I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Henry Golding Tak Segan Bawa Anaknya Minum Cendol Macam ‘Real Malaysian’

Oleh Ismail NA
30 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Sumber: IG Henry Golding

Perkembangan ini dikongsi oleh Henry sendiri di laman media sosialnya

Henry Golding Tak Segan Bawa Anaknya Minum Cendol Macam ‘Real Malaysian’. Sesiapa sahaja yang bergelar warga Malaysia, pasti tidak dapat menafikan hubungan kita dengan makanan yang begitu kuat. Boleh dikatakan, makanan adalah suatu bentuk penyatuan dan alasan untuk kita mencipta memori tanpa mengira latar belakang.

Pelakon Hollywood berdarah Iban, Henry Golding baru-baru ini berkongsi memori indah yang pastinya relatable dengan rakyat Malaysia.

Henry Golding Tak Segan Bawa Anaknya Minum Cendol Macam 'Real Malaysian'
Henry Golding Tak Segan Bawa Anaknya Minum Cendol Macam ‘Real Malaysian’. Sumber: IG Henry Golding

Dalam hantaran media sosialnya, Henry memuat naik sekeping foto yang mempamerkan beliau menyuap anak kecilnya dengan cendol hijau, beserta kapsyen yang berbunyi ‘Menyukai cendol memang mengalir dalam darahnya’.

Kapysen tersebut jelas menunjukkan rasa bangga Henry dengan warisan makanan Malaysia seperti cendol, apatah lagi dirinya merupakan kacukan bangsa Iban dari Betong, Sarawak.

Henry Golding tak segan bawa anak makan makanan Malaysia sejak kecil

Lebih mengharukan, walaupun Henry kini menetap di United Kingdom, beliau tidak segan silu untuk memperkenalkan rasa makanan Malaysia kepada anaknya seawal usia kanak-kanak mereka.

Menerusi ruangan komen di media sosial Henry, restoran tempat Henry menikmati hidangan cendol bersama anaknya itu bukanlah restoran di Malaysia, sebaliknya adalah sebuah restoran Malaysia yang terletak di Bayswater, London, UK.

Restoran yang diberi nama Med Salleh itu juga terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia yang menetap atau melancong ke sana kerana restoran tersebut menghidangkan hidangan autentik Malaysia, yang pastinya mengubati kerinduan terhadap tanah air.

Henry Golding Tak Segan Bawa Anaknya Minum Cendol Macam 'Real Malaysian'
Kredit foto: The Guardian

Tidak kurang juga yang meminta agar Henry memperkenalkan makanan Sarawak kepada anaknya memandangkan beliau berdarah Sarawak.

Mesti Henry ni mengidam sangat nak makan makanan Malaysia sampai dia bawa sekali anaknya ke situ. Inilah yang dikatakan, selagi ada darah Malaysia, selagi itulah jiwa Malaysia mengalir dalam diri. Gituu.

Sebelum ini juga, Henry Golding sentiasa bangga membawa identiti Iban nya sehingga ke rancangan terkenal Hollywood

Inilah Momen Bangga Henry Golding Miliki Asal Usul Iban
Mi Kolok Chong Choon Cafe Di Kuching Jadi Pilihan Hati Henry Golding
SUMBER :IG Henry Golding
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ekopelancongan Sabah, Mengubah Persepsi Negara Barat Terhadap Industri Sawit
Next Article Karim Cadang Perairan Sarawak Dinamakan Sebagai Lautan Sarawak Jika China Terus Berdegil

Advertorial

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?