I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Babi Mati Dalam Skala Besar Di Sibu, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Demam Babi Afrika
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Babi Mati Dalam Skala Besar Di Sibu, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Demam Babi Afrika

Oleh Nur Afifah 11 Januari 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Kematian mengejut babi di Sibu disahkan bawaan virus Demam Babi Afrika.

Babi Mati Dalam Skala Besar Di Sibu, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Demam Babi Afrika. Kematian mengejut babi dalam skala besar di ladang belakang rumah di Durin, Sibu telah disahkan berpunca daripada penyakit merbahaya untuk haiwan tersebut iaitu Demam Babi Afrika.

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berdasarkan ujian saringan RT-PCR.

Limbang, Kapit dan Miri diisytihar sebagai kawasan kawalan ASF pada pertengahan tahun lalu memandangkan penyakit ini menular di Sabah dan Utara Kalimantan, Indonesia. Selain di Sibu Sarawak, Demam Babi Afrika ini turut melanda 16 ladang babi di Melaka, dan babi hutan di kawasan Perak dan Pahang hujung tahun lalu.

Babi Mati Dalam Skala Besar Di Sibu, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Demam Babi Afrika
Babi Mati Dalam Skala Besar Di Sibu, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Demam Babi Afrika. Gambar : REUTERS

Wabak ini bakal menyebabkan kehilangan sumber ekonomi serta gangguan bekalan daging babi kepada penternak ladang babi.

Dalam artikel kali ini, kami menerangkan kepada anda tentang penyakit Demam Babi Afrika dan bagaimana penyakit ini berjangkit.

1. Penyakit berjangkit yang dahsyat dan membawa maut kepada babi dan babi hutan

Demam babi afrika atau lebih dikenali dengan African Swine Fever (ASF) merupakan penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan kematian dalam skala yang besar sekiranya merebak di ladang ternakan babi atau sekiranya menjangkiti babi hutan. Ia menjangkiti semua peringkat umur babi dan menyebabkan kadar kematian hampir 100%.

Penyakit ini mula-mula dikesan di Kenya, Afrika Timur pada tahun 1921, dan kemudian merebak ke Afrika Selatan dan Angola sehingga diisytiharkan sebagai penyakit yang membunuh banyak khinzir milik penduduk tempatan.

2. Simptom-simptom babi diserang ASF

Tanda-tanda klinikal kebiasaannya muncul dalam anggaran setelah 5 hingga 15 hari selepas jangkitan virus ASF. Simptom yang dialami oleh babi yang dijangkiti ASF antaranya seperti;

  • Demam panas yang mencecah (41-42 C°)
  • Hilang selera makan
  • Sering mencari tempat berteduh
  • Sering berkumpul
  • Bernafas dengan laju
  • Kulit menjadi kemerah-merahan sehingga bertukar biru keunguan
  • Cecair pekar putih keluar dari hidung dan mata
  • Muntah, sembelit, kadang kala cirit-birit berdarah
  • Kesukaran untuk berdiri

3. Boleh berjangkit melalui beberapa cara

Lazimnya, babi atau babi hutan yang dijangkiti oleh penyakit ASF ini berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya adalah seperti;

  • Sentuhan langsung dengan babi, najis babi atau cecair badan babi yang dijangkiti
  • Sentuhan tidak langsung melalui peralatan ternakan, kenderaan atau pekerja yang bekerja di ladang ternakan babi lain yang tidak memiliki prosedur biosekuriti yang efisien.
  • Mencampurkan babi baru (dibeli atau daripada pemberian) dengan kawanan babi sedia ada.
  • Memakan daging babi atau produk daging lain dijangkiti.
  • Vektor pembawa biologi seperti kutu spesis Ornithodoros.
Babi Mati Dalam Skala Besar Di Sibu, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Demam Babi Afrika

4. Adakah penyakit ASF boleh diubati?

Tidak. Penyakit ASF ini tidak mempunyai ubat mahupun vaksin. Setiap babi yang dijangkiti penyakit ini pasti akan mati. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh dihindari dengan langkah pencegahan yang efisien.

5. Cara mencegah babi ternakan daripada dijangkiti ASF

Penternak babi haruslah peka dengan simptom-simptom ini bagi memastikan langkah pencegahan awal dapat dilakukan. Mereka hendaklah memastikan prosedur berikut dipatuhi untuk mencegah jangkitan ASF.

  • Babi mestilah diletakkan di dalam kandang yang dibina khas dengan persekitaran yang bersih berserta kawalan masuk.
  • Pergerakan babi di dalam negara dan masuk ke negara melalui sempadan antarabangsa hendaklah dikawal.
  • Babi tidak diberi sisa makanan daripada restoran atau dapur serta yang mempunyai sisa daging babi. Untuk memastikan keselamatan, makanan hendaklah direbus selama 30 minit dan disejukkan sebelum diberi makan.
  • Babi dan kandang babi yang disyaki dijangkiti mestilah diletakkan dalam kuarantin.
  • Kesemua babi yang dijangkiti dan babi yang bersentuhan dengan babi yang dijangkiti hendaklah disembelih.
  • Bangkai babi hendaklah dibakar dan dikuburkan dalam-dalam.
  • Kenderaan hendaklah didesinfeksi semasa memasuki dan meninggalkan ladang.
  • Pekerja ladang mestilah memastikan bahawa kasut, pakaian dan peralatan didesinfeksi antara ladang.
Babi Mati Dalam Skala Besar Di Sibu, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Demam Babi Afrika

6. ASF tidak menjangkiti manusia

Penyakit ini tidak menjangkiti manusia. Walau bagaimanapun, virus ini boleh bermutasi di masa akan datang dan berpotensi untuk menjangkiti manusia. Saintis turut memberi amaran bahawa virus ini berupaya menjangkiti manusia sekiranya bermutasi di masa akan datang memandangkan fisiologi manusia hampir sama dengan babi.

Setakat ini, Sarawak telah melarang import babi, daging babi dan produk babi dari Sabah dan negara-negara jiran.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Positif African Swine Fever, Ladang Ditutup Dan Ternakan Babi Di Sibu Dimusnahkan
Next Article Letupan Klorin Di Sebuah Resort Lundu, Pekerja Lelaki Cedera Di Muka Dikejarkan Ke Hospital Letupan Klorin Di Resort Lundu, Seorang Pekerja Lelaki Cedera Di Bahagian Muka

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?