• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Atlet Muda Sarawak, Nurul Farisya Tumbangkan Juara Sukan SEA 2023

Oleh
Farisha
21 Ogos 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kejutan di Sukan SUKMA 2024, penerjun muda Sarawak menang emas

Atlet Muda Sarawak, Nurul Farisya Tumbangkan Juara Sukan SEA 2023. Atlet muda Sarawak, Nurul Farisya Alia Affendi telah mengejutkan juara Sukan SEA yang juga rakan sepasukan yang lebih berpengalaman apabila berjaya memenangi pingat emas acara platform wanita di Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Penerjun berusia 15 tahun yang baru menyertai program pelapis kebangsaan pada awal tahun ini telah mengumpul 241.90 mata untuk memenangi emas keduanya di Pusat Akuatik Pandelela Rinong.

Atlet Muda Sarawak, Nurul Farisya Tumbangkan Juara Sukan SEA 2023
Atlet Muda Sarawak, Nurul Farisya Tumbangkan Juara Sukan SEA 2023

Pada Isnin lepas, anak jati Kuching itu telah merangkul pingat emas acara 10m platform seirama wanita bersama dengan rakan sepasukan, Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Kemboja 2023, Lee Yiat Qing yang mewakili Wilayah Persekutuan terpaksa berpuas hati dengan perak selepas terjunannya yang ketiga merosot, mengumpul 241.10 mata, manakala Nur Eilisha Rania meraih gangsa dengan 231.45 mata.

Bintang muda Sarawak tumbangkan penerjun berpengalaman

Nurul Farisya Alia mengakui bahawa beliau tidak menjangkakan kemenangan hari ini kerana turut berdepan saingan penerjun yang lebih berpengalaman. Namun, beliau menyatakan bahawa terjunannya yang keempat mungkin telah meletakkan beliau di kedudukan pertama.

Beliau juga menyatakan bahawa sasarannya adalah untuk memenangi emas dalam acara 10m platform seirama dengan Rania, serta acara platform seirama campuran bersama Muhammad Lutfir Rahman Mohammad Razak.

Dalam pada itu, menurut sumber TVS, Nurul Farisya Alia juga mendapat sokongan daripada keluarga yang hadir untuk menyaksikan pertandingan itu.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Jaguh Lontar Peluru Negara, Jonah Chang Raih Pingat Emas Ke-2 Di SUKMA
Atlet Muda Sarawak, Pauline Ului Raih Emas Dalam Lempar Cakera Di SUKMA 2024
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Kuasai Acara Balingan SUKMA, Raih 4 Emas Setakat Ini
Next Article Gara-Gara Baling Botol, Acara SUKMA Pencak Silat Terpaksa Berlangsung Tanpa Penonton Gara-Gara Baling Botol, Acara SUKMA Pencak Silat Terpaksa Berlangsung Tanpa Penonton

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?