• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelajaran Dua Anak Mendiang Joanna Ditanggung Yayasan Sarawak Hingga Universiti

Oleh
Nazihah AN
29 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Pelajaran Dua Anak Mendiang Joanna Ditanggung Yayasan Sarawak Hingga Universiti

Yayasan Sarawak tanggung pelajaran penuh anak mendiang hingga universiti

Pelajaran Dua Anak Mendiang Joanna Ditanggung Yayasan Sarawak Hingga Universiti. Kerajaan Sarawak akan menanggung kos pendidikan 2 anak mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia bermula dari sekolah rendah sehingga ke universiti.

Anak perempuan mendiang, Allesia Felice Haslie, 4, dan adiknya, Hovannes Haslie, 1, telah didaftarkan ke dalam Yayasan Sarawak.

Pelajaran Dua Anak Mendiang Joanna Ditanggung Yayasan Sarawak Hingga Universiti

Pelajaran Dua Anak Mendiang Joanna Ditanggung Yayasan Sarawak Hingga Universiti

Perkara ini telah disampaikan oleh Premier Sarawak, Abang Jo semasa menyerahkan sumbangan RM10,000 kepada keluarga mendiang.

Dalam peristiwa nahas tersebut, Joanna Felicia Rohna, antara 10 anggota dan pegawai TLDM yang turut terkorban dalam kemalangan terhempas melibatkan dua buah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia di Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9.32 pagi, Selasa lalu (23 April).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kedua-dua anak kepada Joanna akan diuruskan pendaftaran mereka dalam Yayasan Sarawak demi menjamin kelangsungan pendidikan dan keperluan kehidupan mereka pada masa hadapan.

“Anak-anak ini kini kehilangan ibu dan kita perlu memastikan mereka mendapat akses kepada pendidikan serta peluang kehidupan yang sempurna,” kata beliau ketika melawat waris mendiang Joanna di Kampung Engkeroh semalam.

Dalam memberi penghormatan terakhir, Abang Johari turut menyampaikan bantuan sebanyak RM10,000 kepada waris mendiang Joanna yang kehilangan nyawa pada usia 25 tahun dalam menjalankan tugas bakti negara.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Rakyat Indonesia Lebih Suka Doktor Malaysia, Jokowi Keluh Alami Rugi RM53 Billion

Sabah Enggan Contohi Sarawak Dan Akur Ketetapan KPM Dalam Pendidikan

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Deposit RM2 Juta, Beli Rumah RM1.5 Juta Jika Mahu Jadi Pemastautin Tetap Kata Abang Jo Deposit RM2 Juta, Beli Rumah RM1.5 Juta Jika Mahu Jadi Pemastautin Tetap Kata Abang Jo
Next Article Axle Terputus Tengah Jalan, Pemilik Dedah Pengalaman Cemas Guna Kereta Jenama Dari China Axle Terputus Tengah Jalan, Pemilik Dedah Pengalaman Cemas Guna Kereta Jenama Dari China

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?