• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Digelar Milkshake Sarawak, Kenali Buah Pedalai Persis Tarap Yang Manis Dan Berkrim

Oleh
Aina Musa
6 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Digelar Milkshake Sarawak, Kenali Buah Pedalai Persis Tarap Yang Manis Dan Berkrim

Rupanya mirip buah tarap

Digelar Milkshake Sarawak, Kenali Buah Pedalai Persis Tarap Yang Manis Dan Berkrim. Pokok Tarap merupakan sejenis pokok yang boleh membesar serta mempunyai daun lebar. Uniknya mengenai buah tarap ini, tumbuhan ini hanya boleh didapati di Kepulauan Borneo.

Dikenali dengan nama saintifik Artocarpus odoratissimus, buah tarap berbentuk bulat diselaputi bulu kasar seperti berus, bergetah dan keras ketika mentah, tetapi lembut dan berbau harum apabila masak.

Digelar Milkshake Sarawak, Kenali Buah Pedalai Persis Tarap Yang Manis Dan Berkrim. Kredit: Google

Apabila masak, kulitnya mudah dikopek dengan tangan untuk mengambil isi di dalamnya yang berulas-ulas dan melekat pada empulur yang bersambung dengan tangkai buah.

Tetapi tahukah anda, ada sejenis buah lagi yang menyerupai buah tarap ini dan diberi nama buah Pedalai. Walaupun seakan-akan sama, ada beberapa ciri yang membezakan kedua-dua buah eksotik ini.

Dari luarannya, buah pedalai ini berbentuk sedikit bujur dan berbulu persis rambutan. Tetapi setelah dikopek, isinya menyerupai isi buah tarap.

Pokoknya juga dikatakan mirip pokok tarap dengan saiz pokoknya yang besar dan daunnnya yang lebar.

Selain buah tarap, buah pedalai ini turut digelar sebagai buah rambutan gergasi oleh penduduk setempat.

Lihat sahaja rupanya, memiliki bentuk menyerupai rambutan tetapi saiznya lebih besar!

Pokok buah pedalai ini juga dikatakan mampu tumbuh sehingga 40 meter atau 120 kaki. Sama seperti buah tarap, isi buah pedalai ini dapat dinikmati terus tetapi buahnya tidak memiliki bau yang kuat seperti buah tarap.

Bijinya juga dapat dimakan dengan cara direbus dan dipanggang, lalu dimakan seperti kekacang.

Isinya pula dikatakan manis dan berlemak sehingga buah pedalai ini digelar sebagai buah ‘milkshake’ Sarawak dalam kalangan warga tempatan.

Baca lagi artikel menarik:

Menyerupai Cempedak, Nangka Dan Sukun, Ketahui Buah Terap Yang Boleh Didapati Di Pulau Borneo
https://www.iloveborneo.my/persis-longan-kenali-buah-isau-buah-tropikal-asli-daripada-sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mp Puncak Borneo Tegur MP Hulu Langat Persenda Orang Ulu Dalam Dewan Rakyat Mp Puncak Borneo Tegur MP Hulu Langat Persenda Orang Ulu Dalam Dewan Rakyat
Next Article Atlet Sarawak Berjaya Raih 9 Pingat Dalam Kejohanan Judo Kebangsaan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?