• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ayam Gunting Uncle Bob Buka Cawangan Pertama Di Sarawak

Oleh
Nazihah AN
11 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Ayam Gunting Uncle Bob Buka Cawangan Pertama Di Sarawak

Siapa pernah rasa ayam gunting Uncle Bob ni🙋🏻‍♀️

Ayam Gunting Uncle Bob Buka Cawangan Pertama Di Sarawak. Mana yang pernah ke semenanjung, lagi-lagi di kalangan student confirm pernah cuba ayam gunting Uncle Bob ni.

Yelah, kalau singgah pasar malam, tak sah kalau tak beli ayam gunting ni. Betul tak?

Ayam Gunting Uncle Bob Buka Cawangan Pertama Di Sarawak
Ayam Gunting Uncle Bob Buka Cawangan Pertama Di Sarawak

Cawangan pertamanya di Sarawak bakal dibuka di Kuching

Haa jadi peminat ayam gunting Uncle Bob yang duduk di Sarawak boleh bersorak kerana cawangan pertama Uncle Bob di Sarawak akan dibuka tidak lama lagi.

Cawangan ini bertempatkan di Vivacity Megamall, Kuching, sebuah pusat membeli-belah yang popular di kalangan penduduk tempatan.

Vivacity Megamall telah berkongsi berita baik ini di laman Facebook mereka dan mendapat respons positif daripada netizen yang tidak sabar untuk mencuba menu Uncle Bob.

Antara menu yang menjadi kegemaran pelanggan ialah sotong goreng raksasa, ayam popcorn, jumbo cheese hotdog, sate ayam rangup dan banyak lagi. Selain itu, Uncle Bob juga menyediakan hidangan utama seperti mee goreng ayam, nasi ayam, burger ayam, shaker fries dan potato chips.

Tidak hanya itu, Uncle Bob turut memperkenalkan menu barunya iaitu Ayam Goreng Korea. Siapa yang minat perisa sweet spicy, soy garlic dan honey garlic boleh la singgah ke sini nanti yaa!

*RALAT: Rupanya Uncle Bob dah buka cawangan pertamanya di Lawas sejak 2018 lagi. Hehehe.. maafkan min yeaa😂 Yang di Vivacity ni adalah cawangan kedua mereka di Sarawak.

Sesiapa yang duduk di sekitar Lawas, korang boleh pesan Uncle Bob melalui aplikasi Foodpanda, atau pergi ke kedai fizikal di Lawas Supermarket (sekitar Tapak Tamu).

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

MAG Perkenal Uniform Baru Untuk Staf AeroDarat, Songket Pengganti Corak Batik Ikonik
Meriahkan Kempen Subuh Macam Jumaat Di Masjid Bahagian Kuching 21 Januari Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Buah Kubal, Buah Hutan Yang Boleh Dimakan Hanya Terdapat Di Borneo Kenali Buah Kubal, Buah Hutan Yang Boleh Dimakan Hanya Terdapat Di Borneo
Next Article Warga Emas Rela Beratur Panjang Demi Angpau RM30 Dari Toto Sibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?