• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Kenali 2 Wanita Ini Yang Mendedikasikan Hidup Mereka Demi Kebaikan Semua

Oleh
Husna Hazmi
17 September 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Dua wanita hebat ini sepatutnya dijadikan inspirasi kita pada masa kini. Mereka mendedikasikan hidup mereka untuk membantu semua tanpa mengira bangsa, agama mahupun warna kulit.

Kenali 2 Wanita Ini Yang Mendedikasikan Hidup Mereka Demi Kebaikan Semua. Mereka telah membuktikan kepada dunia bahawa wanita juga mampu menggoncang dunia.

Kenali 2 Wanita Ini Yang Mendedikasikan Hidup Mereka Demi Kebaikan Semua
Kenali 2 Wanita Ini Yang Mendedikasikan Hidup Mereka Demi Kebaikan Semua

1. Sabariah Hussein

Sabariah Hussein wanita kelahiran Johor Bahru yang merupakan bekas guru di Singapura merupakan seorang inspirasi kepada kita semua kerana kerja amal yang telah dilakukannya di Kanada. Beliau amatlah disenangi oleh rakyat Kanada terutamanya di Montreal.

Wanita yang sudah berusia 72 tahun ini telah mendedikasikan lebih daripada 30 tahun hidupnya menyediakan 700,000 makanan bersama sukarelawan yang lain untuk membantu orang yang memerlukan.

Di Kanada, beliau telah menyediakan makanan percuma kepada 400 hingga 500 gelandangan dalam masa sehari bagi mereka yang tidak berkemampuan mahupun mereka yang lapar. Makanan yang disediakan oleh wanita ini dibuat dengan penuh kasih sayang.

Selain itu, Sabariah Hussein juga telah menjadikan kediamannya sendiri sebagai tempat perlindungan wanita. Beliau juga membantu semua orang tidak kira warna kulit, agama mahupun bangsa.

Hasil daripada kebaikannya, beliau telah digelar Muslim Mother Theresa di Kanada. Tetapi kisahnya ini kita patut contohi dan jadikan sebagai inspirasi hidup kita.

Sabariah Hussein telah menerima beberapa anugerah yang beliau sememangnya berhak untuk dapat antaranya ialah Anugerah Wanita Inspirasi dan juga Lifetime of Service to Humanity Award dari RS Foundation.

Kenali 2 Wanita Ini Yang Mendedikasikan Hidup Mereka Demi Kebaikan Semua
Kenali 2 Wanita Ini Yang Mendedikasikan Hidup Mereka Demi Kebaikan Semua

2. Siti Hasmah Mohamad Ali

Tun Siti Hasmah Mohamad Ali wanita kelahiran Selangor ini bukan sahaja setakat Isteri bekas perdana Menteri Malaysia. Sumbangan beliau yang banyak ini telah membuatkan beliau antara wanita yang amat di hormati dan disanjungi negara kita sehingga hari ini. Antara sumbangan beliau juga adalah;

Beliau merupakan seorang yang aktif mendidik masyarakat muda Malaysia tentang penyalahgunaan dadah sehingga beliau telah dijemput untuk menghadiri First Ladies’ Conference on Drug Abuse di Washington DC.

Jemputan pada tahun 1985 itu dilakukan sendiri oleh Nancy Reagan, bekas wanita Pertama Amerika Syarikat juga isteri kepada mendiang Presiden Ronald Reagon.

Tun Siti Hasmah juga merupakan isteri perdana Menteri pertama yang mendapatkan gelaran Tun di Malaysia.

Beliau juga merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Pegawai Perubatan di dalam Bahagian Kesihatan Ibu Mengandung dan Kanak-kanak pada tahun 1965, dan pada 1974 pula, beliau merupakan wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Negeri Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak.

Anugerah sebagai Ibu Negara telah diberikan pada ikon yang hebat ini kerana beliau telah memberi sokongan yang berterusan terhadap tugas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ke arah membina bangsa dan negara.

Sumbangan beliau sebagai wanita Melayu pertama yang banyak membantu dalam usaha kawalan penagihan dadah, kesihatan wanita, perancangan keluarga, pembangunan wanita luar bandar dan celik huruf dalam kalangan orang dewasa juga adalah sesuatu yang amat membanggakan tanah air kita.

Baca Lagi Di Sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Avatar Peribadi Kini Trending, Wanita Ini Tampil Menjelaskan Kebaikan Trend Ini Avatar Peribadi Kini Trending, Wanita Ini Tampil Menjelaskan Kebaikan Trend Ini
Next Article Meskipun Tiada Kemahiran Menjahit, Bapa Ini Sanggup Jahit Lebih Dari 100 Gaun Demi Anaknya Meskipun Tiada Kemahiran Menjahit, Bapa Ini Sanggup Jahit Lebih Dari 100 Gaun Demi Anaknya

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?