• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Atlet Sarawak Berjaya Raih 9 Pingat Dalam Kejohanan Judo Kebangsaan

Oleh
Farisha
6 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Atlet judo Sarawak memenangi 4 pingat emas, 3 perak, 2 gangsa pada kejohanan kebangsaan

Atlet Sarawak Berjaya Raih 9 Pingat Dalam Kejohanan Judo Kebangsaan. Atlet-atlet judo Sarawak kembali dari Kejohanan Judo Kebangsaan yang diadakan di Lumut, Perak pada hujung minggu lalu dengan membawa pulang empat pingat emas, tiga perak dan dua gangsa.

Leng Ko Jia berusia 15 tahun, merangkul pingat emas dalam kategori junior dan kadet 70kg wanita. Pemenang emas lain adalah Tan Xin Hung dalam kategori junior 90kg wanita dan Ashley Tan dalam kategori remaja 52kg wanita.

Atlet Sarawak Berjaya Raih 9 Pingat Dalam Kejohanan Judo Kebangsaan
Atlet Sarawak Berjaya Raih 9 Pingat Dalam Kejohanan Judo Kebangsaan. Sumber: Facebook

Pemenang perak pula adalah Lee Yi Han dalam kategori 70kg wanita, Michael Jerim dalam kategori kadet 60kg lelaki dan Leng Ko Bing dalam kategori remaja 48kg wanita. Manakala, pemenang gangsa adalah Lee Yi Han dalam kategori junior 70kg wanita dan Lau Swee Hung dalam kategori junior 90kg lelaki.

Para atlet berusaha membawa kejayaan buat negeri

Ngiam Sze Yuan dari Persatuan Judo Sarawak (PJS) berkata keputusan tersebut melebihi jangkaan. Malah, dia turut menyatakan bahawa para atlet memberikan yang terbaik pada kejohanan itu dan berusaha gigih untuk membawa pulang kejayaan buat negeri.

Berikutan pencapaian di kejohanan kebangsaan itu, Ngiam berharapan tinggi kepada semua atlet yang akan mewakili Sarawak pada Sukma 2024 di Mukah.

“Leng dan Tan sungguh cemerlang dan mereka berpotensi untuk terus maju ke peringkat lebih tinggi,” tambahnya.

Dua atlet mengalami kecederaan

Ngiam mendedahkan malangnya, Elisha Noel Dylan dan Clarisse Chelsea Jerim yang bertanding untuk Sukma mengalami kecederaan semasa kejohanan di Lumut.

“Elisha mengalami kepatahan lengan yang mungkin memerlukan beberapa bulan untuk sembuh manakala Clarisse mengalami keretakan ringan di lengan. Semoga mereka sembuh sempurna menjelang Sukma nanti.

Peranan jurulatih Jepun dalam meningkatkan prestasi Judo Sarawak

Sementara itu, Ngiam berkata jurulatih Jepun mereka, Igarashi Jumpei telah bekerja keras untuk memastikan pasukan kekal kukuh dan bersedia untuk beraksi.

“Semenjak Igarashi menjadi jurulatih latihan sejak tahun lalu, pasukan negeri menunjukkan peningkatan yang ketara. Diharapkan para atlet akan terus berusaha di bawah bimbingan beliau untuk menghasilkan keputusan cemerlang.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Pasukan Taekwondo Sarawak Sapu Bersih Semua Kategori Di Kejohanan Kebangsaan
Bonnie Bunyau Hadiahkan Emas Buat Negara Dalam Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Di Dubai
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Digelar Milkshake Sarawak, Kenali Buah Pedalai Persis Tarap Yang Manis Dan Berkrim Digelar Milkshake Sarawak, Kenali Buah Pedalai Persis Tarap Yang Manis Dan Berkrim
Next Article Tiga Daerah Di Sarawak Alami Kerosakan Teruk Akibat Hujan Berterusan Tiga Daerah Di Sarawak Alami Kerosakan Teruk Akibat Hujan Berterusan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?