Asal buka Facebook, confirm ada nampak member kongsi Avatar sendiri
Avatar Peribadi Kini Trending, Wanita Ini Tampil Menjelaskan Kebaikan Trend Ini. Baru-baru ini, Facebook timeline dilamun dengan avatar peribadi pengguna. Avatar ini merupakan sebuah inisiatif Facebook untuk menggalakkan penggunanya membuat avatar sendiri sebagai emoji.
Memandangkan aplikasi mesej lain seperti WhatsApp, iMessage, Telegram dan sebagainya sudah mempunyai avatar sendiri sebagai emoji, Facebook turut mengikuti trend ini agar tidak kelihatan ketinggalan trend.
Tinjauan mendapati bahawa banyak pengguna menyukai pengenalan avatar peribadi ini. Malah, Facebook timeline dipenuhi dengan avatar peribadi, dengan pengguna berkongsi avatar peribadi mereka sendiri di media sosial itu.
Masuk2 ja fb trus sna sni i nampak ni
Posted by Rais Roslan on Tuesday, September 15, 2020
Namun, terdapat juga pengguna yang mengkritik mereka dengan berpendapat bahawa pengguna lain sudah melampau sehingga hampir semua kawan-kawan mereka dalam senarai kawan Facebook mempenuhi timeline dengan avatar peribadi masing-masing.
Bagi wanita ini pula, beliau tampil menjelaskan kebaikan trend ini dari sudut perspektif psikologi. Menurut beliau, trend ini sebenarnya membawa banyak kebaikan kepada pengguna kerana ia membantu mereka untuk “lebih mengenali diri-sendiri.”
“Dari sudut psikologi, permainan avatar ini banyak impak positif,” – Jillian Jane
Menurut wanita ini iaitu Jillian Jane, beliau kongsikan pendapatnya mengenai impak trend avatar ke atas pengguna menerusi Facebook peribadinya.
Pendek kata, trend Avatar ini mempunyai impak yang lebih positif jika dibandingkan dengan negatif.
- Avatar peribadi menggalakkan pengguna untuk mengenali diri sendiri. Di sini, pengguna mereka avatar peribadi berdasarkan penampilan sendiri. Jillian mempersamakan proses ini dengan proses kaunseling, di mana seseorang perlu mengenali dan memahami diri-sendiri untuk menerima serta menghargai penampilan masing-masing serta lebih mudah untuk menerima orang di sekeliling kita.
- Pengguna digalakkan untuk keluar dari zon biasa. Dengan kebebasan untuk mereka avatar peribadi, pengguna bebas untuk membentuk avatar mereka sesuka hati. Contohnya, memberi penampilan yang baru dan bukan biasanya dilihat oleh orang sekeliling. Di sini, pengguna mampu untuk eksperimen dengan style baru. Mungkin ia sesuai, mungkin tidak. Tapi yang pasti pengguna akan tetap kekal dengan penampilan paling sesuai dengan jiwanya sendiri.
- Menyeronokkan, mengurangkan ketekanan. Jillian mengucapkan tahniah kepada pengguna yang cuba perkara baru ini. Bagi beliau, trend ini menyaksikan hampir semua kawan-kawan dalam Facebook yang membuat avatar peribadi menyokong sama diri malah ber “hi” menggunakan avatar peribadi mereka sendiri di ruangan komen. Secara langsung, ia mewujudkan kemeriahan apabila masing-masing saling memberi salam.
Jillian turut berkata mereka yang menyertai trend ini tak perlu hiraukan mereka yang memilih untuk tidak menyertai. Ia adalah pilihan mereka malah mood “kita dan mereka tak sama.”
Yang penting, sama-sama menyokong sama diri dan nikmati lah suasana meriah yang ada dari trend ini.
Cuba share avatar peribadi anda di ruangan komen! Hehe…