• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini 5 Panduan Workout Yang Sesuai Di Bulan Ramadan

Oleh
Ismail NA
15 April 2021
Kongsi
6 Min Bacaan

Takut dehidrasi? Ada sebenarnya cara yang sesuai untuk kekal fit dan cergas di bulan Ramadan.

Ini 5 Panduan Workout Yang Sesuai Di Bulan Ramadan. Macam biasa, di bulan Ramadan, masyarakat Muslim akan mengerjakan ibadah puasa. Namun demikian, ada segelintir yang berpandangan bahawa bulan Ramadan tidak sesuai untuk melakukan aktiviti lasak seperti bersenam dan bersukan.

Isi Isi Penting
  • Takut dehidrasi? Ada sebenarnya cara yang sesuai untuk kekal fit dan cergas di bulan Ramadan.
  • 1. Lakukan workout pada 3 waktu optimum ini
  • 2. Kurangkan senaman kardio kepada 2 kali seminggu
  • 3. Lakukan senaman melibatkan bebanan (weight training) sebelum sahur
  • 4. Tempoh workout ideal adalah 30 hingga 45 minit
  • 5. Elakkan rutin senaman yang baru
  • Selalu lapar masa bulan Ramadan? Baca juga perkongsian menarik tentang makanan semasa sahur ini :

Oops! Salah tu. Tahukah anda bahawa anda boleh bersenam seperti biasa di bulan Ramadan tanpa mengakibatkan anda dehidrasi dan keletihan? Tapi mesti ada caranya. Senaman di bulan Ramadan ini juga membawa manfaat yang bagus untuk anda seperti meningkatkan fokus dan tenaga, mengekalkan kadar metabolisma dan membina otot badan anda.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda tips dan waktu yang sesuai untuk anda bersenam ataupun melakukan workout di bulan Ramadan.

1. Lakukan workout pada 3 waktu optimum ini

Sebelum sahur – Jika anda terbangun awal pada waktu sahur, anda juga boleh menggunakan kesempatan ini untuk melakukan senaman. Kemudian, anda boleh mengembalikan tenaga untuk anda berpuasa sepanjang hari dengan hidangan sahur.

Selepas berbuka/terawih – Ini merupakan waktu yang paling optimum untuk anda melakukan senaman kerana pada waktu ini, anda mempunyai tahap tenaga yang paling tinggi. Namun demikian, anda perlu menunggu selama 2 hingga 3 jam selepas berbuka bagi membolehkan makanan yang anda makan semasa berbuka telah dihadam sepenuhnya. Jangan buat workout betul-betul lepas makan pula ya. Kalau termuntah, sia-sia makan sedap-sedap masa berbuka.

Sebelum berbuka – Jika anda ingin melakukan senaman ataupun workout pada waktu ini, pastikan anda hanya melakukan senaman yang benar-benar ringan dan ringkas (low intensity workout) bagi mengelakkan anda mengalami dehidrasi. Pastikan juga anda melakukan senaman apabila sudah dekat dengan waktu berbuka puasa. Contohnya, 30 atau 15 minit sebelum iftar.

Ini 5 Panduan Workout Yang Sesuai Di Bulan Ramadan
Ini 5 Panduan Workout Yang Sesuai Di Bulan Ramadan

2. Kurangkan senaman kardio kepada 2 kali seminggu

Bagi anda yang sedang membina otot dan tidak mahu berat otot (mass muscle) anda berkurangan, anda tetap boleh melakukan senaman kardio. Tetapi, jika sebelum ini anda lakukannya pada kadar 5 kali seminggu, anda boleh kurangkannya kepada 2-3 kali seminggu. Cadangan masa yang sesuai untuk melakukannya pula adalah selepas berbuka puasa. Anda juga boleh selang selikan hari anda bersenam untuk mencapai matlamat ini.

Ini 5 Panduan Workout Yang Sesuai Di Bulan Ramadan

3. Lakukan senaman melibatkan bebanan (weight training) sebelum sahur

Sekiranya anda mengamalkan rutin senaman yang melibatkan bebanan atau weight training terutamanya bagi mereka yang ingin meningkatkan metabolisma badan dan menguruskan badan secara sihat, anda disarankan untuk melakukan aktiviti ini sebelum sahur. Ini kerana anda boleh mengembalikan tenaga anda yang telah banyak digunakan dengan hidangan sahur anda.

Jika anda melakukan senaman bebanan semasa berpuasa, ia dikhuatiri akan menjejaskan tisu otot tanpa lemak anda (lean muscle tissue).

Ini 5 Panduan Workout Yang Sesuai Di Bulan Ramadan

4. Tempoh workout ideal adalah 30 hingga 45 minit

Walaupun tempoh anda bersenam adalah sesuatu yang subjektif, tetapi para jurulatih kecergasan mencadangkan bahawa tempoh yang ideal untuk melakukan senaman pada bulan puasa adalah antara 30 hingga 45 minit. Sekiranya anda kerap melakukan senaman selama 1 jam pada hari biasa, maka tempoh yang terbaik untuk anda melakukan senaman pada bulan puasa adalah selama 30 minit.

Tempoh ini juga bergantung kepada jenis senaman anda. Sekiranya senaman yang anda lakukan adalah senaman dengan intensiti tinggi, anda disarankan untuk melakukannya dalam tempoh 30 minit. Untuk senaman intensiti sederhana dan rendah, anda boleh lakukannya sehingga 45 minit.

Ini 5 Panduan Workout Yang Sesuai Di Bulan Ramadan

5. Elakkan rutin senaman yang baru

Rutin senaman di bulan Ramadan adalah untuk anda mengekalkan kecergasan dan bukannya untuk anda memecahkan rekod peribadi. Jadi, lakukan senaman yang sedia ada sahaja. Ia juga bergantung pada tahap kesihatan dan penerimaan badan anda. Hal ini kerana pola waktu makan anda juga telah berubah. Pada minggu pertama puasa, badan anda sedang menyesuaikan diri dengan pola pemakanan yang baharu. Jadi, sebaiknya pada waktu ini, anda dicadangkan untuk melakukan senaman pada kadar yang berpatutan dengan kemampuan badan anda.

Oleh yang demikian, sebaiknya, elakkan rutin senaman yang baharu. Kekalkan dengan rutin senaman yang sedia ada kerana senaman berat tidak elok dilakukan sekiranya badan anda tidak terhidrat sebaiknya serta tidak mendapat sumber tenaga yang mencukupi. Sekiranya anda tidak pernah bersenam atau tidak bersenam dalam jangka waktu yang lama, anda disarankan untuk melakukan pergerakan ringan seperti berjalan kaki, atau yoga.

Ini 5 Panduan Workout Yang Sesuai Di Bulan Ramadan

Jika anda mempunyai impian untuk menurunkan berat badan pada bulan puasa ini, maka ini adalah panduan yang tepat untuk anda praktikkan. Tetapi, pemakanan yang betul dan seimbang juga penting untuk anda mencapai tahap kecergasan yang anda mahukan. Apa-apa pun, bersederhanalah dalam melakukan sesuatu. Selamat melakukan workout dan selamat berpuasa!

Selalu lapar masa bulan Ramadan? Baca juga perkongsian menarik tentang makanan semasa sahur ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar Didapati Positif COVID-19, SMK Sacred Heart Sibu Diarahkan Tutup
Next Article Asteroid Gergasi Berukuran Menara Eiffel Bakal Melalui Ruang Angkasa Bumi

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?