Sebagai contoh, si pemakai haruslah memberi upah kepada individu yang melakukan lilitan gelang tembaga dengan dua bungkus nasi serta lauk yang tidak masin. Contohnya, lauk asam ikan dan lauk asam babi. Kalau pada zaman ini, dua bungkus nasi tersebut boleh digantikan dengan wang.

Asal Usul Gelang Tembaga Bidayuh Dan 5 Pemakai Terakhir Di Sarawak
Asal Usul Gelang Tembaga Bidayuh Dan 5 Pemakai Terakhir Di Sarawak. Kredit : Youtube TV Kosmo!

Menurut Anat Ungom yang merupakan antara generasi terakhir memakai gelang tembaga ini, sekiranya pantang larang ini tidak dipatuhi, si pemakai akan merasa tidak selesa dan gatal di bahagian yang dipasang gelang tersebut.

Pemakaian Gelang Tembaga Ada Kaitan Dengan Kedatangan Pedagang China ke Sarawak

Pemakaian gelang tembaga dalam kalangan gadis Bidayuh ini juga dikaitkan dengan pengaruh kedatangan China ke Sarawak pada suatu ketika dahulu. Perdagangan secara sistem barter dilakukan. Menurut Esther Sired, pendemonstrasi di Kampung Budaya Sarawak, pedagang China telah mempengaruhi gadis Bidayuh dengan kepercayaan bahawa pemakaian tembaga membolehkan mereka kelihatan cantik dan kuat. Tembaga-tembaga yang dibawa dari China ini kemudiannya ditukarkan dengan beras daripada kaum Bidayuh.

Hanya Lima Orang Wanita Bidayuh Biatah Terakhir Bergelang Tembaga

Asal Usul Gelang Tembaga Bidayuh Dan 5 Pemakai Terakhir Di Sarawak
Singai Nikan, pemakai terakhir gelang tembaga. Kredit : Youtube TV Kosmo!

Di Kampung Semban, Padawan, terdapat lima orang wanita terakhir yang masih mengamalkan pemakaian gelang tembaga ini di tangan serta kaki. Salah seorangnya ialah Singai Nikan, yang kini sudah menjangkau usia hampir 70 tahun. Beliau sangat berbangga dengan pemakaian gelang tersebut kerana ia merupakan tradisi turun temurun keluarganya. Namun demikian, amalan ini semakin terhakis sejak tahun 70 an apabila pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai gelang tembaga ke sekolah.

Menurut mereka, pemakaian gelang tembaga ini pada awalnya adalah satu proses yang menyakitkan. Namun, kerana alah bisa tegal biasa, kesakitan ini bukanlah sesuatu yang membebankan demi status keanggunan dan kecintaan mereka terhadap seni warisan yang telah berusia beratus tahun ini.

Seni warisan yang berusia 400 tahun ini diancam kepupusan dan menjadi tanggungjawab generasi muda untuk memeliharanya agar tidak menjadi artifak di muzium dan hanya sekadar tatapan di masa depan tanpa mengetahui dan menghayati asal usul sebenar.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Tengku Hassanal Pakai Baju Bidayuh Jadi Perhatian Warga Sarawak
Kagum Dengan Sarawak, Diana Danielle Kongsi Pengalaman Berada Di Perkampungan Bidayuh Padawan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Kenangan Di Sarawak Ini 4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Kenangan Di Sarawak
Next Article Ini Fakta Menarik Tentang YDPA Agong Ke 17, Sultan Ibrahim Ismail Ini Fakta Menarik Tentang YDPA Agong Ke 17, Sultan Ibrahim Ismail

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?