• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Positif African Swine Fever, Ladang Ditutup Dan Ternakan Babi Di Sibu Dimusnahkan

Oleh
Husna Hazmi
11 Januari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Demam Babi Afrika ini tiada rawatan atau vaksin yang tersedia untuk mengawalnya.

Positif African Swine Fever, Ladang Ditutup Dan Ternakan Babi Di Sibu Dimusnahkan. Dilaporkan bahawa, ladang termakan yang dijangkiti Demam Babi Afrika (ASF) baru-baru ini akan ditutup dan semua ternakan dimusnahkan serta dikurangkan jumlahnya, manakala bangkai babi dilupus dengan cara ditanam di dalam kawasan ladang.

Isi Isi Penting
  • Demam Babi Afrika ini tiada rawatan atau vaksin yang tersedia untuk mengawalnya.
  • Disahkan bahawa sampel yang diambil adalah positif ASF
  • Kerugian yang amat serius kepada penternak
  • Kini, mereka yang ingin mengimport daging dan produk babi ke Sarawak dari negara atau negeri yang dijangkiti penyakit tersebut termasuk dari Semenanjung dan Sabah, adalah diharamkan.
Positif African Swine Fever, Ladang Ditutup Dan Ternakan Babi Di Sibu Dimusnahkan
Positif African Swine Fever, Ladang Ditutup Dan Ternakan Babi Di Sibu Dimusnahkan

Disahkan bahawa sampel yang diambil adalah positif ASF

Hal ini kerana, selepas ujian saringan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) oleh Makmal Diagnostik Veterinar negeri hari ini, ia telah disahkan bahawa sampel yang diambil dari tiga ladang belakang rumah di Durin, 38 kilometer dari Sibu, adalah positif penyakit African Swine Fever (ASF). 

Menurut Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom semalam, Jabatan Veterinar Sarawak (DVSS) bersama kakitangan mereka telah digerakkan bagi menentu tahap penyebaran wabak tersebut dan mengambil semua tindakan yang diperlukan bagi membendung penyakit daripada merebak ke ladang babi yang lain.

Tambah beliau lagi, Demam Babi Afrika ini tiada rawatan atau vaksin yang tersedia untuk mengawalnya kerana ia merupakan virus yang sangat ganas dan mudah berjangkit namun tidak berbahaya kepada manusia serta bukan penyakit zoonosis.

Positif African Swine Fever, Ladang Ditutup Dan Ternakan Babi Di Sibu Dimusnahkan

Kerugian yang amat serius kepada penternak

Namun, beliau berkata bahawa penyakit tersebut bagaimanapun boleh membawa kerugian yang amat serius kepada penternak dan memberi kesan kepada keselamatan makanan.

Dr Stephen Rundi berkata kementeriannya dan DVSS telah mengadakan beberapa libat urus dengan penternak babi supaya mereka meningkatkan lagi biosekuriti ladang masing-masing termasuk menghalang orang luar datang melawat ladang.

Pengawasan klinikal dan serologi juga sedang dijalankan dengan spesimen diambil untuk diagnosis makmal, jelas beliau lagi.

“Kami juga menasihatkan penternak babi supaya tidak memberi makan ternakan mereka dengan sisa makanan dari restoran atau dapur kerana virus ASF dalam produk daging babi yang tercemar dapat bertahan dalam proses memasak dan boleh bertahan lama, selain boleh menyebabkan jangkitan ASF pada babi,” kata Dr Stephen Rundi.

Beliau berkata Bahagian Kawal Selia DVSS akan terus menguatkuasakan Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 bagi memastikan daging dan produk babi yang diimport adalah dari negara yang bebas daripada African Swine Fever.

Positif African Swine Fever, Ladang Ditutup Dan Ternakan Babi Di Sibu Dimusnahkan

Kini, mereka yang ingin mengimport daging dan produk babi ke Sarawak dari negara atau negeri yang dijangkiti penyakit tersebut termasuk dari Semenanjung dan Sabah, adalah diharamkan.

“DVSS akan terus melakukan pemeriksaan di lapangan terbang, pelabuhan dan kedai bagi memastikan daging dan produk babi yang dibawa masuk secara haram tidak dijual kepada orang ramai. Semua import mesti memerlukan permit import dan penyeludup akan dikenakan tindakan tegas di sisi undang-undang,” kata beliau.

Bagi mengelak penyebaran penyakit ini di bahagian lain di Sarawak Dr Stephen Rundi memohon kerjasama daripada semua pihak berkepentingan terutamanya penternak babi untuk meningkatkan kewaspadaan dan biosekuriti ladang mereka. Mereka boleh menghubungi pejabat DVSS berhampiran atau WhatsApp ke talian hotline Bahagian Kawal Selia di 016-284 0918 jika ada sebarang pertanyaan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cubaan Seludup 90K Liter Diesel Di Perairan Miri, Empat Warga Indonesia Kini Berjaya Ditahan Cubaan Seludup 90K Liter Diesel Di Perairan Miri, Empat Warga Indonesia Kini Berjaya Ditahan
Next Article Babi Mati Dalam Skala Besar Di Sibu, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Demam Babi Afrika

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?