• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Axle Terputus Tengah Jalan, Pemilik Dedah Pengalaman Cemas Guna Kereta Jenama Dari China

Oleh
Nazihah AN
29 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Axle Terputus Tengah Jalan, Pemilik Dedah Pengalaman Cemas Guna Kereta Jenama Dari China

Pemilik kereta Chery seru pihak syarikat siasat punca axle terputus secara mengejut

Axle Terputus Tengah Jalan, Pemilik Dedah Pengalaman Cemas Guna Kereta Jenama Dari China. Tular pengguna kereta Chery di Malaysia apabila seorang pemilik kereta jenama dari China itu mengalami kemalangan yang mengejutkan.

Melalui hantaran di Facebook, pemilik menzahirkan rasa terperanjat apabila gandar belakang keretanya terputus sewaktu memandu di jalan raya.

Axle Terputus Tengah Jalan, Pemilik Dedah Pengalaman Cemas Guna Kereta Jenama Dari China

Dalam hantarannya, pemilik bertanya kepada pihak Chery Malaysia: “Saya ingin penjelasan mengapa axle belakang kereta saya terputus begitu sahaja ketika memandu. Tiada berlaku sebarang langgaran, kemalangan mahupun melalui jalan berlubang, ianya hanya terputus secara tiba-tiba di tengah jalan raya.”

Beliau turut mempersoalkan kualiti kimpalan gandar keretanya yang nampak hanya mempunyai dua titik kimpal berbanding seluruh bahagiannya. Ini membolehkan aspek seperti hakisan dan karat menyebabkan gandar mudah terputus.

“Saya bukan pakar kereta, tetapi mungkin pihak Chery dan Puspakom boleh menyiasat untuk mengetahui apa yang berlaku, dan langkah seterusnya untuk menangani isu ini,” tulisnya.

Pemilik mengakui kejadian itu berlaku ketika mereka memperlahankan kereta di selekoh jalan. Beliau menggeletar membayangkan nasib keluarganya sekiranya gandar kereta terputus di lebuh raya ketika memandu pada kelajuan tinggi, beberapa minit sebelum kejadian.

Malangnya, kereta terpaksa ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan mogok menunggu kren tunda tiba pada hari Ahad untuk mengalihkannya. Kereta itu kemudiannya ditunda ke pusat servis Chery di Balakong untuk disiasat lanjut.

Dalam kemaskini, seorang jurujual Chery memberitahu pemilik tersebut bahawa ini merupakan kes kedua berlaku dan kes pertama “diselesaikan dengan mudah”. Beliau ditawarkan kereta gantian sementara, tetapi menolaknya.

Pemilik turut menambah rakaman dari kamera dashcam untuk menunjukkan keadaan jalan raya dan kelajuan memandu ketika kejadian. Akhir sekali, beliau memaklumkan tidak akan membuat sebarang kenyataan lanjut sehingga hasil penyiasatan diketahui.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajaran Dua Anak Mendiang Joanna Ditanggung Yayasan Sarawak Hingga Universiti Pelajaran Dua Anak Mendiang Joanna Ditanggung Yayasan Sarawak Hingga Universiti
Next Article Lelaki Hilang Selepas Keluar Memancing Di Batang Rajang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?