Ayam Brand Lancar Kempen #AyamBersamaMu 2024
Ayam Brand Lancar Kempen Untuk Fokus Gaya Hidup Sihat Kanak-Kanak Di Kuching. Kalau sebut Ayam Brand, siapa yang tak kenal? Jenama ini dah 132 tahun jadi teman dapur rakyat Malaysia dengan produk makanan dalam tin yang berkualiti tinggi, halal, bebas pengawet, dan MSG tambahan.
Tapi kali ni, Ayam Brand tampil lebih dari sekadar jenama makanan – mereka bawakan misi untuk membentuk generasi Malaysia yang lebih sihat dan cergas melalui Kempen Komuniti Penyayang 2024!

Fokus Gaya Hidup Sihat & Kesejahteraan Kanak-Kanak
Bertemakan Sihat & Cergas, kempen ini menyasarkan kanak-kanak dari seluruh Malaysia dengan objektif utama:
- Amalan Pemakanan Sihat – Mendidik anak-anak tentang pentingnya Omega-3 untuk kesihatan jantung, otak, dan mata.
- Gaya Hidup Aktif – Dengan bengkel dan cabaran kecergasan, anak-anak diajar bagaimana bersenam di rumah dengan fun dan mudah.
Selama 17 tahun sejak kempen ini bermula pada 2008, lebih 28,350 individu dari 635 NGO telah menerima manfaat, dengan lebih 2.2 juta hidangan berkhasiat diberikan! Tahun ini, Kuching akan menjadi salah satu lokasi utama dengan sumbangan besar – 41,040 hidangan untuk 228 kanak-kanak dari 4 NGO, termasuk:
- The Salvation Army Kuching Children’s Care Centre,
- Pertubuhan Kebajikan Baiturrahmah Kuching,
- Kompleks Kebajikan Laila Taib (PERYATIM), dan
- Rumah Kanak-kanak Toh Puan Hajah Norkiah.
Tahun ini, Ayam Brand bekerjasama dengan Focus Point Group untuk memastikan anak-anak yang memerlukan kaca mata boleh melihat dengan jelas. Menurut laporan global, 1 dalam 3 kanak-kanak kini mengalami masalah rabun jauh – isu serius yang perlu diatasi. Dengan tajaan Ayam Brand, kanak-kanak ini bukan sahaja sihat secara fizikal tetapi juga dapat melihat masa depan mereka dengan lebih jelas! 👓
Encik Victor Chao, pakar pemakanan dan kecergasan, berkongsi bahawa Omega-3 adalah kunci utama untuk perkembangan otak dan kesihatan mata anak-anak. Beliau menekankan pentingnya menambah ikan berlemak seperti tuna, sardin, atau mackerel dalam diet harian.
“Tubuh kita tak boleh hasilkan Omega-3 sendiri, jadi kena dapatkan dari makanan. Dua hidangan ikan seminggu dah cukup untuk kekal sihat!” katanya.
Menurut Kementerian Kesihatan, 1 daripada 3 kanak-kanak sekolah di Malaysia mengalami obesiti atau berat badan berlebihan. Tambah pula, pengambilan Omega-3 di negara kita masih rendah.
“Sebagai jenama yang prihatin, kami ingin menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah ini,” kata Teoh Wei Ling, Ketua Pemasaran A. Clouet (Malaysia) Sdn Bhd.
“Kami percaya semua orang berhak dapat makanan berkhasiat dan peluang untuk hidup lebih sihat.”
Kempen #AyamBersamaMu bukan hanya tentang memberikan makanan tetapi juga mendidik, memberi peluang, dan memastikan anak-anak Malaysia kekal cergas dan sihat. Dengan makanan berkualiti tinggi dan aktiviti bermanfaat, kempen ini menjadi bukti bahawa jenama seperti Ayam Brand benar-benar mengambil berat tentang komuniti kita.

