• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Buah Kubal, Buah Hutan Yang Boleh Dimakan Hanya Terdapat Di Borneo

Oleh
Aina Musa
11 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Kenali Buah Kubal, Buah Hutan Yang Boleh Dimakan Hanya Terdapat Di Borneo

Buah ‘orange’ Sarawak

Kenali Buah Kubal, Buah Hutan Yang Boleh Dimakan Hanya Terdapat Di Borneo. Buah Kubal sangat popular di pedalaman Sabah dan Sarawak kerana ia jarang sekali ditemui umum kerana merupakan tumbuhan liar dan hanya didapati di kawasan hutan.

Buah Kubal atau orang tempatan panggil Bungug adalah salah satu jenis buah yang tumbuh meliar di dalam hutan Kalimantan, Sarawak dan Sabah dan juga beberapa tempat di semenanjung.

Ciri buah ini adalah berbentuk akar yang menjulur serta merambat panjang ke atas dan akarnya selalu menjulur meliliti pohon yang ada di sekitarnya dan mengeluarkan getah pada batang pokok.

Kenali Buah Kubal, Buah Hutan Yang Boleh Dimakan Hanya Terdapat Di Borneo
Kenali Buah Kubal, Buah Hutan Yang Boleh Dimakan Hanya Terdapat Di Borneo

Isi rasa masam-manis

Warna dari buah Kubal atau Bungug ini berwarna jingga dan isinya juga berwarna jingga dan sangat manis ketika dimasak.

Di Sabah pula, mereka menggelarnya Buah Kubal Madu atau nama saintfiknya Willughbeia angustifolia. Buah ini merupakan sejenis buah yang mengeluarkan getah pada kulit dalamnya.

Nama lain bagi buah kubal ialah buah seraput dan buah latung. Rasanya masam dan manis tetapi mengandungi getah pada bahagian kulit, jika terkena isi memang akan rasa kurang sedap.

Kredit foto: FB Amazing Sarawak

Buah kubal ini amat jarang-jarang dijual kerana amat sukar untuk dijumpau. Jika pergi ke kawasan hutan, pasti akan dijumpai menjalar tinggi di atas pokok dan sukar untuk dipetik.

Pokok kubal tumbuh menjalar dan memerlukan pokok tumpangan yang tinggi bagi pokok ini membina kanopinya sendiri.

Pokok kubal ini juga berbuah secara bermusim dan biasanya sama dengan musim buah-buahan lain.

Ketahui juga buah eksotik yang terdapat di Sarawak, baca di sini:

Isi Seperti Cempedak Kenali Buah Kesusu Yang Hanya Terdapat Di Borneo
Digelar Avocado Malaysia, Kenali Buah Engkalak Yang Hanya Terdapat Di Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Dayang Anisha, Isteri Putera Brunei Pengiran Muda Abdul Mateen
Next Article Ayam Gunting Uncle Bob Buka Cawangan Pertama Di Sarawak Ayam Gunting Uncle Bob Buka Cawangan Pertama Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?