• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Asteroid Gergasi Berukuran Menara Eiffel Bakal Melalui Ruang Angkasa Bumi

Oleh
Husna Hazmi
15 April 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Asteroid gergasi tersebut dijangka akan melalui ruang angkasa Bumi pada minggu hadapan.

Asteroid Gergasi Berukuran Menara Eiffel Bakal Melalui Ruang Angkasa Bumi. Dilaporkan bahawa, tiga asteroid gergasi dijangka akan melalui ruang angkasa Bumi minggu hadapan, menurut sistem pengesan asteroid NASA.

Gambar sebagai hiasan
Asteroid Gergasi Berukuran Menara Eiffel Bakal Melalui Ruang Angkasa Bumi. Gambar sebagai hiasan

Antara tiga Asteroid tersebut, salah satu daripadanya adalah sebesar Menara Eiffel

Di antara tiga Asteroid tersebut, salah satu daripadanya adalah sebesar Menara Eiffel namun kesemua asteroid itu akan melintasi pada jarak yang selamat dari bumi.

Beberapa asteroid seperti ini berada dalam orbit mengelilingi matahari. Ketiga-tiga asteroid ini diberi nama 2021 GJ3, 2016 QE45 dan 2021 FK3.

2021 GJ3 dijangka akan melalui ruang angkasa bumi pada 21 April pada jam 2.26 pagi UTC pada jarak 1.48 juta kilometer dari bumi. Diameter asteroid tersebut adalah antara 47 hingga 109 meter panjang atau selebar sebuah padang bola sepak NFL.

Asteroid 2016 QE45 pula dijangka akan melalui ruang angkasa bumi pada 24 April pada jam 1.48 pagi UTC pada jarak 5.1 juta kilometer dari bumi. Diameternya antara 120 hingga 270 meter iaitu lebih kurang seperti ketinggian Menara Eiffel Paris.

Gambar sebagai hiasan
Gambar sebagai hiasan

Asteroid ketiga berketinggian Jambatan Golden Gate California

Akhir sekali asteroid 2021 FK3 akan melalui ruang udara bumi pada 24 April pada jam 5.45 petang UTC pada jarak 6.1 juta kilometer dari bumi. Diameter asteroid ini adalah antara 88 hingga 200 meter atau sama seperti ketinggian Jambatan Golden Gate California.

Ketiga-tiga asteroid ini akan melintasi ruang udara bumi pada kelajuan 13.4 kilometer per saat atau 14 kali ganda lebih laju daripada peluru senapang.

Isnin lepas, asteroid 2021 GW4 telah melintasi ruang udara Bumi pada jarak 27,000 kilomter dari bumi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Panduan Workout Yang Sesuai Di Bulan Ramadan
Next Article Terima SMS, Emel Atau WhatsApp dari Maybank Untuk Log Masuk? Hati-hati, Ia Mungkin Satu Scam Terima SMS, Emel Atau WhatsApp dari Maybank Untuk Log Masuk? Hati-hati, Ia Mungkin Satu Scam

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?