• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kagum Dengan Sarawak, Diana Danielle Kongsi Pengalaman Berada Di Perkampungan Bidayuh Padawan

Oleh
Aina Musa
14 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Kagum Dengan Sarawak, Diana Danielle Kongsi Pengalaman Berada Di Perkampungan Bidayuh Padawan

“The Sarawak rainforest is really like no other” – Diana Danielle

Kagum Dengan Sarawak, Diana Danielle Kongsi Pengalaman Berada Di Perkampungan Bidayuh Padawan. Sarawak, merupakan salah satu negeri yang terkenal di Malaysia dengan keindahan alam semula jadinya.

Selain daripada keindahan alamnya yang sungguh menakjubkan, pelbagai etnik dan budaya yang unik boleh dilihat di sini.

Kagum Dengan Sarawak, Diana Danielle Kongsi Pengalaman Berada Di Perkampungan Bidayuh Padawan. Kredit: Diana Danielle

Baru-baru ini, pelakon popular Diana Danielle telah berkongsi pengalamannya apabila beliau mengunjungi sebuah perkampungan Bidayuh di Padawan, Sarawak.

Keberadaannya di Bumi Kenyalang ini adalah untuk menjalankan sebuah penggambaran rancangan televisyen yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi.

Tambahnya, rancangan itu akan menayangkan keindahan Malaysia di setiap pelosok negeri.

Salah satu episod, beliau memilih Sarawak sebagai bumi bertuah untuk diterokai dengan memilih Saloma Villagestay bagi mendalami kehidupan sebenar etnik Bidayuh di Padawan.

Melalui pengalaman peribadinya, beliau berkongsi keterujaannya dengan kehidupan kampung Bidayuh yang sangat damai dan tenang.

Daripada kehidupan bandar yang sibuk dan serba cepat, Diana Danielle mengalami sendiri gaya hidup “slow living” di perkampungan ini.

Beliau juga telah mempelajari cara-cara orang Bidayuh memasak makanan dengan menggunakan teknik pembungkusan dengan daun dan juga teknik memasak dalam buluh.

Salah satu pengalaman yang paling memberi kesan kepada beliau ialah menikmati keindahan hutan hujan Sarawak yang nyaman dengan suasana tenang dan sejuk.

Tambahnya, sungguh sukar untuk dinyatakan dengan kata-kata betapa seronoknya beliau apabila berada di tengah-tengah sungai bersih dan udara yang segar.

Baca lagi artikel menarik:

Flight Pulang KL Penuh, Gelagat Azhan Rani Naik ‘Perauk Tambang’ Cuit Hati Netizen Sarawak
Dedah Belajar Dari Kecil, Celoteh Fatin Afeefa ‘Klaka’ Sarawak Raih Perhatian Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Botol Arak Bersepah Di 'Airport' Kuching, Kumpulan Tak Bawa Balik Sampah Ditegur Netizen Botol Arak Bersepah Di ‘Airport’ Kuching, Kumpulan Tak Bawa Balik Sampah Ditegur Netizen
Next Article Rakyat Malaysia Terpaksa Tunggu 148 Tahun Untuk Tunaikan Haji Di Makkah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?